Sahabat

Tuesday, April 10, 2012

Titisan ..

AllahummaSolliahaihiWasallam,



Dalam menghitung detik -detik akhir berada dipoliteknik ini, pelbagai perancangan mula diatur selepas habis pengajian. Tidaklah hanya menjadi peganggur dirumah sahaja. Masa hadapan perlu difikirkan juga.
Teringat dua/ tiga bulan dahulu. ana pernah memberitahu mak dan ayah agar tidak lagi memaksa ana untuk menyambung pelajaran yang ana ambil sekarang. Bukan mahu mematahkan semangat ibu dan ayah. Tetapi pada usia ini, diri dan keputusan kita bukan lagi berada dibawah tangan mereka. Dan memang benarlah kos yang ana ambil sekarang bukan pilihan ana tetapi saranan dari ibu dan ayah selepas ana menghabiskan pelajaran dari sekolah teknik dahulu.

Allahurobbi..

Kini jiwa dan ruh ana betul -betul berada dalam dakapan ilmu-ilmu ugama dibawah bimbingan para habaib dan ulama' yang mengajar ana. Oleh itu, ana mengambil keputusan untuk menimba ilmu ugama secara serius disebuah institusi dalam jurusan 'usuluddin'. Semoga Allah swt merahmati pilihan ana ini. Ameen Allahuma Ameen.

Suatu hal yang masih dalam kerisauan ana adalah..

Keputusan untuk melanjutkan pelajaran ini..akan membuatkan ana dan murobbi ana Al Habib Ali Zaenal Abidin akan jauh.....jauh....bagaimana diri ini bisa berjauhan dengan beliau yang telah memenuhi setiap lopak-lopak kosong dan gelap didalam hati ini.
Walaupun ana sedar akan lebih ramai syeikh dan ulama yang hebat bakal mengajar ana..tetapi jiwa ana sungguh sayang pada habaib ini.
Sekali ana memandang habaib ini hati ana akan tenang..bukan kerana kecantikanya..tetapi adabnya..yang sungguh hebat..sebab itu beliau digelar "Ulama' Adab" adab yang diikut adalah adab Rasulullah SAW..
Ana sayang habib..kadang kala, semasa perjalanan menaiki motosikal ana akan bergenang air mata ini dikala terfikir akan berjauhan dengan keturunan Rasulullah SAW ini.

Ana tidak tahu siapa yang dapat memahami perasaan ana ketika ini.


"berilah berita gembira untuk ana agar dapat menghilangkan perasaan sedih ini....."


Alhabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid
Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza

No comments:

Post a Comment