Sahabat

Wednesday, October 24, 2012

Bangga?

Bismillah,

Allahuma Solli Ala' Muhammad Wa'li Saiidina Muhammad


Ya Allah,

Apa yang hamba-Mu ini dapat banggakan dihadapan-Mu kelak?
Ya Rasulullah,
Apa yang dapat umatmu ini disebut-sebut pada kalammu?

Ya Allah,
Ku tiada amalan yang mendekatkan diri pada-Mu
hatta ada amalan yang perlu diamalkan..sungguh hamba-Mu ini masih lemah..dan tidak kuat..
Aku masih tidak layak dimuliakan oleh-Mu Ya Allah..Maafkan hamba-Mu ini Ya Allah..


Ya Rasulullah,

Adakah selama ini aku mencintaimu secara pura-pura sahaja??
sedangkan selawat pada mu pun aku 'malas'.

Tetapi..sungguh aku tak mampu menahan air mata ini, bila ummat mu mengisahkan tetangmu..


Ya Rasulillah..aku rindu pada mu..

Tak Dapat Makan Nasi

Bismillah,


Assalamualaikum,



InsyaAllah bermula semalam ana dah tak makan nasi + lauk pauk,
InsyaAllah mungkin dalam sebulan dua ni ana tak lagi dapat memakan nasi...


hmm..

Doakan ana sihat dan cepat sembuh ya.. ^ ^




InsyaAllah,
ana akan mulakan makanan sunnah Rasulullah saw bagi menggantikan nasi.. ;)



Tuesday, October 23, 2012

Hari Arafah

Bismillah,

Assalamualaikum wbt

Alhmdulillah magrib tadi usailah puasa sunat zulhijjah selama 7 hari. Alhmdulillah. :)




Maka esok 8 zulhijjah ana akan penuhkan hari dengan berzikir, insyaAllah.



9 Zulhijjah puasa sunnat lagi sempena hari arafah, dan insyaAllah akan bersama para sahabat Darul Murtadza Di Masjid Muad Ibn Jabal, Setiawangsa.. InsyaAllah ^ ^


Apa-apapun jumpa disana ya ^^

Monday, October 22, 2012

Malam Cinta Rasul Masjid As-Syakirin

Bismilah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan pada diri untuk update post mengenai program Malam Cinta Rasul di masjid As-Syakirin pada hari sabru yang lepas bersamaan 20hb 10 2012.

Alhamdulllah ana terlibat sebagai urustia (khidmat) bukan kerana nama tetapi kerana Allah swt dan Rosulillah saw.cukup.


ok, 

ana bergerak ke Masjid As-Syakirin selepas solat asar (sepatutnya sebelum asar T_T)
untuk mendengar taklimat oleh ketua Darul Murtadza didewan solat bawah. Pada awalnya datang 'keseganan' bila lihat yang berkhidmat adalah orang-orang yang alim dalam ilmu Allah swt dengan terlihat ketenangan diwajah mereka.Allah..

Usai taklimat, kami dibawa berjalan-jalan disekitar kawasan program dimana kami perlu menjaga bahagian-bahagian tertentu untuk melancarkan program ini nanti..

Photo- berjalan-jalan

akhirnya selepas beberapa arahan program diberi nampaknya semua ahli khidmat sudah bersedia, masa itu juga sudah kelihatan sudah ada jemaah yang hadir untuk menjayakan program Cinta Rasul ini..Alhmdulillah :)

Alhamdulillah, pada hari itu juga masih berkesempatan berpuasa hari-hari zulhijjah, dan berbuka didewan bawah bersama beberapa sahabat khidmat yang berpuasa. Alhamdulillah ^ ^

Sedikit rasa sedih apabila shawl ana 'ter'hilang apabila ana gunakan untuk menjadi penghadang pada jemaah yang sedang solat isya' yang pada ketika itu jemaah yang sudah solat terus lalu tanpa memikirkan jemaah yang solat tersebut. Semasa ana letakkan dihadapan jemaah itu, ana terus ke pentas untuk menjaga bahagian ana sebentar dan dalam masa 3 minit ana pergi semula tempat muslimin itu sudah tiada orang dan shawl ana 
Allah!!

:'(

*Ya Allah, redhokanlah harta milikku andai ianya bukan lagi hakku dan ianya menjadi hak Bagi-Mu*
..Ameen Allahuma Ameen..



Maka selepas itu ana terus ke posisi ana, dihahagian hadapan pentas(bersebelahan kumpulan hadrah habib Syech). dan bermulalah program Malam Cinta Qasidah yang dimulai dengan qasidah oleh kumpulan InTeam dan AlMaweed.

Beberapa minit kemudian tetamu yang dinanti-nantikan, Habib Syech As Saggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid(murobbi ana) sampai kepentas.Allah.. sekali lagi hilang rasa sedih, hadir pula rasa gembira dalam diri. Syukur habi'ib2 sihat walafiat. 

Bermulalah Qasidah Cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw >_<

Ana benar-benar tidak dapat gambarkan dan mahu menulis bagai mana perasaan ana ketika itu.
Benar..dan sangat benar cinta Rasulillah adalah segala-galanya!!

Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid

Diselangi tausiyyah oleh murobbi ana, kemudian disambung qasidah oleh habib syech.
Allah..... bila teringat memang terharu dan sedih. rasa cinta kepada Rasulullah saw memang hadir dalam diri ana ketika itu. kenapa ana tidak dapat mencintai Rasulullah ???? kerana ana tidak cuba mengenal siapa Rasulullah saw... :'( maafkan ku ya Rasulullah..

akhirnya malam yang indah ini berakhir dengan jayanya..Alhmdulillah..

Ada juga Photo yang diambil ana pada majlis 'dishare' oleh ramai muslimin/sahabat fb selepas ana uplod diFB, sebenarnya ana segan sangat-sangat entah mengapa bila ramai share gambar ni...

kenangan terindah..

Lagi-lagi para habib pun share gambar difb dan jadikan profile picture mereka..Allah.. segannya!!

Semoga orang yang memandang wajah ahlul bait ini dapat merasai dekatnya Rasulullah saw dengan diri kita..
Ameen Allahuma Ameen.. 


Itu sahaja laporan ana pada program ini, Sungguh ana berbangga kepada para ikhwah yang hadir semata-mata cinta Allah dan Rasul.Beruntunglah kalian dipilih Allah swt. ana yakin Rasulullah saw turut ada dalam majlis ini.

Bila merasakan adanya Rasulullah saw dalam majlis yang berselawat atasnya ana pasti mengalir air mata. Entah bila lagi rasa cinta ini datang.

Semoga diri kita tergolong dalam pemilik syurga bersama-sama Rasulullah saw,
Ameen Allahuma Ameen


wasalam 
















Sunday, October 21, 2012

Update

Bismillah,

SubhanaAllah,
agak lama tak jenguk blog ni..
Lagi pun bussy sikit dengan program2 .Alhamdulillah

InsyaAllah laporan program Malam Cinta Rasul di Masjid As-Syakirin..

Tunggu ~ ^_^

Thursday, October 11, 2012

Status Sweet lagi





Ambil lah KUNCI ini dan
─▄▀▀█▀▀▄
... ▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hatiku Jika Aku Pilihan Kamu ..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Ku,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jumpalah Ibubapa Ku kat dalam rumah tuu ..
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██

♥ :: kalau aku memang pilihan hati kamu dan kamu memang benar2 berani,
memang aku takkan sia2 peluang ini :: ♥ 








Terjumpa status ni kat fb...aewah..comel ja ^ ^

Tuesday, October 9, 2012

Pemakaian Serban Di hadramaut

Bismillah..

Assalamualikum,

kali ini ana hanya berkognsi ilmu yang kurang pada diri ana mengenai pemakain serban di Hadramaut, Yaman.

Untuk pengetahuan antum, hal ini telah diceritakan oleh al Habib Mundzir AlMusowa soal permasalahan memakai serban. Dan salah satunya adalah ini..


" Tuan Guru( Al Habib Umar Al Hafidz ) baik seseorang yang memakai serban adalah sudah menghafal kitab Biayatul Hidayah..tetapi tidak menjadi masalah jika mahu memakainya untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw.. "

Ini adalah adab belajar di hadramaut, Yaman. Dimana murid-murid tidak digalakkan memakai serban selagi tidak menghafal/ menghatamkan kitab 'Bidayatul Hidayah'. Ini menyebabkan murid-murid Habib Umar berusaha lebih tekun untuk menghafal kitab ini..Allah..

Dan habib Mundzir berkata, lapisan serban itu menandakan ilmu yang ada pada sipemakai, namun sebagian ulama kita menjadikan serbannya lebih besar sebagai tanda bahwa ia siap ditanya dan memberi kejelasan atas hukum dan syariah, semakin besar serbabnnya maka semakin luas ilmunya.

Guru Mulia membolehkan kita memakai sorban sepanjang 5 hasta, jika sudah menjadi guru atau pimpinan pondok atau pemuka agama boleh ditambah.


namun tentunya tidak ada dari kita berani memakai sorban sebesar beliau saw yg sudah merupakan samudra ilmu bagi kita.


hanya ini sahaja perkongsian untuk semua yang membaca.... InsyaAllah ^^

Monday, October 8, 2012

Isnin & Khamis

Bismillah,

Assalamualaikum wbt,

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian,

Isnin dan Khamis tiada dalam jadual untuk ana mengikuti mana-mana majlis ilmu,
Sebabnya adalah isnin dan khamis adalah hari ana berpuasa dan berbuka puasa dirumah.
Dan Family ana akan berjemaan bersama-sama dirumah..


Ana akan hadiri andainya ada kuliah waktu selepas fardhu Isya' dan berkemampuan..
InsyaAllah..

Jika ada post fb programnya isnin&khamis selepas magrib ..itu hanya pengetahuan sahabat-sahabat semua. Tidak bermakna ana hadirkan diri..

ye.. ^ ^

hanya Isnin & Khamis sahaja  ...



^_^





gambar baby boy yang datang umah ana tadi..cmey x? huhu

ni boleh copy paste ;)

Jumpa Dialog Yang Sweet



Seorang adik kecik(mungkin) mahu kenalkan abangnya dengan kawan nya..untuk sebab apa ana pun tak pasti..^^



Budak kecil: abang, tengok kat FB adik ini, adik Ada kawan wanita dia upload gambar comel dan cun sangat. Cuba abang tengok...

Abang: oh. Biasa jer dik....

Budak kecil: abang x berkenan ke? Nanti boleh adik perkenalkan kat abang. Lagi pun dia pakai tudung.

Abang: x pa dik. Abang tak nak.

Budak kecil: kenapa abang x nak?

Abang: abang jika nak cari isteri, nak yang x tunjukkan kecantikannya pada semua lelaki. Abang nak dia simpan kecantikannya hanya untuk abang sahaja. Adik kat FB letak x gambar adik?

Budak kecil: x abang. Adik letak gambar kartun.

Abang: bagus2. Good muslimah... ^_^

jatuh cinta dengan gambar ni ^ ^
*kembar tu.. masyaAllah

Sunday, October 7, 2012

Bayt

Jika pohon punya sayap atau kaki, tentulah ia bisa bergerak,
sehingga tak diterimanya sakit dari mata gergaji
atau dari pukulan kampak.

Dan jika matahari tak bergegas ketika

malam tiba, bagaimanakah bumi akan diterangi
ketika fajar merekah.

Dan jika air tidak menguap dari laut ke langit,
kapankah taman akan dialiri sungai
dan dibasahi hujan.

Ketika setitik benih bergerak dari sumbernya
ke tujuan, ditemukannya rumahnya, dan
lalu menjadi sebutir mutiara.

Bukankah Jusuf, walau sambil berlinang air-mata,
mengembara meninggalkan ayahnya.
Bukankah dalam pengembaraan itu,
dia menemukan kerajaan, ketenaran dan kemenangan?

Bukankah Mustapha berhijrah,
dan di Madinah memperoleh kedaulatan,
dan menjadi tuan dari berbagai negeri?

Kalaupun kaki tak engkau miliki,
tempuhlah hijrah di dalam dirimu sendiri,
(Itu) bagaikan tambang merah-delima mulai
tersingkap oleh secercah cahaya matahari.

Wahai pencari, berhijrahlah,
keluar dari kampung halamanmu, menuju
ke kedalaman dirimu sendiri.

Karena dengan hijrah seperti itu,
bumi menjadi tambang emas.

Dari yang semula masam dan pahit,
berkembanglah menjadi sesuatu yang manis.

Bahkan dari tanah yang tandus,
tumbuh berbagai jenis buah-buahan.

Lihatlah kejaiban ini, yang tergelar di bawah matahari kebanggaan Tabriz.
Karena semua pohon mendapatkan keindahannya
dari cahaya matahari..

"Maulana Jalaluddin Rumi Muhammad bin Hasin al Khattabi al-Bakri"

Saturday, October 6, 2012

Hensemnya

Bismillah,

Ana ada terbaca satu( 1 ) status fb seorang muslimat, yang menyatakan. Kini ramai lelaki yang mahu mencari seorang wanita yang bertudung labuh + berpurdah.

ye ke ??

Nampaknya ana kene betulkan. Tidak semua ya. 'Sebahagian'..mungkin :-)

Bagi ana tidak begitu pun. Ana tidak mengharapkan 'purdah' itu sebagai sesuatu yang istimewa untuk menjadi daya 'penarik' bagi diri ana.

Untuk pengetahuan muslimat yang berpurdah, memang ada sahaja lelaki yang berusaha mencuri hati-hati kalian, sebabnya mereka melihat kain yang berada dimuka kalian.adalah simbol 'kewarakkan' kalian. Tapi malangnya mereka hanya menilai pada luaran. Apabila hati antum dicuri maka bila suatu masa nanti mereka berjaya melihat muka kalian tanpa kain dimuka itu, kemungkinan besar, hati mereka akan meninggalkan kamu wahai muslimat...

Gambar- hanya hiasan :)

Maka amat berbezalah seorang muslimin yang menilai luaran dan hati kalian.

Bila ada seseorang lelaki yang berminat menjadikan kamu sebagai isteri, maka tanyalah ' sebab apa kamu mahu saya menjadi isteri kamu?' jika pertanyaan2 seterusnya adanya..'kerana niqab' diwajahmu.. maka tolaklah dengan baik. ya.. itu sahaja pesanan ana . Semoga kalian teruskan istiqomah dalam memperjuangkan hak islam dalam diri kamu itu..InsyaAllah ^ ^




Relationship

Bismillah

Assalamualaikum wbt,


InsyaAllah, pada pagi yang hening ini mahu membuka mata semua umat islam(khusus yang membaca blog ini), agar berhati dengan satu(1) lagi helah kafir yahudi yang kita tahu iaitu facebook (mukabuku).

AllahummasolliAlamuhammad..



Jika merujuk pada tajuk yang ana tulis diatas pasti, umum sedia maklum di fb adanya tempat meletak status seseorang, adakah ianya 'single', 'couple', 'married', 'divorce' dll...



Rasa-rasa apa muslihat yahudi laknatullah dalam soal status ini? :)


Jawapannya adalah..


memesongkan aqidah kita...


ana berikan 1 contoh pada permulaan ini...


ana mewujudkan relations dengan sahabat lelaki ana namanya Zaenal, dengan status, 'married'.
Mungkin ana hanya mahu menyatakan pada umum yang ana 'menyayangi sahabat ana ini' tidak lah sampai mahu mengahwini sahabat lelaki ana ini. Tapi sedar tak sedar, kita dah menyalahi fitrah yang Allah swt berikan pada manusia. Ana secara automatik akan digelar 'gay' oleh orang awam, dan juga 'gay' dimata para malaikat seterusnya Allah swt...dosa..dosa..dosa..


Selalunya tidak pernah ana lihat lagi seorang lelaki berbuat relation 'married' dengan sahabat lelakinya . Tetapi kebanyakan muslimah. Lebih-lebih lagi yang ada 'fikrah' dan beragama.

Pesanan pada sahabat/sahabiah sekalian, hati-hati bila mahu lakukan sesuatu. Tangan yang menekan tanpa berfiikir lebih bahaya dari mulut yang terus lancar berkata.


Semoga diri kita jauuhhhh dari perbuatan yang terkutuk ini,,Allahurobbi

InysaAllah..AmeenAllahumaAmeen


Friday, October 5, 2012

Gelaran

Bismillah,

Assalamualikum wbt,

Post kali ini ingin berkongsi sebuah cerita..mengenai 'gelaran'

aewah..


Jika kat sekolah teknik dulu, kawan-kawan kabo muka ana macam anak ustaz pastu ada kata muka ana macam anak cikgu yang mengajar kos air-corn pulak..aduhaii

Masuk politeknik pula, depa gelarkan ana 'artis' erkk =_=''
Disebabkan sem 1 ana je sorang-sorangnya yang 'terjoin' nasyid (mase 2 digelar "SPI" syabab pusat Islam)
hehe..
masa tu ada 4 orang..abg nuar(sem 5), abg zakhir(sem 5), abg acik(sem 6) n ana..(sem 1)

walaupun sem 3 ana dah tak masuk nasyid tapi gelaran 2 still melekat sampai sem 6 oleh beberapa kawan yang sewaktu masa dahulu.. :D

Masa jamuan akhir mekar n JpKK, depa duk gelar ana..'habib' pulak..aduhai..kelaka pulak depa ni



.
.
.
masa terus berlalu....
.
.
.


Masa dah duduk rumah 'gelaran' baru muncul oleh mak su ana..
mak su kabo..ana macam 'ustz Don' pulak bila berserban..aduhaii~

Bila masuk kolej..

Ada yang kabo..ingat ana anak 'syeikh fuad' erkk..


btw,

its a sweet right ^ ^ (some one say's sweet like a choclate)







Apa pun gelaran yang pernah ana dapat, manusia still tak dapat memahami diri ana, kadang-kadang malas dah nak memahami manusia lain. Tapi ini kan akhlak Rasulullah saw.. mungkin banyak lagi akhlak yang ana buat..insyaAllah, biarpun orang buat apa pada ana..yang penting akhlak..akhlak..dan akhlak ^^




selesai .

Alhamdulillah,

Selesai imtihan(cewah dulu gune istilah exam :D) hari ini..
tadi subjet IT, alhamdulillah boleh jawab..tak sangka pulak jawab just 30 min je..adehh..


Apa-apa pun...


niat ana nak jumpa ustaz hari ni tak kesampaian disebabkan kesibukan ustaz..insyaAllah .
mungkin isnin depan ana jumpa.ustaz.

ya Allah..permudahkanlah... :'(

Thursday, October 4, 2012

Sakit Kepala

SubhanaAllah..


Sungguh Allah swt adalah pemberi kesihatan..

Tiada penyakit yang datang dengan izin Allah swt.

* Sekarang makin kerap sakit kepala, selalu pukul 3 petang dah mula sakit akhirnya tertidur sampai pukul 6 petang kadang kala hampir magrib..Allah..

* Kalau tak petang sakit ni mai malam pulak.. area lepas magrib..tertidur sampai jam 10.30..



Rasanya kuat sangat jin atas kepala ni..Allah..



@_#

Wednesday, October 3, 2012

Maaf Massage Anda Tidak Dibalas

Bismillah,


Assalamualikum wbt


Tak sangka dah kerap update blog berbanding fb..huhu..


ok, refer pada topik diatas.

Ada beberapa golongan manusia yang paling tidak gemar ana berkomunikasi iaitu tidak dimulai dengan...


" Assalamualaikum .. / Assalam / Salam / .."

tak mengapa singkat ..ana faham..faham sangat  ^_^


kalau yang non-muslim tidak mengapalah..ana 'lagi faham'.. maka bezakan cara komunikasi antum dengan yang non-muslim agar tidak sama..ok? ;)

Islam penuh dengan adab bukan adat..maka pelajari 'adab' yang mulia yang tidak lain tidak bukan asalnya dilakukan sendiri oleh Rasulullah saw, bila kita lakukannya bukan sahaja mendapat pahala bahkan Rasulullah saw berbangga-bangga dengan kalian..Allah..


Lets Join The Sunnah!! ~


Tuesday, October 2, 2012

PencInta MajLis IlMu

Bismillah,

Assalamualaikum wbt,

Salam kemuliaan keatas rasul junjungan mulia Rasulullah saw,
kali ini tiba-tiba merasa..

Kerisauan ana pada sesuatu hal..

Kurangnya muslimin dan muslimat yang bersungguh-sungguh untuk hadir pada majlis-majlis ilmu...
Kadang kala ana juga ada 'malas' untuk hadir..tetapi ana wajibkan diri ana untuk hadirkan juga diri ana untuk berada dalam naungan Allah swt.

Menjangkau detik-detik yang mula seorang lelaki mencari seorang peneman hidup kadang kala merasa risau andainya 'bakal' jauz tidak meminati majlis-majlis ilmu..tidak meminati menemani ana..tidak mempeduli majlis-majlis ilmu yang ana hadiri..Allah..

Kadang kala bila terlitas hal ini menyebabkan ana merasa 'suka' dengan diri ana sekarang(bujang) berbanding punyai keluarga. Tetapi fitrah manusia tetap ingin mencari pasangan hidup..

Bagi ana, pasangan hidup yang ana pilih adalah dikalangan yang mencintai majlis-majlis ilmu, dalam hatinya terletak kerinduan dan kecintaan terhadap mana-mana tempat pengajian agama yang mana ana boleh menemaninya dan dia menemani ana.. InsyaAllah..

Semoga ada kalangan mereka yang bisa meyakinkan ana akan hal yang merisaukan ana ini dimana ana tidak risau.



* Selalu lihat suami tiada semangat menghadiri majlis-majlis ilmu kerana isterinya tidak mewujudkan 'rasa' kecintaan mereka pada majlis-majlis ilmu...

* Ya Allah hadirkanlah manusia yang mencintai majlis-majlis-Mu ini.. andainya aku tidak ketemui munculkanlah seseorang yang sanggup berdiri memegang amanah ini terhadap ana... ameen Allahuma Ameen

^_^

Menghitung Detik



SubhanaAllah..

Maha suci Allah...

Rasanya ana dah dapat jawapan muktamat...
InsyaAllah jumaat ini segala penentuan ana berakhir..




Doakan ahli faqir ini ya..

Monday, October 1, 2012

Mungkin Ada Yang Lebih Baik..

Bismillah,

Dalam kegelapan malam ditemani dengan cahaya bulan dan bunyi-bunyi yang saling bersaut,
menyebabkan diri ini mula bermuhasabah dengan segala perkara yang terjadi...

Mungkin ada yang lebih baik untuk 'mereka'.
mereka ini benar-benar baik..
benar-benar ada nur(cahaya)..
ana merasakan ana tidak layak untuk mereka..dan mungkin mereka telah 'silap' membuat pilihan.
Mungkin mereka ini masih tidak keluar dari dunia yang nyata dimana lebih ramai muslimin yang hebat2 dalam agamanya sedang menanti seorang muslimah seperti mereka..


Sudah pasti ana jauh ketinggalan dalam ilmu mahupun amalan berbanding mereka..

Rasanya cukuplah sampai disini.

Antum carilah muslimin yang lebih baik dari ana..

Maafkan ana ya ..


wasalam

Banyaknya

Bismillah..


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt atas pertolongan-Nya kepada diri ana dalam setiap perkara yang tidak dapat kita jauh dari-Nya kerana diri ini adalah milik-Nya, dunia ini milik-Nya, seluruh alam yang ada adalah milik-Nya. Maka tiada apa yang dapat menjauhkan diri kita dari segala-gala perkara kerana ianya pasti berada dalam pengetahuan Allah swt. SubhanaAllah..



Hubungan akak dan ana
___________________



Memang benarlah hubungan akak/abang /adik/ 'angkat' adalah suatu 'Bidaah' yang sesat amat-amat sesat.
Maka jauhilah perkara 'angkat terangkat' itu.

Pada waktu sekarang heboh pasal ana ada 'akak angkat' ditempat belajar.
Sedarlah wahai akhwat sekalian, ana lebih tahu hukum ini berbanding antum yang masih beru belajar disana. jangan mudah 'Melatah' kerana kadang-kala melatah ini boleh menghala kepada ' Fitnah yang Sangat Besar "


Kerap ditanya apa hubungan ana dengan akak ni yang dilihat terlalu rapat?

ok, firstly tiada hubungan yang istimewa yang boleh menjerumus pada suatu hubungan yang dilarang dalam syariat islam. Kerana kami bukannya ada hubungan akak angkat mahupun adik angkat. ok? :)

Ana kenal akak ini lebih 2 tahun, masih ingat dikenalkan oleh sahabat ana untuk program 1000 jiwa 1 hati. Dari situ ana mengenal erti punyai seorang akak yang memahami adiknya.

Semenjak dari situ ana suka membantu akak ini dan akak itu membantu ana dalam menasihati agar berusaha sedaya upaya berjaya apa yang sedang dilakukan. Pernah juga ana menjadi orang tengah beberapa orang yang mahu merisik akak ini atas dasar percaya. Dan ana menceritakan perihal akak ini yang sepatutnya pada orang yang mahu mengenalinya tanpa berhubung dengan akak ini. Lillahi ana tidak merasa sedikitpun terbeban atas amanah ini kerana ianya adalah untuk menjaga 'akaknya' dari lalai dan terleka dengan 'lelaki' yang mudah mengungkap kata-kata manis.

Kini ana rasa membebankan akak ini pula bila ana meminta beliau membantu sesiapa sahaja yang mahu mengenali ana dengan melalui dirinya..

Kadang-kadang terfikir, seorang wanita tidak elok dibebani hal-hal yang berat kerana bisa memainkan emosi dan fikiran akan mudah bercelaru. Dan kini pelbagai pula masalah yang timbul. Allah..


Sungguh diri ana tidak mampu berjalan kerana ana secara jujurnya tidak suka bercerita/ memberitahu masalah ana pada keluarga ana sendiri kerana ana suka  pendam masalah. Jika ada yang terlihat masalah ana pasti akan mengetahui hal ini. Dahulu pernah ana menceritakan masalah ana pada keluarga..tetapi terlalu banyak jawapan -ve dari keluarga ana yang menyebakan ana hilang kepercayaan pada keluarga ana sendiri dari memberi nasihat pada diri ana. Maka masih ada seorang 'akak' yang Allah swt berikan pada ana untuk berkongsi masalah. Andainya antum punyai keluarga yang bisa berkongsi masalah itu adalah kurniaan Allah swt pada antum. Tetapi ana tiada kenikmatan sebagaimana antum ada. Maka jangan mudah melatah. Kerana ana bisa sedih dengan 'latahan' antum..lagi pun ana tidak suka mempertahankan diri ana. kerana ianya adalah akhlak Rasulullah saw yang membiarkan tohmahan dilemparkan .Dengan senyuman dan doa Rasulullah saw berikan pada orang2 yang membenci Beliau..Allah..


InsyaAllah, andainya umur ana tidak panjang untuk memberikan jawapan pada mereka ini, maka ana mohon pada Allah swt berikan petunjuk dan jalan yang lurus pada hamba-hamba-Nya yang sentiasa mencari kebenaran,,dan juga memberikan jawapan ini pada mereka dengan keizinan dari Allah swt..
insyaAllah .

Ameen Allahuma Ameen.. ^_^