Sahabat

Thursday, May 23, 2013

Team Qasidah

Bismillah

Allhumma Solli AlaMuhammad

Alhamdulillah, semalam ana ada nyatakan hajat ana untuk tubuhkan kumpulan qasidah khusus  tak sangka ramai juga yang tunjukkan minat untuk sertai(Macam perlu lakukan audition je..aewah)




Dahulunya ana hampir tubuhkan qasidah dibawah pengurusan ana iaitu Ashab Al Suffah tapi disebabkan masalah dalaman ana mengambil jalan untuk keluar dari mereka. Kini disamping tiada kerja yang berat ana benar-benar ingin menambahkan kecintaan ana pada Baginda saw dengan qasidah memujinya..

Alhamdulillah, niat ana ini kini dipermudahkan Allah swt , dengan diberikan panduan oleh ustaz Kyrel iaitu salah seorang ahli kumpulan Al Mawlid, InsyaAllah. Ustz ada msg ana agar datang ditempatnya pada setiap hari ahad. InsyaAllah semoga Allah swt melancarkan lagi kasih dan cinta pada kekasihNya ini..Ameen Allahuma Ameen.

InsyaAllah juga, ana akan meminta tunjuk ajar dari kumpulan Al Maulid, Ahbabul Habib (Qasidah Darul Murtadza), In Team dan InsyaAllah Ustaz Ahmad Al Yamani. Untuk awal ini ana tidak mahu menfokuskan mengenai alat muzik, tapi untuk focus pada pelancaran pembacaan dan alunan suara. Bila semua sudah lancar insyaAllah baru difokuskan untuk alatan muzk pula. InsyaAllah.

Untuk kumpulan ini, ana berniat untuk jadikan para ulama' dan habaib pemerhati agar menjaga niat kami agar tidak terpesong dari landasan yang sohih dan benar.Ameen..

Kumpulan ana juga insyaAllah, akan sentiasa membuat ziarah para masyaikh untuk mendapatkan keberkatan mereka dan juga nasihat pada kami.

Moga-moga Allah swt mempermudahkan niat ana ini khusus untuk hadiah kepada Baginda Rasulullah saw,

Ameen Allahuma Ameen ^_^

No comments:

Post a Comment