Sahabat

Tuesday, March 26, 2013

Ana Bukan Ustaz

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Allahummasolli Ala' Muhammad!

Wahai sahabat yang Allah swt kasihani, janganlah memangil ana dengan gelaran 'ustaz'. ana kini tidak layak dah dipangil begitu. Jika dahulu semasa ana menuntut ilmu disana Asatizah disana mengatakan 'tidak mengapa' dipangil sebegitu disebabkan antum adalah penuntut ilmu agama dan apa yang dikata mereka adalah doa untuk antum juga." ,

Ok, kini ana bukan ahli dengan mereka lagi mahupun mana-mana. Ana kini kembali pada fitrah dahulu ana. Hanya mencari kuliah agama yang tidak mungkin melayakkan ana mendapat sijil sebagai seorang 'ustaz'.
Maka, ana mohon sahabat2 yang ana sayangi sekalian, jangan bertanyakan ana soalan-soalan agama lagi. Ana bukan ahlinya, tanyalah sahabat-sahabt lain yang faqih.. ana mahu belajar asas kembali, ana mahu menjadi gelas yang kosong kembali. Walaupun ana tahu jawapan pada soalan-soalan antum. Ana mahu antum cari jawapannya dari orang yang lebih faqih. - Harap Maklum-

Ana kini adalah manusia diniawi. Mari kita sama-sama, menuntut ilmu di mana-mana sahaja. asalkan ilmu itu sohih dan dibawa oleh orang yang sohih ilmunya!

No comments:

Post a Comment