Sahabat

Wednesday, December 15, 2010

PrakTikal..oh...prKtiKaL....

Assalamualikum wbt,
Segala puji bagi Allah swt,atas limpah kurnia dan rahmatNya,dapt kita bernafas,berjalan,dll.Selawat serta salam buat Rasul junjungan mulia nabi Muhammad SAW.Walaupun Allah swt berikan segala nikmat dunia kepada kita tetapi perlulah kita tahu nikmat yang trbesar yang Allah swt kuniakan kepada hambaNya adalah nikmat IMAN.

Alhamdulillah bersyukur kepada illahi sudah hampir tiga minggu ana menjalani latihan industry ditempat yang Allah swt tetapkan. Bersyukur juga sepanjang latihan ini tiada perkara-perkara yang membuatkan ana berasa tersinggung mahupun tidakberpuas hati. Berdasarkan  pengalaman senior-sinior yang sudah menjalani latihan industry,ana cuba untuk lakukan yang terbaik walaupun kadangkala tiada kerja yang boleh dilakukan.
Apabila bermulanya Latihan industri, ana betul-betul rindu pada politeknik,P.i..dah tidak ada lagi melepak dengan sahabat-sahabt depan tangga p.i lepas solat Jemaah..ya Allah..rindunya bila ingatkan kembali.Tidak tahu lagi masih ad kesempatan untuk ana rasakan kembali  suasana itu.Kalau mahu difikirkan,selepas ana masuk kepoliteknik nanti..bermaksud berakhir juga pengajian senior-sinior ana dipoliteknik,mungkin tiada lagi pesanan-pesanan dari senior yang sentiasa melekat ditelinga..dan mungkin ana pula yang akan memberi pesanan kepada adik-adik yang akan menmpuh alam IpT..wa’hualam..

Sepanjang menjalani latihan juga ana dapat rasakan bagaimana alam pekerjaan, suasana persekitaran yang penuh dengan kesibukan.Alhamdulillah  Allah swt berikan kelebihan berbanding sahabat-sahabt lain kerana Allah swt mahu ana untuk untuk bermuhajadah untuk ketempat latihan.Ana tidak menaiki kenderaan sendiri seperti sahabat2 lain yang mempunyai kemampuan untuk membeli  motor ataupun kereta.ana hnya menaiki perkhidmatan awam yang mengambil masa 1 jam ½ dan kadang-kadang lebih dari itu untuk sampi ketempat kerja.Oleh sebab masa perjalanan agak lama,ana perlu keluar dari rumah seawal 6.30 pagi.Selain itu, masa ini juga ana dapat merasa berebut  menaiki Train LRT ..hehehe…

Disebabkan ana menjalani latihan half kerajaan n swasta..maka ana perlu sampi tepat pada masa..dan perlu pushCard datang dan balik setiap hari (kecuali sabtu-ahad.huhu.).

Lastly,ana mmohon  pd Allah swt agar menguatkan ana untuk mnmpuh sgala ujian yang akan atau bakal ana tmpuhi..ana juga memohon agar sahabat2 mendoakan ana agar sejahtera disini..insyaAllah kalau ada umur yang panjang kita brjumpa disemesta hadapan dipoliteknik.Andai tiada lagi…Doakn ana berada disamping orang-orang yang soleh..insyaAllah..


Wasalam..

LRt yang mnjadi pgngkutan harian ^__^
Station Jelatek!!



Akhbar FREE!!hehe

jln raya yang perlu dilintas...bhya2..huhu

Add caption



































Add caption