Sahabat

Tuesday, February 26, 2013

Kamera Vs Camera

Bismillah.

Assalamualaikum wbt,

Tajuk kali ini adalah Kamera Vs camera

What the heaven is this?????/ #_@
masyaAllah, barakallah..

Setiap manusia ada impian yang ingin dimiliki, dan camera/kamera ialah satu 'barang' yang tidak berharga jika tidak digunakan dengan sebaiknya mengikut syara'.

Allahumma Solli AlaMuhammad..

Kegunaan kamera ni selaian mengambil gambar juga boleh digunakan untuk merakam video dan subhanAllah amat cantik sekali. tetapi ramai juga yang mempunyai kamera DSLR mengunakan ia sebagai menjana pendapatan sampingan dan sepenuh masa.

Bagi ana punyai kamera sebegitu juga antara sesuatu yang ana impikan dari dahulu lagi (semenjak tingkatan 5) apabila melihat ada kawan-kawan membawanya kekelas untuk mengambil gambar kenang-kenangan. baru ana tau ada kemera besar yang membolehkan menangkap gambar yang cantik!.subhanaAllah =')

- Hanya gambar pengubat hati ^^

Ana niatkan, andainya ana terpilih untuk menjadi 'tuan' kepada kamera seperti ini, akan ana jadikan sebagai hobi mengambil gambar-gambar para alim ulama' yang ana jumpa. Biarlah orang sibuk mengatakan 'boleh buat duit dengan kamera ni.' laa' maaf, bagi ana ianya tidak lebih untuk kegunaan untuk dunia islam khususnya. 

Seperti biasa, semua manusia ada pendapat mereka masing-masing. so kenalah terima pendapat ana yang 'low standert' ni. Itu pun andai ada 'rezeki'. MasyaAllah. 


*Sayang kamera seperti ini hanya untuk market semata-mata.
*Ana ada kamera digital canon. tapi tempat charger dia tertingal kat masjid time maulid Akbar..Sedih!! :'( so bateri da habis,,xboleh guna


-Tingkatkan Solawat pada Rasul junjungan Mulia-




Thursday, February 21, 2013

Apa Yang Patut Berlaku Nanti?


Bismillah
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah ketika waktu yang masih ada ini ingin ana kongsikan sebuah gambar mengenai apa perilaku yang perlu ada dalam sesebuah walimah. nak huraikan satu-satu amat panjang dan memakan waktu yang lama(rujuk kitab), oleh itu perkongsian seperti ini lebih mudah . InsyaAllah.



Walaupun kita ini mampu untuk membuat besar-besaran tetapi atas dasar kereaan Allah swt dalam hal ini, cukuplah kiranya lakukan yang sederhana. Biarlah dikata kita ini 'saving' ataupun terlalu berjimat. kerana Allah swt mahukan begitu. Setakat ini tak pernah ana lihat kad diedar kepada peminta sedekah anak2 yatim. 


*InsyaAllah berazam kad2 ini akan diedarkan kepada peminta sedekah dan faqir miskin dan yang lebih penting kepada para alim ulama' yang ana kenal dan mengenali diri. biarlah jiran tak hadir pun tak apa. saudara mara tak hadir pun tak apa. Ana bukan mahu memeriahkan majlis dengan keadaan riuh tawa, tetapi dengan 'keberkatan' dengan tiadanya pembaziran yang menguntungkan syaitan. 


*Eh.eh..jangan fikir bukan-bukan na, ana hanya kongsikan ilmu. ^_^


Monday, February 18, 2013

Fahami Apa Yang Lebih Penting

Bismillah,


Tips buat ibubapa 
(daripada kalam Al-Habib Abdul Rahman bin Ali Mahsyur Ben Hafidz)

Mari ambil manfaat.....

"Bermain-mainlah dengan anakmu untuk 7 tahun pertama, 


ajari mereka dengan adab dalam 7 tahun berikut, 

persiapkan mereka dengan ilmu untuk 7 tahun berikut & 

jadilah sahabat mereka untuk selama-lamanya." - Saiyidina Ali bin Abi Tholib K.W








Dan 7 tahun pertama itu mereka akan didik oleh ibunya, selepas 7 tahun didik ibunya maka bapanya akan mendidik mereka.

Oleh itu, 'pentingnya' mencari pendidik didalam keluarga. Bagaimana bermula pemilihan isteri/ suami yang solehah dan soleh. kemudian didikan mereka didalam rumahtangga.


InsyaAllah..semoga bermanfaat ^ ^




Kegagalan Dalam Pertunangan

Bismillah..

Assalamualaikum wbt,

InsyaAllah sekadar perkongsian ilmu yang sedikit didalam diri ini.

Kegagalan Dalam Pertunangan dari sudut agama bukanlah dalam istilah 'tiada jodoh'.
tetapi islam lebih melihat 'keberkatan'  sebelum, semasa, dan selepas pertunangan itu.

ok,

Jum kita ubah pemikiran kita...buka pintu hati memahami apa yang dimaksudkan dengan kegagalan dalam pertunangan ini.



ungkapan hadis yang bermaksud: “War-warkan perkahwinan” adalah ungkapan dari Nabi SAW. Manakala ungkapan: "Rahsiakan pertunangan" adalah satu ungkapan yang Dhoief atau lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi SAW.

Cumanya, sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki.

Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis:

استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان، فإن كل ذي نعمةٍ محسود

Mafhumnya: “Bantu-membantulah untuk menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.” (HR al-Tabarani. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)

Namun hadis ini tidak khusus kepada pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki.




Bilamana pun pasangan yang bertunang itu sudah menyembunyikan pertunangan itu, amat malang bila si keluarga pula menghebohkan kepada umum(jiran-jiran, sahabat handai). 
Ingatkan keluarga antum akan hal ini.

______________________________________________


Selalu ana perhati setiap post di fb, siwanita membuat status ' keluar bersama tunang'.. Allahurobbi..

Itu adalah aib bagi pertunangan itu!

Keluar bersama..Berjumpa..dll , tanpa hal yang sepatutnya adalah kegagalan pertunangan.
Perkara itu semua hanya dilakukan selepas pertunangan.

Selalu ana perhatikan golongan muslimah, mereka bertunang kemudian mengunakan lelaki tersebut untuk menghantar kesana sini. walaupun kemasjlis ilmu. Ianya tetap haram (jikalau berdua2an)

dan hilang keberkatannya jikalau dilakukan sebegitu.Allahurobbi.

InsyaAllah, jikalau ada tambahan ana akan tambah..

wasalam 



Monday, February 11, 2013

Mimpi



Bismillah..
Assalamualaikum wbt,


Pagi semalam(11hb) ana tak berapa sihat.. lepas subuh terus lelapkan mata.
SubhnaAllah..tidak sangka Allah swt berikan ana mimpi yang sungguh berharga iaitu mimpikan murobbina Alhabibuna Ali Zaenal Abidin AlHamid..masyaAllah..

-senyummu membawa, ketenangang dijiwa..alangkah indahnya akhlakmu..beliau keturunan manusia termulia..apatah lagi dirimu ya Rasulullah ...

Masih ingat lagi..mimpi itu..
Ana bersama murobbina..berdua..beliau memeluk ana cukup lama dan ana merasa ketenangan disitu.
Ana menceritakan masalah ana kepada habib dan beliau menjadi pendengar yang sangat baik walaupun dalam mimpi ana merasakan air mata ana mengalir dengan derasnya..dan ditenangkan kembali oleh habib..
Allah..Allah...

Ana juga dapat merasakan habibuna mempermudahkan urusan ana..entah la..
Ada sesuatu yang ana rasa dipermudahkan ..

InsyaAllah nanti ada waktu dan ketika yang lapang ana ingin bertanya kepada habib..tapi ana masih amat segan untuk menegur habib..mungkin risau tidak beradab..hmm

"ya Allah..Engkau menemukan aku dengan hambaMu yang cintakan Kamu dan Kekasih-Mu,
Berikanlah aku kekuatan menuntut ilmu dan kekalkan kemanisan menuntut ilmu bersama para kekasihMu.."

Ameen Allahuma Ameen..

Selepas sedar dari mimpi itu, ana rasa segar badan dan Alhamdulillah..Allah berikan kesembuhan kembali pada ana...Alhamdulillah...ada hikmah..

wahai sahabat..doakan ana.. :')

Sunday, February 10, 2013

Memasak


Bismillah..
Assalamualikum wbt,
Hari ini hati ana sedikit gembira walaupun kondisi badan tidak berapa sihat..
InsyaAllah adik ana share post yang dia suka makan(makannn ja =D )
ana pula mahu kongsikan hobi ana yang ramai tidak tahu..

'suka memasak~'   ^_^ 

Ingat lagi pada usia ana 9 - 10 tahun ana dah buat roti kacang dan memasak roti john didapur dan hidangkan untuk keluarga, dan pernah menjadi cita-cita ana untuk menjadi 'chef ' aewah..tetapi keluarga ana tidak berapa setuju kerana kata mereka bidang ini tiada 'keuntungan'. :')

Ana akur pada pendapat mereka..walaupun minat ana lebih menjurus kepada masakan ..   ^_^-

InsyaAllah, makin lama ianya mula menjadi hobi untuk memasak didapur.(tolong mak  masak ja~)

Teringat pertama kali ana masak sup dirumah sewa..sahabat-sahabat terkejut bukan main lagi..
kata mereka sebelum itu.. 'rindu masakan umah mereka..' so ana pun masak la makanan rumah (bukan masakan bujang =P ) so hasilnya.. licin..tak cukup pulak kata depa..
sungguh seronok sebenarnya memasak ini kalau sebelum memasak ini niatkan untuk mengembirakan orang lain dan hasilnya pun mengembirakan mereka dan diri mereka..Alhamdulillah ^ ^

- ana suka suka menonton cerita masakan,  

'Jewel in the Palace' adalah  banyak memberi ana idea untuk memasak. Banyak ilmu masakan ana pelajari dari cerita ini.. Alhamdulillah ^ ^
(Siapa tahu air untuk masakan ada 15 jenis air? =D )
dan setiap air itu akan mempengaruhi rasa masakan kita itu..masyaAllah~


Tapi yang ana pelik, setiap kali ana menyiang ayam atau daging pasti 'tak sah' kalau tak terhiris sekali daging jari-jari ni..huk2.. bak kata ana( baru terasa memasak tu~ ) ^ ^

- membantu bersama.

Harap-harap nanti ana yang lebih hebat memasak dari isteri ana.. =P (berangan ja..~ hehe )
Apa-apa pun setiap manusia ada kelebihan tersendiri. 
Tiada siapa dapat menandingi masakan seorang ibu..dan seorang isteri..~ ^ ^
Seperti kata-kata Dr Fadzilah Kamsah..

" Walau apa pun yang dimasak..puji saja.. " itu adalah kebahagiaan rumahtangga..

wallahulam =)



Saturday, February 9, 2013

Block?

Bismillah..
Assalamualikum wbt

SubhanaAllah ..

"Ya Allah, andai diri ini menjadikan orang yang rapat dengan ku rasa tidak selesa. Engkau kalihkanlah hati mereka dari diri-ku ini..."

Ameen Allahuma Ameen..


____________________________________


Apa yang menyebabkan seseorang yang kita sayangi (sahabat, adik, abang, akak, dll) tega mem'block' diri kita dari terus berada didalam senarai persahabat mereka?

Barangsiapa yang berada dalam situasi ini, janganlah bertindak terburu-buru.

Bermuhasabahlah...Bermuhasabahlah...Bermuhasabahlah....

Sebab itu..ana berdoa seperti diatas..
Mereka 'membuang' kita atas sebab diri kita..ada salah kita tu terhadap mereka..
Jangan cepat melatah dengan tindakan mereka itu..
Sesungguhnya :-

'air yang berada didalam gelas tidak akan terisi dengan sendiri'

Ana memohon maaf kepada semua andai hadirnya ana ini membuat hati antum marah dan tidak selesa.
Ana akur akan perbuatan antum kerana ianya adalah salah ana..


*Sekali yang memblok diri ana tidak mungkin lagi untuk ana terima kembali.
Daripada ana terus berpura-pura berkawan semula lebih baik ana menjaga hati ana dan hati mereka..

wallahulam..

Ana sentiasa memaafkan semua.. =)





Thursday, February 7, 2013

Maaf Semua

Bismillah..


Allahummasolli wassallim wabarik alaihi waala alih',

Assalamualikum wbt..
setelah berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga tersayang..maka ana telah mengambil keputusan ini... Ana harap setiap yang berlaku ini menjadikan iktibar untuk semua..InsyaAllah..

Ana memohon kemaafan kepada Allah swt atas ketelanjuran ana tidak dapat lagi memegang amanahnya sebagai ahli ilmu,

Ana mohon kemaafan kepada Rasulullah saw, atas sikap ana yang membuatnya kecewa dengan keputusan ini.

Ana memohon kemaafan kepada walid ku, kerana mengecewakan dirinya yang mengharapkan ana sebagai penyambung wasilah ini..

Ana memohon kemaafan kepada kedua ibu bapa, kerana mensia-siakan keringat kalian untuk berada disini dan hasilnya ana berundur juga..

Ana mohon kemaafan dari sahabat-sahabt ana, kerana mengecewakan kalian kerana tidak sempat untuk memberikan ilmu yang sepatutnya kepada antum.


Andai ianya adalah sesuatu kesalah, Engkau maafkanlah diri ini.
Andai ianya adalah suatu fitnah, Engkau jauhkan lah..
Aku hamba yang jauh dengan diri-Mu
Aku hamba yang akan sentiasa mengharap Redha' Mu...


Maafkan lah...Maafkan lah..

Sunday, February 3, 2013

Kumpulan Qasidah

Bismillah

Allahummasolli AlaMuhammad wa'lli Muhammad

Alhamdulillah, ana sudah menubuhkan kumpulan qasidah sendiri
yang diberi nama Ashab Al Suffah, ana dan sahabat rumah bertungkus lumus untuk menubuhkan syarikat dan nama syarikat juga adalah Ashab Al Suffah, maka tak perlu lagi nama laen untuk qasidah sebab ianya adalah dari orang yang sama. InsyaAllah.

Alhamdulillah dalam organisasi Ashab Al Suffah, ana di beri tangungjawab sebagai ketua qasidah iaitu mengusahakan segala program yang melibatkan qasidah termasuk meeting, apoiment, dan latihan qasidah.. aewah. Ana ingat akan dilantik sebagai pemasaran ke apa..sebab ianya memang bidang ana..tiba-tiba..
dilantik sebagai ketua bahagian qasidah la pulak..adeh..

-lama tak melukis.. ^^


Setakat ini sudah ada 2 jemputan di PoU , PsA, untuk program untuk Palestine dan Malam Kebudayaan. Alhamdulillah baru 2 hari promosi sudah ada yang berminat untuk menjemput kumpulan kami..subhanaAllah.
Rata-rata masih tidak mengenali qasidah ini..

InsyaAllah ana tidak mahu menjual alunan qasidah ini tetapi mahu memperkenalkan qasidah diserata tanah air bersama kumpulan-kumpulan qasidah yang ada ketika ini. Doakan dipermudahkan segala usaha ana ini..
InsyaAllah..

Tidak salah jika dalam majlis tertentu ana akan meminta sesuatu iaitu penempatan kami semasa majlis. Bukan mahu menunjuk bagus tetapi ana mahu memuliakan qasidah ini. Andai qasidah ini tiada guna cuma alunan kosong ana tidak kisah untuk berada dimana-mana.tetapi ini adalah kata-kata ulama', wali2 Allah swt menandakan kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Maka wajib bagi ana memuliakan. InsyaAllah.

Segala pertanyaan mengenai qasidah dan booking boleh berhubung dengan ana :

http://www.facebook.com/pencinta.majlisilmu


*Ashab Al Suffah bukan sahaja untuk qasidah tetapi juga membuat kem-kem untuk sekolah-sekolah, dan memberi ceramah motivasi islamik yang bercirikan Alhlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan Ahlul Punah Wal Ranah. wallahualam.. :)

Pilihla Beragama Dan Berakhlak



Bismillah

Assalamualaikum wbt,

Di awal pagi ini(12:22 AM) mari kita bersama-sama memperbanyakkan beristigfar kepada Allah swt. 
Pada waktu inilah rumah kita mulai sunyi..bunyi kenderaan makin tiada..subhanaAllah..



Tajuk post 

Pilihlah Beragama dan Berakhlak adalah tajuk yang semua sedia maklum.(mungkinkah?) :D

Begitu banyak post2 mengenai pilihan kepada lelaki untuk memilih wanita sebagai isteri tetapi AMAT JARANG(tidak merujuk kepada tiada) post cara memilih lelaki untuk dijadikan suami oleh seseorang wanita. InsyaAllah.

Sedia maklum, bagi lelaki untuk memilih pasangan merujuk Empat(4) krateria 

- Kerana Cantik, Berharta, Keturunan Dan Agamanya. 

Tetapi kreteria untuk calon lelaki untuk dijadikan suami hanya dua(2) iaitu :-
yela dua ja, tak da sampai 4 (khawen 4 ada la =P ) hehe

1- Kerana Agamanya
2- Kerana Akhlaknya

na'am..itu sahaja..

Kenapa yang beragama?

- Dialah yang akan membimbing, mendidik kamu(isteri) dalam kehidupan. 
Amanah itu (keluarga) terletak pada bahu suami ( kenapa bahu??tak muka ke?hidung?mata? -entah la selalu cakap bahu ja..) ok2..focus.. 

Kenapa pula Akhlak?

- Wanita mana yang suka diterajang ? wanita mana yang suka dimarahi sahaja? wanita mana yang suka muka yang hari-hari ditatap masam ja? mesti nak yang lemah lembutkan ( bukan lelaki lembut! ), berhikmah dan sebagainya. 

Maka cukuplah syaratnya.. :)


-gambar menceritakan segalanya-



*
Andai datang risikan dari orang yang hebat ilmunya baik pula akhlaknya maka terimalah..sesungguhnya Allah swt telah hadirkan permata untuk kamu. jangan ditolak kerana menunggu batu yang buruk bentuknya.

Wanita pula, jika ketahui/kenali lelaki yang baik agamanya(ilmu agama) baik juga akhlaknya jangan lepaskan dia, kerana itu adalah takdir Allah swt yang membuatkan kamu kenal akannya(bukan saja-saja) dan jangan malu untuk merisik akannya. Jangan terlalu 'mengharap' akan lelaki yang merisik dirimu.




wallahualam