Sahabat

Friday, April 5, 2013

Sibukkan Diri Dengan Majlis

Bismillah


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt atas taufik dan inayah-Nya kita masih dapat berkumpul didalam halaqah ilmu yang sentiasa hidup didalam hati-hati kita. ameen

Alhamdulillah, suatu kenikmatan yang Allah swt berikan pada diri ana dengan meletakkan diri dan ruh ana untuk berkhidmat kepada murobbi allhabib Ali Zaenal Abidin AlHamid di Darul Murtadza. Jika dahulu ana hanya duduk belajar sekali dengan jemaah lain, kini ana diamanahkan menguruskan makanan murobbi dan para jemputan khas. alhamdulillah. Walaupun kerja ini tidak layak orang seperti ana yang punyai dosa yang tak terhitung, Allah swt masih memilih ana untuk membantu menguruskannya.


Sungguh semenjak menjadi 'khadim' kepada murobbi ini masa ana amat-amat terbatas untuk bersama keluarga apatah lagi sahabat. Sejak ana ketemu Darul Murtadza tiada hal lain dapat menghalang ana untuk tidak menghadiri majlis ilmu ini setiap hari jumaat! . Tiada program lain yang dapat menghalang ana untuk hadir.

Oleh sebab itu, ana amat tidak suka manusia yang mencuri masa ana pada hari Jumaat dan lebih lagi masa majlis mula. Terkilan rasanya bila kita sedaya upaya meluangkan masa untuk membantu tetapi dibiarkan sahaja. Macam semalam, sahabat Darul Murtadza amanahkan ana membeli plug untuk majlis, maka ana sempat singgah ke pasar malam berhampiran utnuk membeli buang anggur untuk santapan murobbi..sempat juga membeli kue tiau dan mee goreng untuk adik di DM yang belum makan lagi, alang-alang sudah sampai ana belikan juga untuk adik yang tinggal seorang. Amat sedih bila puas menunggu untuk serahkan tetapi  tiada balas. sedangkan sudah banyak miss call dari sahabat DM agar ana sampai sebelum majlis. Allahurobbi...

walaupun sudah ditolak awal-awal dengan baik ana tetap akan beli juga, diakhir pesanannya baru nyatakan hal sebenar. tapi disebabkan ana sudah membelinya ana mangharapkan juga agar diambil andainya masih tidak mahu, ana sangat mengharapkan agar ditolak dengan secepat mungkin kerana sahabat dan jemaah Dm  sedang menunggu ana...






Allahummasolli Ala muhammad..

InsyaAllah, selepas ini ana tidak mahu lagi berurusan dengan mereka yang menyusahkan ana seperti ini.

"Orang yang menyusahkan ana bermaksud orang yang menyusahkan orang sekeliling ana."


Teguran untuk diri ana...

' Jangan mencuri masa orang lain ! '
Selepas ini biarlah orang cakap kita ini sombong asalkan kita tidak menyusahkan diri kita dan mengunakan masa yang sepatutnya pada hak orang lain...

Syukran bagi yang berkenaan..kerjasama anda sangat ana hargai.

^_^


wasalam

No comments:

Post a Comment