Sahabat

Monday, July 30, 2012

Musim Menahan Kemarahan

Bismillah..


Alhmdulillah '

Demi bulan Ramadhan yang penuh barokah ini, penuh dengan ujian yang penuh memerlukan kesabaran .
Demi sungguh diri ana tergolong diantara hamba Allah swt yang tidak mampu untuk menahan dari kesabaran. 
Maka ana juga tergolong dikalangan manusia yang berpuasa bagi 'orang awam'...

Dalam 2 minggu ini cukup banyak post-post di 'fb' yang membuatkan ana tidak tahan untuk menanggung rasa 'marah' tidak pada zahirnya..tetapi 'marah didalam hati'.

Maka semalam ( 31/07/2012 ) ana dah mula mem'block' beberapa golongan yang ana merasakan 'tidak sesuai' untuk ana merasa tenang pada bulan Ramadhan ini...


Semoga Allah swt  memelihara diri ana dan meredhoi apa yang ana lakukan ini..hatta mungkin Allah swt tidak meredhoinya...Allah... :(

Wednesday, July 25, 2012

Tarawikh Hari ke-5

Bismillah..

Alhamdulillah syukur pada Allah swt,

pada hari ini selesai sudah solat teterawikh pada malanm ke-5.
\hari innii pihak masjid saidina hamzah telah menjemput seorang imam khas dari Arab Saudi.
Alhmdulillah ana dapat berada disaff ke-2 belakang bilal.

Pada malam itu, ana memakai pakaian sunnah Rasulullah saw iaitu, jubah putih , serban dan shawl.
Alhmdulillah Allah swt masih memilih ana untuk melangsaikan 20 rakaat terawikh dan 3 witir.

Usai solat kami beratur utuk bersalaman dengan syeikh .ana ambil kesempatan untuk mencium tangan dan memeluk beliau*adat orang mesir

Semoga diri ini akan sentiasa bersama Ulama' dan tidak lari dari manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah... Ameen AllahumaAmeen..


Serban ana,,malam ke-5

Tarawikh Hari ke-4

Assalaualikum,

Alhmdulillah sedikit perkongsian ana pada hari Ramadhan ke-4

Pada hari ini (rabu) ana tidak hadir ke kuliah dikolej disebabkan ana berurusan dengan klinik.
ana mendapat MC selama sehari kerana demam.Mungkin terlalu letih..

Pada petangnya, ana kuatkan diri untuk hadir ke Bazzar kolej bertujuan untuk menyerahkan kek yang ditempah dari ana..(ana bisnes kek sekarang.he2). Tunggu..dan tunggu akhirnya tidak sampai-sampi. Kemudian waktu azan magrib berkumandang, maka berbukalah ana di kolej, buat kali pertama.huhu

Selepas menunaikan solat magrib ana bertemu sahabat ana yang menempah kek, dan terus menyerahkan kek..Alhmdulillah kala itu dia juga memberikan list tempahan yang baru,,,alhmdulillah bertambah rezeki. ^ ^.

Pada malam itu, diketahui bahawa walid (Syeikh Muhammad Fuad) akan  menyampaikan ceramah. maka selepas menyerahkan kek, ana terus laju memecut motor untuk sampai kerumah. Dan dirumah ana menyambung kembali juadah yang mak telah masak dirumah..usai sahaja ana terus menyarungkan jubah dan bersiap-siap untuk solat terawikh dibangunan Daqwah, KIS.

Sampai sahaja di kolej, sudah hampir habis terawikh..Allah..lewatnya..huhu.akhirnya ana solat terawikh 8 rakaat seorang diri sahaja..

Selepas solat ana terus memasuki dewan dan alunan qasidah berkumandang yang dipimpin Ustaz Naim. Merdu sangat-sangat ^ ^

Dan dikerusi telah berada walid ana...assyeikh Muhammad Fuad Kamaludin AlMaliki.. tenang sungguh beliau ni..

Alhmdulillah walaupun sebentar dicurahkan mandian ilmu-ilmu, ianya akan disambung semula pada hari sabtu ini iaitu sambutan Haul kewafatan Saidatina Khadijah di Rembau, Negeri Sembilan...insyaAllah :)

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan per-1

Alhamdulillah,

Masih berkesempatan bertemu dengan bulan Ramadhan Al Mubarak.
hari ini..23/7 = 3 ramadhan.

Disini ingin kongsikan sebuah cerita yang berlaku pada diri ana pada malam 1 ramadhan semasa solat terawih.
InsyaAllah Ramadhan  tahun ini adalah solat terawih penuh diMasjid Saidina Hamzah, sebelum ini ana 3 tahun solat terawih di Pusat Islam psa, dan kadang2 menjadi bilal terawih disana. maka pada malam semalam berlakulah perkara yang baik. Seorang pakcik yang solat sebelah ana menegur ana kerana solat sambil memegang Al-Quran. Mungkin baginya adalah sesuatu yang janggal, Masa itu juga teringat ustaz pernah memberitahu. memegang alquran dalam solat adalah sesuatu yang 'asing' bagi umat islam. ana hanya senyum semasa penerangan pak cik itu.dan usai penerangan pakcik.ana menjawab.."pak cik..ada khilaf dalam hal ini..dan tidak membatalkan solat ya.. :) "dan selepas itu kami terus menyambung kembali solat terawih. kelakar juga bila teringat hal ini. takkanlah ana terbatal solat terawih selama 3 tahun semasa dipoliteknik dahulu??huhu

Apa-apa pun pakcik..ana ucapakan jazakallah khairan katsira' kerana menegur ana. pasti bukan ilmu baru buat ana..mungkin ilmu baru buat pakcik.. ^^

kopiah+serban ana..sepanjang Ramadhan,,,insyaAllah ^^

Salam Ramadhan!!


Ahlan wa sahlan ya ramadhan..

Lupa untuk ucapkan pada semua mulimin wa muslimat ..

Semoga kita menjadi 'ahli alquran'..insyaAllah :)

Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulillah

&

Alhamdulillah,


Pada post kali ini mahu berkongsikan sesuatu pada pembaca blog ana.
Hari ini, bersamaan 17/7/2012 ana telah ke klinik Batu, Jalan Ipoh untuk pemeriksaan.
Pada jam 11.30 ana telah diperiksa oleh jururawat di kaunter 14, ana mengadu sakit kepala teramat sangat dan memberitahu jururawat semalam ana terkena sengatan(tidak pasti serangga apa) ketika solat. Selepas solat ana lihat ibu jari tangan ana bengkak. Sejam kemudian kawasan sengatan pulih sediakala…subhanaAllah :D


 Sakit kepala ana bermula pada waktu kelas English diKIS. Sehingga ketika sesi pendepatan antara kumpulan Ice Milo(muslimin) dan Nescafe (muslimat) ana ke belakang kelas dan berbaring disana. Sehingga hampir habis pendepatan mereka. Ya Allah..benar-benar tidak larat ketika itu. Selepas sahaja kelas English habis ana bergegas pula ke pejabat pentadbiran kolej untuk berjumpa dengan kak Eya. Usai kerja, ana terus pulang ke rumah, pada malamnya kepala ana semakin sakit dan terus sakit. Mak ada minta untuk ke klinik. Tetapi ana fikir juga..ada ke klinik kerajaan bukak malam-malam ni?huhu.



Diklinik kembali, ana diperiksa tekanan darah. Maka dapatlah sebuah berita yang sangat-sangat mengejutkan ana. Ana didapati mengalami masalah ‘Hight Blood Preassure’ (Tekanan Darah Tinggi). Astagfirullah halAzim.. ujian apakah yang diberikan Allah ini?. Maka ana diminta untuk pergi berjumpa Doktor pakar di bilik 7, didalam bilik ana ditanya pelbagai soalan, dan Doktor itu menyemak kembali tekanan darah. Dan hasilnya tetap sama. Allahurobbi. Akhirnya ana diberi ubat tahan sakit yang kuat dan diminta untuk kembali ke klinik jika sakit masih berterusan. Doktor tidak mahu memberi ana lagi ubat tekanan darah kerana ianya masih awal. Dan mungkin seminggu lagi ana akan kembali membuat pemeriksaan . Ana harap sesiapa yang membaca post ini dapatlah sedekahkan Al-Fatihah buat ana dan mendoakan ana sihat sediakala. Ameen.. 

Thursday, July 12, 2012

Berpura-pura

Assalamualaikum wbt,'

agak sibuk sepanjang bulan..minggu...dan hari ini..

Program-program semakin hebat dijalankan diluar..

ana yang tidak terikat dengan program kuliah dikolej cuba mengejar ilmu-ilmu disekitar qariah dan luar qariah ana..insyaAllah.ameen.

Soal berpura-pura..

Merujuk kepada diri ana sendiri..
Adakah diri ana sentiasa berpura-pula?
= ya!

Doakan ana tidak terikat dengan kepura-puraan ini lagi ya..

wasalam ^^