Sahabat

Tuesday, May 21, 2013

Pilu hati

Bismillah,

Assalamualaikum wbt..
Allhumasolli AlaMuhammad waAllaAliMuhammad

Sebelum menaip post baru ini, ana sempat membaca post- post terakhir ana tulis. Nampak beno cita tak habis..huhu,,malah bukan satu tapi hampir semua cerita ana tergantung. Kalau masuk exam BM pasti markah pun dapat yang 'tergantung' jugak aewh ^_^

Kali ini ana ingin berkongsikan kesedihan ana disebabkan sahabat ana ditempat ana belajar dahulu difitnah sehingga dibuang kolej. Sungguh ana terkejut bila hari jumaat yang lepas, ana pada awalnya ingin mengambil kitab sahih bukhry di Koperasi tetapi dipesongkan motosikal ana agar ketemu dengan sahabat ana di Madrasah dahulu (Ketika itu ana sudah bertanyakan beliau dimana.)

Sampai diMadrasah, ana lihat disudut belakang kiri madrasah (juga surau bagi penduduk flat tersebut) penuh dengan pakaian dan kitab sahabat ana. ana salam dan cium pipinya. ana mula musykil..

'enta duduk sini?,' - 'na'am'

'Apa cerita sebenarnya sampai enta kena buang?'

Pada asalnya disebabkan result 2 sem tidak melayakkannya menyambung, tapi hakikatnya result ni boleh disemak(tanyalah semua ipt diMalaysia), tetapi di tempat ana belajar dahulu tidak boleh disemak kembali. Bagi ana ini satu penipuan. sahabat ana pun tahu hal ini tapi tak mahu diperbesarkan untuk menjaga nama tempat belajar yang baru nak naik. Bila diselidik-selidik rupanya ada pihak yang ada 'hasad dengki' dengan sahabat ana ini (Semoga laknat Allah swt bersama beliau). Tanpa perlu mengaibkan beliau, cukup ana katakan beliau ini terlalu kotor hatinya. Baru bersama agama yang benar-benar hak disini tiba-tiba menunjuk kuasa yang lemah. menjadi pemecah belah sahabat-sahabat ana.



Sungguh Allah swt menjaga ana ketika belajar disitu dahulu tidak memilihnya, dan selayaknya diri nya itu terus dengan perasaan yang kotor.

Disebabkan kisah sahabat ana ini, maka tiba-tiba hati ana kembali berat untuk kembali ke tempat belajar itu, walaupun untuk bertalaqi . kerana ana lihat muka mereka ini penuh dengan hasad. penuh kotor dengan niat dan tindakan mereka. Tidak semua, tetapi sebahagian.

"Semoga laknat Allah swt sentiasa bersama hamba-hambaNya yang menjadi sebab sahabat ana ini merana dan memecahbelahkan ikatan ukhuwah pelajar lain dengan sahabat ana ini..."

Tetapi ada sesuatu yang pelik berlaku...

Bilamana ana keluar dari jalan ilmu ini, baru ana tahu (diberitahu sahabat ana tadi) ada beberapa sahabat ana juga mengikut langkah ana. disebabkan masalah mereka yang tidak diketahui. Tapi yang penting mereka itu adalah mutiara berbanding ana yang menjadi arang yang hitam .

"Ya Allah...ampuni aku, mungkin aku terkasar dengan sifat dan akhlakku ini, ku berdoa juga agar nama tempat belajar ku itu dibersihkan oleh seorang yang benar-benar ikhlas menjaga dan berjuang atas landasan ilmu yang benar dan dapat mempermudahkan daqwah walidku..syeikh muhammad fuad kamaluddin alMaliki..dan menjauhkan orang yang ada hasad ini jauh dari tempat yang mulia itu.."

 Ameen Allahuma Ameen

3 comments:

  1. Rasulullah s.a.w bersabda: "Hasad dengki itu memakan amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu" - Hadis riwayat Abu Daud. :)

    ReplyDelete
  2. Bakal Jenazah,: syukran ingatkan :)

    ReplyDelete