Sahabat

Wednesday, January 30, 2013

Harga Cincin Itu..

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..
SubhanaAllah..Alhamdulillah..

Lihat pada tajuk macam pelik je ni..pelik ke? biasa ja tengok.
Tapi kalau tajuk tentang cincin-cincin ni orang nak khawin ja..Betul ka?
MasyaAllah.. tak jadi isu pun ..tak semestinya tajuk cincin = khawin.. Sedangkan cincin ini adalah barangan sunnah Rasulillah saw, dan menyarungnya di jari yang betul diberikan pahala sunnah. SubhanaAllah.




Kes kali ini, ingin berkongsi mengenai cincin ana yang tak sampai 3 hari berada dijari kelingking ana.. =_=''
Ana pada mulanya dah lama berminat nak sarungnya..tapi terdetik untuk membelinya selepas usai majlis maulud bersama Habib Ali Zaenal Abidin di Surau Al-Hidayah dimana ianya tempat bermulanya ana bersama Habib..Alhmdulillah..harga cincin rm20.. =')

Spin punya spin cerita ini(bukan nipu na) =_='' ..akhirnya cincin ana hilang entah kemana pergi..ianya bermula ketika berada di Dataran Sentral pada hari Rabu..untuk sambutan maulid bersama Syeikh Muhammad Fuad..ketika mahu masuk tandas..maka ana pun simpan bersama jubah (tak bawak masuk jubah dalam tandas, pakaian mulia..) akhir2..ana pulang..ana tercari-cari cincin ana..sudah tak jumpa.. pada awalnya mungkin tertinggal ..esoknya pula ana chek balik ..tiada juga..

Allah..Allah..

Sungguh memang rezeki ana untuk amalkan sunnah yang besar ini..
Mungkin amalan dan ilmu ana masih kurang untuk beramal dengannya..subhanaAllah wal Hamdulillah..
InsyaAllah..semoga suatu hari nanti Allah swt berikan kesempatan untuk ana amalkan...

Ameen Allahuma Ameen.. =')


Sunday, January 27, 2013

Jangan Merungut!

Bismillah

Assalamualaikum wbt,
Apa khabar tauhid kita pada masa sekarang? adakah makin kuat ataupun sama seperti dahulu?
Kenapa tanya khbar tauhid? selalunya tanyakan khbar iman kenapa lain pula kali ini~

jawapannya= iman takkan meningkat kalau tauhid tidak belajar. Tauhid adalah ilmu yang WAJIB dipelajari. Tauhid adalah ilmu mengenal Allah swt..zat Allah swt..yang selalu kita dengar Sifat 20 itu ;)
Iman..kita beriman kepada Allah swt..bagaimana mahu beriman jika tidak mengenali Allah swt.
Iman kita takkan meningkat andai ada dalam hati kita mengatakan Allah swt ada di Arash..nauzubillah.. Allah itu ada tangan..kaki..dan sifat2 yang tidak layak disandarkan kepada Allah swt..Itulah pentingnya belajar tauhid..(aqidah ahlul sunnah wal jamaah).

ok, itu pengenalan sahaja ^^

Post kali ini mengenai 'Jangan Merungut!'

Masa kini ana hadapi masalah yang sangat getir antara hidup dan belajar. Sungguh kali ini ana tidak lagi mampu teruskan apa yang ana impikan sekarang walaupun ianya terbuka dan ana sudahpun memasukinya, tetapi mungkin kerana amalan ana makin kurang Allah swt mengambil kembali nikmat ini..langkah terpaksa diundurkan setapak demi setapak..sehingga ana keluar dari pintu itu..dan pintu itu kembali tertutup kembali.. astagfirullah..Ya Allah..ampunilah hambaMu ini.. :'(

Bila ujian ini hadir syaitan mula membisikkan kata-kata beracunnya..mula mengungkit hal lama..


Kali ini tiada siapa yang memujuk dan menasihati untuk bertahan..Dan ujian ini tidak dapat lagi ditangguhkan. 
Doakan ana ya sahabat-sahabat....


wasalam :')



Friday, January 25, 2013

Keputusan

Bismillah..

Assalamualaikum wbt,
Sungguh semalam telah berlaku satu perkara yang amat luar biasa ketika usai majlis pembacaan kitab Muwatto'.

Ada seorang kawan ana berborak-borak dengan ana. Pada awalnya niatnya yang baik mahu menegur ana atas sikap ana yang diketahui umum yang suka bermain-main(tak serius). Sesungguhnya dia tidak mengenali diri ana lagi. Maka ianya adalah suatu kesalahan bagi dirinya, menyuruh ana mengubah sikap ana ini.
Kawan ana ni tak sampai sebulan kenal ana. Duduk pun rumah lain lagi-lagi seorang diri. Mana mungkin dia kenal ana?. dia hanya melihat pada zahir(luaran) tetapi Allah swt tutup kan dirinya melihat dalaman ana(hati).

Memang benar apa yang ditegurnya, sikap ana benar-benar buruk.

Ana layak digelar seorang 'Munafik'. ana sedar ana lebih kenal diri ana berbanding orang lain. Dan ana tahu apa yang ana buat atas ilmu yang sedikit dalam diri ana. Semasa sesi tegurannya ana still bermain-main, macam endah tak endah saja tegurannya itu. Pada zahirnya ana 'kurang ajar' sama beliau tetapi dalam hati ana bersyukur sangat bila ada juga yang sanggup menegur ana 'face to face'.. dan ketika itu ana 'take note' tegurannya itu. Dan ketika ana seperti bermain-main, mimik wajahnya berubah marah, dan ketika itulah ana cuba mengorek kesabarannya. hingga dia cakap "jangan ingat ana tak berani baling henset anta(ana punya) ni".. ana menjawab dengan selamba.." baling la..tak heran pun dengan henset tu.." (hehe).. last2 dia tak baling pun..kemudian dia bukak aib ana pula.. "enta jangan bangga sangat lah dengan p'puan enta semua.." ana jawab " biarlah.." *owh ya..ketika pembacaan kitab dia sempat merobek inbox henfon ana (yang segaja ana biarkan) dan dia juga sempat membalas massage yang ada dalam inbox ana tanpa kebenaran ana ? ^ ^ (memang sengaja dibiarkan sikapnya itu). ketika itu dalam inbox ana ada massage dari 4 muslimat (si dia, adk hq dan adk kolej dan akak ana 2). Akhirnya dia dah terlampau marah dia tinggalkan ana(tak jadi balik dengan ana dan dia menaiki bus ke kolej).

Ramai yang tak kenal ana bagaimana sikap sebenar ana sebelum-sebelum ini. Dan terus menghukum mengikut ilmu yang mereka ada. Yang ana lihat adalah 'adab' dan 'akhlak' mereka. andai adab menegur tidak mengikut acuan Rasulullah saw jangan berani menegur ataupun antum akan terkena kembali jika orang itu tidak rapat dengan antum. Tak salah menegur tapi biarlah beradab. ana terima dan raikan tegurannya kerana ana mengikut acuan yang diajar (adab).

Maka berhati-hatilah dengan ana, segala tingkah laku mu itu ana perhatikan, akan ana nukilkan didalam diri ana.yang antum tidak berjaya menjadi seorang kawan yang baik. apa lagi sahabat? tidak layak.

wallahualam..

Kini dia sudah 'blok' fb ana (PMI), mungkin dirinya dah tak dapat terima ana(sikap) sebegini, tak mengapa lah. itu adalah haknya. dan bila sudah blok ertinya memutuskan persaudaraan. mana mungkin Rasulullah saw terima? ianya adalah perkara yang dibenci oleh Rasulullah saw.

Ana berada dalam dunia ana..jangan diganggu ataupun mimpi anda akan tergangu dengan ana..aewah (macam cita hantu pulak) =P




Thursday, January 17, 2013

Musafir Pahang 2

Bismillah..

Sambungan dari post Musafir Pahang 1 :

Ana akhirnya berjumpa ayah angkat ana di Temerluh..beberapa minit kemudian Ibu angkat ana pula sampai di kedai yang kami tunggu. Ibu ada urusan disekolah( menanda kertas spm) maka selepas makan ibu terus ke sekolah. Manakala ayah menumpang kami untuk ke rumah di Kg Ketualang, Temerluh...

 rumah keluarga angkat.. :)

Sampai sahaja dirumah, ayah hidangkan pula buah2han (yang ketika itu memang musim buah..aewah)

 Durian2!! ^ ^

 Ayah angkat..pegawai tu :D

Pada jam 12.00 tengah hari, ayah menghantar kami ke stesen bus Temerluh untuk ke Kuantan pula. 
Ana dan sahabat mendapat tiket bus ke Kuantan pada jam 12.30 petang.

Alhadulillah sampai Kuantan(latar belakang  stesen bus Kuantan

Otw cari surau..letih..

Pada rancangan awal ana mahu menziarahi sahabat ana namanya Lutfi dan keluarga yang tinggal di Kuantan tetapi takdir Allah swt, kami tak dapat ziarah mereka disebabkan kenderaan sahabat ana tak dapat mengambil kami.

Maka ana teruskan pada rancangan seterusnya untuk ke Pekan pula. Selepas usai solat zohor dan dijamakkan sekali dengan Asar kami pergi makan dahulu dikedai berhampiran stesen bus. Ana hanya makan rojak campur (rm4.50) manakala sahabat ana memakan nasi.

Untuk kePekan akak, ana mahu menziarahi akak kenalan alam maya ana..akak ni sungguh hebat. Banyak ujian datang padanya tapi tetap utuh untuk meneruskan hidup.SubhanaAllah, dan akak ini juga sangat mengharapkan ana untuk dapat berjumpa dengannya. Maka perjalanan kami rezeki dari Allah swt pada bulan lepas pihak Bus Rapid Kuantan memberi tiket percuma ..maka kami naik secara percuma! Alhamdulillah ^ ^


Gambar: suasana bus baru, perkhidmatan baru..aewah


Ok, dipendekkan cerita ana dan sahabat akhirnya sampi ke Pekan pahang. Aewah..
Disana ana berhenti berhampiran stesen Petronas kerana akak tu mahu mengambil ana dan sahabt disana(dekat rumah katanya)


ok, insyaAllah bersambung pada episod akan datang pada Musafir Pahang 3..

-InsyaAllah- 
^ ^





Sunday, January 13, 2013

Musafir Pahang 1

Bismillah

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan beberapa minggu dahulu ana ingin menceritakan pengalaman musafir ana ke Pahang pada cuti pertengahan sem ana hari tu. Terlalu banyak program dan masalah berlaku sehingga tertangguh untuk update blog ini.subhanaAllah.

ok..mulakan cerita..

Hari pertama, ana mulakan musafir pada hari rabu..

lrt Ampang

Pada asalnya awal pagi ana sudah bersiap2 membeli tiket bus ke Temerluh tapi akhirnya yang sepatutnya ana musafir seorang diri akhirnya Allah swt memberi 2 teman untuk mendapat pahala musafir bersama..
Alhamdulillah ^^ 

 2 bro..hehe

Kami berjalan dari rumah sewa ke stesen lrt Ampang terus ke lrt titiwangsa (tiket bus disana).

 atas syor akak, ana memilih Bulan Restu untuk ke Temerluh .


Perjalanan dari Perkeliling ke Temerluh tidak sampai 2 jam..maka tentetif program musafir ana lari sedikit..huk2..

Sampai-sampai ke stesen Temerluh ana dan sahabat rasa seperti pekan sunyi..mana taknya..semua kedai tutup. Hanya kedai 24 jam sahaja yang buka.aewah..

Stesen Bus Temerluh

Sampai sahaja stesen ana dan sahabat mula mencari kedai makan..dann..sepanjang perjalanan tiada kedai makan..dalam 20 min perjalanan Alhamdulillah ana terjumpa kedai makan berhampiran sungai Temerluh.

Dan makanan pilihan...jeng2..ikan patin masak tempoyak
(bak kata orang datang Temerluh wajib makan ikan patin) aewah..hehe

tu dia.. :D

Memang malam tu menjadi malam kepuasan bagi kami...aewah ^ ^

Selepas menjamu perut yang lapar ana dan sahabat mula bergambar di Tasik Temerluh yang sunyi~


Lepas bergambar kami pun mencari masjid yang bersebelahan tasik ni..

Masjid Pekan Temerluh


Pada keesokan harinya, 
usai solat subuh dimasjid kami berjalan-jalan disekitar pekan Temerluh(area masjid je). Niat nak cari kedai makan. Tetapi alangkah hampanya tiada kedai buka lagi jam 7 am ??aewah
Berjalan-jalan sambil berqasidah berborak maka terjumpalah 1 manument :-

 7 am..masih lengang..

 Qasidah..nasyid...beborak..

manument Pekan Temerluh(jam tak betul) huk2


Ketika perjalanan maka ana dapat call dari ayah angkat ana diTemerluh.. disingkatkan cerita ana berjumpa akhirnya dengan ayah angkat ana dikedai makan berhampiran dengan masjid yang kami iqtikaf..Alhmdulillah..


-InsyaAllah akan bersambung ( Musafir Pahang 2 )




















Sunday, January 6, 2013

Assasin Are Back!!

Bismillah

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Setelah hampir 3 minggu laptop ana tidak dapat berfungsi akhirnya Allah swt mempermudahkan apabila hari ini 7/1/2013 berfungsi kembali laptop ana..(assasin) aewah.

InsyaAllah, terlalu banyak ingin dikongsikan sepanjang ketiadaan laptop ana ini..

Nantikan~ ^_^