UJIAN APAKAH INI
Bismillahirrohmnirrohim..
Assalamualaikum wbt, agaknya sudah bertahun lamanya tidak membuka BLOG ini. Selepas last post disini macam-macam berlaku terhadap diri ini. Alhamdulillah.
Dari kerja itu tak jadi..kerja itu pun tak jadi.. kena tipu lagi..MasyaAllah..
Kini masalah lain pula terjadi. Moga diri ini sentiasa tabah. Ameen Allahuma Ameen.
Mungkin ini pengajaran untuk diri ini. ya lah hanya diri sendiri mengenali diri kita sendiri. Moga-moga Allah swt ampunkan diri ini.
Dahulu bersemangat..kini masing-masing meninggalkan diri. ujiankan..sabar je lah..
Mungkin ana ini jahil sangat kut. Tak mampu bimbing. Hmmm. Nak email/Msj pun dah tak ada mood. Habis dimalukan didepan keluarga. Ana pun ada perasaan. cuma diri ini mahu mencari penyelesaian..berbekalkan 'kasihan' mak ayah dan keluarga disini. tebalkan muka ke sana mengharapkan penerangan dan nasihat. Tapi malang...terlalu malang orang yang ku kenal tidak lagi ku kenal lagi. Hanya 'sebab-sebab' yang kecil menjadi sebab dirinya berubah begitu sekali. matanya sudah berubah..tidak lagi mata yang ku kenal sentiasa mahu nasihat dan ilmu. ya Allah moga hatiku ini kekal bersamaMu...
Jika ada jodoh takkan kemana... :)
ayat keluar dimulut yang mudah diungkap tapi dalam hati berkata, adakah jodoh itu mengharapkan hanya ayat yang tiada titik hujungnya?, wallahualam............
Jika hal sekecil ini pun bermasalah bagaimana akan datang.......
Apabila seorang lelaki mahu melamar seorang gadis 'pilihannya', ia adalah suatu titik perancangan hidup matinya, lelaki itu sudah benar- benar bersedia menerima buruk baik pilihnya(ketika itu). Ia bukan hal yang kecil. Lagi-lagi lelaki yang sentiada mencuri-curi berkhidmat dengan orang-orang soleh. Perancangan bukan sahaja sedikit tapi 'Teliti'.
Akhir sekali, andai Allah swt mahu ketemukan dan satukan kami, Alhamdulillah..tidaklah menyusahkan lagi mak ayah dan keluarga. Andai tiada, ana mohon Allah swr berikannya pilihan yang lebih baik dari Al Jahil Mukarroob ini. dan berikanlah diri ini ...khusnul khotimah...mati dalam keadaan yang baik...
Cukuplah ana menyusahkan keluarga ana disini.....walaupun anakmu ini kurang bercakap..tapi ketahuilah anakmu ini yang lebih menyayangi kalian..ya ibu ayah...Maaf kerna anakmu ini tidak berguna...alangkah malangnya kalian punyai anak sebegini...