Sunday, March 27, 2011
Sunday, March 20, 2011
Persahabatan antara Muslimin dan Muslimat...Da;e
Assalamualaikum wbt,
Post kali ini ana terjumpa diHalaqah.net
rasa perlu sangat dimasukkan disini...
selamat membaca. ^^
Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?
Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika inni sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.
Berhentikan Proses Seterusnya!
Oleh itu, para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah SAW).
Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. “Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di Kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola di hatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu aku simpan di dalam hatiku.” Kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi aku? Tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau.” Jawab Fatimah.
Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..
Sudah terlanjur digosipkan….
Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.
Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.
Jangan Terperangkap
Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.
Sebagaimana yang berlaku pada Ibnu Abbas, ketika menunaikan haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu bersabda:”Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang lain.”
Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia telah mengingatkan orang yang beriman serta umat Islam seluruhnya agar menjaga pandangan dengan firman-Nya: “Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa lahir daripadanya…..” (an-Nur:31-32)
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Monday, March 7, 2011
IMQ
Assalamualaikum,
Kali ini ana mahu share mengenai.."" Imam Muda Qaryah ( IMQ )""...
Sedikit kenyataan akhbar mengenai IMQ ini..
Alhamdulillah, ana terpilih menjadi salah satu peserta IMQ ini...
Semoga ilmu yang akan dipelajari disini dapat digunakan pada masa hadapan.
InsyaAllah..
**Jangan mengharapkan kemenangan tapi harapkan keredoan Allah swt..**
Sekilas pandang..

tengah berlatih meyanyi..uhuk |
no. ana,,,senget la pulak,,aduii.. itu saja buat masa ini... wasalam. |
Friday, March 4, 2011
Mengapa Harus Begini....
Bismillahirohmanirrohim...
Ya Allah….
Mengapa harus begini…
Tidak layak untuk ana katakana ana seorang sahabat yang baik.
Jauh sekali…..
Ya Allah..ku tidak layak untuk berkawan dengan sesiapa pun..
Layananku terlalu teruk terhadap hamba-hambaMu yang lain..sehingga ada yang menjauhkan diri..
Cita-cita untuk mencontohi RasulMu tidak kesampaian….
Terasa untuk mengelak dari sesiapa sahaja..tidak mahu menyapa atau menegur..
Semangat hambaMu ini sudah luntur…
Apabila seorang jauhkan diri…pasti diri ini tidak berhenti menangis..
Ana sayang semua sahabat-sahabat ana…
Ana sangup buat apa pun asalkan sahabat ana merasa dijaga, diambil berat..
Jika sahabat perlukan bantuan ana akan terus menolong walaupun pada masa itu tanggungjawab ana terpaksa ditangguhkan..
Maaf semua…
Kini..
Tangisan sahabat menitis…..disebabkan diri ini yang tidak tahu bersahabat.
Ya Allah, kau hadirkan sahabat…..dan Engkau jauhkan kembali…HambaMu ini redho..
Tetapi tidak tahu sampai bila akan bertahan….
Pernah engkau hadirkan seseorang sebelum dia……
Kemudian kau jauhkan dengan izinMu,
Kini Kau jauhkan lagi aku dengan sahabatku,
Ya Allah..hambaMu memohon maaf ampun kerana jahil beramal dengan ilmuMu,
LaknatMu terhadapku..laknatMu terhadapku ya Allah…
Ya Allah..
kau izinkanlah aku melepaskan semuanya…semua tanggungjawab…
Aku sudah tidak mahu lagi memegang apa-apa ...
Semangat hambaMu untuk belajar sudah hancur ya Allah…
Cukuplah…..
hambaMu ini tidak mampu lagi…
hambaMu ini hanya mahukan ketenangan…
Gambar yang ana suka sekali..hubungan yang Halal dan diredai Allah swt.....tetapi ....
""Ya Allah andai dia Jodohku..Kau Permudahkan lah,
andai tidak Kau jauhkanlah....
Kau sudah jauhkan.........
Kau sudah jauhkan.........
InsyaAllah..........doaku bersamamu...
wasalam
Tuesday, March 1, 2011
Alhamdulillah
Alhamdulillah,
Setelah sekian lama tidak memasuki Blog ini akhirnya ana ruangkan masa untuk cuba berkongsikan sedikit ujian yang Allah berikan pada ana.
Syukur atas kehendakNya dalam perjalanan ana balik kepoliteknik untuk memenuhi jemputan untuk menjadi fassilitator Mukayyam anjuran Pusat Islam dan MEKAR (Menjana Kerohanian Akhlak Remaja). Sedikit kecelakaan telah berlaku apabila kenderaan yang ana bawa (motorsikal ex5) mengalami kemalangan di laluan motosikal.
Bersyukur kehadrat illahi, hanya motor sahaja yang mengalami kerosakan yang teruk apabila bahagian hadapan hancur akibat terlangar dan masuk kedalam Divider jalan....Setelah diselidik, kemungkinan jalan laluan selepas terowong basah dan licin. Tidak dapat dinafikan semasa itu juga, ana membawa motor dalam keaadaan yang LAJU..uhuk3.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah andai dilihat pada kemalangan itu(keadaan motosikal) , ana sepatutnya tidur dihospital. Tetapi sesungguhnya Allah itu maha mengasihani, apabila ana hanya tercapak di bahu jalan menyebabkan luka kecil dibadan dan lebam dikaki.
Setelah beberapa lama menunggu akhirnya Along MEKAR menjemput ana untuk kePoliteknik. Harapan meninggi untuk membantu perjalanan program tetapi atas saranan keluarga, ana terpaksa meninggalkan keluarga politeknik dengan hati yang berat.
InsyaAllah, andai ada rezeki dan jodoh kita akan bertemu lagi...doakan ana cepat sembuh..
Pantun maaf...4 Mukayyam
Hari ini hujan tak henti,
Ucapkan ""Alhamdulillah"" dalam hati,
Segala ketentuan dicipta Illahi,
Maafkan ana tak dapat hadirkan diri,
waasalamualaikum wbt....

Subscribe to:
Posts (Atom)