Sahabat

Saturday, May 5, 2012

Siapa Anda Untuk Menilai Begitu? =)

Assalamualikum wbt,

Pada akhir-akhir ini, terlalu banyak post-post diFB(muka buku) yang menyatakan luahan rasa hati.
Tidaklah ana mengatakan 'SaLaH' ataupun ''HaRaM" untuk itu, tetapi menyatakan rasa luahan hati ini perlu pada tempatnya.

Status tidak berpuas hati, benci pada seseorang dan lain-lain adalah suatu fitrah, tetapi adakah fitrah bagi manusia ini perlukan tempat yang sebetulnya untuk dilepaskan? - jawapannya adalah 'Perlu'

Kenapa perlu?
- Sebab manusia adalah lemah, makhluk yang Allah swt ciptakan yang tidak akan lari dari dosa.

Tempat yang perlu dilepaskan ?
- Kepada orang yang anda tidak berpuas hati.

"Tak masuk akal!!"
- Kenapa perlu cakap begitu? nampaknya anda mempunyai EGO yang tinggi ya.. =)
Bersabarlah.. kita ikut adab insan yang paling mulia, Nabi Muhammad SAW ..
Bagaimana cara baginda menegur sahabatnya? cara berdepan ataupun berceloteh dihadapan semua?
Baginda SAW menegur sahabat-sahabatnya mengikut situasi dan keadaan. Jika sahabat ini melakuakan kesalahan seorang diri. maka Baginda SAW sendiri akan pergi pada sahabat dan bertanya terlebih dahulu.."Mengapa engkau berbuat demikian?"..selepas mendengar jawapan sahabatnya itu ..barulah Rasulullah saw yang mulia mengatakan/ menegur sahabat itu dengan baik. Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah nabi yang cukup mengasihi ummat. cara menegur adalah sebaik-baik makhluk yang pernah ada dimuka bumi ini. Masih mahu EGO??

Ana pun ada EGO' tetapi ana tahu mana perlu letakkan EGO ini pada tempat yang sepatutnya. InsyaAllah

Kan mudah jika terus terang pada orang itu kan? =)
Ke antum 'Takut' ?
Ke antum 'Malu' ?
Ke antum 'memandang orang itu "HINA" pada diri antum?

-subhanaAllah. Sesunggunya Allah swt maha mengetahui isi hamba-hambaNya.

Muhasabahlah diri kita masing-masing.
InsyaAllah ^_^

___________________________________________________________________________

kekurangan pada diri perlu dipandang sebelum mencari kekurangan pada orang lain. Jika kita sedar kekurangan pada diri, pasti dan pasti kita akan 'MALU' untuk menyatakan kekuragan pada orang lain.

wahualam

=)

No comments:

Post a Comment