Sahabat

Monday, March 4, 2013

Kerja

Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

SubhanaAllah... Alhamdulillah.. Laillahaillah

Sega puji bagi Allah swt, yang Maha Berkuasa dimuka bumi ini di laut, dilangit dan seluruh alam semesta ini. Allahuakbar..

Alhamdulillah, hari ini(4/3/2013) ana dah mula bekerja disyarikat yang agak besar(agak je, sebabnya bangunanya besoo) . Hari ini, ana diberi sedikit taklimat dan team building bersama rakan-rakan team yang lain. SubhanaAllah..semuanya osem-osem belaka ! ^_^

Alhamdulillah ana kini bekerja disyarikat Coway Malaysia Sdn Bhd yang biasa didengari sebagai syarikat pembekal mesin rawatan air dan udara yang berasal dari Korea!~ aewah ^ ^


Sebenarnya semasa sesi penerangan pagi tadi, ada seorang abang ni (abg Rosli), bercerita tentang seorang pakcik ni, last-last ana dah dapat idea yang kurang kreatif untuk membuat mesin air ni sebagai wakaf kepada masjid dan surau diMalaysia..Wah3, baru first day dah otak gila-gila idea ni..tapi amat terkejut sekali idea ana tu diterima. Alhamdulillah! ^_^

Maka ana cuba-cuba intai kot-kot ada yang berkeinginan ambil idea ana ni dengan mewujudkan page  Wakaf Masjid Surau , ana juga nak tengok, adakah masjid2 di Malaysia benar-benar cuba merebut peluang ini ataupun tidak..subhanaAllah..

Ini baru permulaan persendirian yang ana cuba usahakan tanpa melibatkan syarikat walaupun hakikatnya produk syarikat..adeh.. T_T" tapi demi manfaat bersama apa salahnya?dapat pahala lagikan ^_^

InsyaAllah, esok kursus jam 10pagi - 5 petang, tak tahu lagi perjalanan kerja mereka ni macam mana..belajar dan terus belajar.

Doakan ana sentiasa diperbaharui niat kerana Allah swt mengikut sunnah Rasulullah saw..ameenAllahumaAmeen :)







6 comments:

  1. Ameen Allahumma ameen ^_^...kerja dengan Ikhlas kerananya ye ...Alhamdulillah..Semoga Pekerjaan-mu di berkati oleh- Nya...Ameen

    ReplyDelete
  2. saya pakai coway . alhamdulillah , sangat yakin :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum adk..

    Maaf xdan btny pasai keja mse awai2 aritu btw, akk ngan bonda snts doakn yg tbaik utk adk.. ayat pasai bangunan besoo tue klaka aihhh..

    Selamat menghadapi alam pekerjaan dik.. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam wbt kak,, syukran doakan ^^

      InsyaAllah..nk biasakan diri..xpernah bekerja..sekali terus syarikat gini..tuff juga..em

      Delete