Sahabat

Sunday, April 17, 2011

Majlis Aqiqah diPoliteknik


Majlis Aqiqah diPoliteknik
(26 mac 2011)


Assalamualaikum wbt ,

Bersyukur kepada illahi atas segala-galanya. Selawat dan salam atas Rasul junjungan mulia Rasulullah SAW , ahli keluarganya, para sahabat, tabiĆ­n. Alhmdulillah, setelah agak lama menyepi ana kembali dengan laporan aktiviti yang Allah swt telah berikan pada diri yang hina ini.
Alhamdulillah, takdir dari Allah swt meletakkan ana dikalangan ahli-ahli majlis ilmu diMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Majlis Maulidul Rasul bersama Habib Mudzir dari Indonesia.
Sememangnya, ini merupakan majlis Maulidur Rasul bersama ulama yang ana ikuti atas ajakan seorang sahabiah yang ana kenali di laman web Halaqah.Net.


Perasaan ingin tahu bagaimana berkumpulnya orang- orang Alim dimajlis ini, membuatkan hati ini berdebar-debar untuk pergi kesana. Sepatutnya malam jumaat ana sudah bergerak kePoliteknik atas ajakan sahabat-sahabat disana untuk membantu gotong-royong memasak makanan majlis aqiqah kepada 4 keluarga pensyarah Politeknik. Agak memilukan hati apabila harapan untuk membantu sahabat-sahabat tidak kesampaian disebabkan hanya sehelai ‘serban’. Ya..serban, bagi ana serban itu adalah pelengkap bagi pakaian ana. Puas mencari, akhirnya sampai ke pukul 1 pagi..tetap tidak dijumpai. Perasaan tidak puas hati membuatkan diri ini sentiasa beristigfar dan berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan.




Selesai sahaja solat subuh tanpa membuang masa, ana bersiap-siap untuk perjalanan ke politeknik kesayangan ana. Perjalanan hanya mengambil masa 40 minit  daripada rumah. Alhamdulillah, akhirnya Allah swt memberi kesempatan ana un tuk menjejak kaki dipusat ilmu kifayah ana.Alhamdulillah.
Tiada lokasi lain yang ana tujui selain Pusat Islam yang tersegam indah dimana disitulah pusat dakwah pelajar-pelajar politeknik. Menjadi ikon islam dikawasan yang sungguh sibuk dengan hal dunia. Apabila sampai sahaja ana perhatikan semua makanan sudah siap dimasak. Didalam pusat islam pula,simpati melihat sahabat-sahabat telah syahid setelah berjuang untuk berbakti kepada agama Allah swt. Diberitahu, mereka bersekang mata sehingga pukul 3.30 pagi untuk penyediaan makanan ini.Allah huakbar! Semoga syahid didalam tangan kalian!!. 


 Ya Allah..comelnya. >__<


 

InsyaAllah..suatu hari nanti..kita pasti akan lalui adanya permata yang sangat-sangat bernilai.






Alhamdulillah, masih ada kerja yang tersisa untuk ana lakukan. Penyediaan nasi untuk para jemaah perlu disiapkan dengan sebaiknya, tetapi untuk menyediakan nasi, ana terpaksa untuk menebalkan muka kerumah warden kamsis Damai( asrama wanita ). Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan kehendakNya.syukur.
Pada jam 12.30 hari, majlis aqiqah menyambut kelahiran bayi seramai 5 orang dimulakan, SubhanaAllah! Comel sungguh anak-anak ini. Terasa ingin sahaja ana mendokong dan mencium bayi-bayi ini..tapi niat itu terpaksa ditangguhkan dan membantu pula penyediaan tempat makanan untuk para Jemaah. Selawat keatas rasul junjungan mulia nabi Muhammad saw mengakhiri aqiqah didalam masjid, maka tibalah saat untuk menjamu selera. Kami  sedaya upaya ,tidak kira ajk muslimin ataupun muslimat melayan para tetamu agar tiada masaalah dalam menyediakan makanan untuk para Jemaah.


Alhamdulillah. selepas selesai solat fardhu Zohor secara berjemaah, barulah kami pula mengambil tempat untuk menyantap makanan yang tersisa. Alhamdulillah, terlihat wajah-wajah kepuasan pada setiap ajk yang bertukung lumus dari jumaat hingga acara penghabisan. Senyuman-senyuman kepuasan menyerikan suasana.
Akibat keletihan yang teramat sangat, semua ajk sekali lagi syahid dalam ibadah..Allahuakbar!

**terkilan disebabkan terlalu sibuk hingga terlupa untuk snap gambar =( ... 





                             

Bersambung

2 comments:

  1. comel benar baby tu....huhu..insyaALLAH..binalah individu,keluarga dan masyarakat yang berasaskan akhlak islamic..semoga syiar Islam terus berkembang dan maju di mata dunia...ameeen

    ReplyDelete