17 / 04 / 2011
Assalamualaikum wbt,
Seperti tajul diatas, ana ke pC fair KLCc. Pada mulanya ana tidak tahu adanya pc fair. Sesungguhnya Allah swt membantu ana apabila niat untuk ke Low Yat pada hari yang sama ditukar apabila ana terbaca didalam internet AVIRA( web anti virus )mengenai pc fair di klcc . Ana terus bersiap-siap dan dengan meminta izin mak dan ayah yang sentiasa berat hati untuk membenarkan anaknya. Segala pesanan dipahatkan didada ini yang selalu leka. Begitu lah kasih sayang seorang ibu dan ayah, pesanan mereka tidak akan putus-putus untuk kita sebagai anak. Deruman engine motosikal memenuhi ruang hadapan rumah, mnunjukkan ana akan bergerak kedestinasi yang bagi ana tempat yang asing. Dan ini merupakan kali pertama ana ke klcc menaiki motosikal. Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang bakal ana rasai.
“Ya Allah..Kau permudahkanlah perjalanan hambamu yang hina ini…andai aku menghadapmu …kau syahidkan lah aku Ya Allah..tidak mahu aku menemui Kau dikala aku tiada ap pun untuk ku banggakan dihadapanMu…’’
Perjalanan bermula dan diniatkan kerana Allah..mencari redhoNya disetiap perkara agar diri ini tidak akan tersasar dari tujuan asal. Didalam perjalanan ada sahaja pengguna kenderaan besar (kereta) yang membawa dalam keadaan bahaya. Mungkin tidak memikirkan pengguna lain.. berfikirlah adanya kenderaan kecil (motosikal) yang dihimpit ke tepi..kan itu membahayakn. Allah swt masih beri peluang lagi untuk ana hidup..dikala waktu itu..kalimah “Allah” keluar dari mulut ini..Selepas perkara hampir dihimpit itu berlaku, ana teruskan perjalanan dan lebih berhati-hati sehinggalah sampai keParking klcc….Alhamdulillah.
Apabila sampai sahaja didewan pc fair ya Allah ramainya ummat…!
Ana kini menfocuskan mencari keperluan ana.. bukannya lap top..tetapi .kemera. untuk menggantikan kamera akak yang telah hilang disebabkan kecuaian ana. Perjalanan sangat memenatkan hati ini yang terpaksa menempuh perbagai zina didepan mata, dengan pakaian, yang berdating, ya Allah..kuatkan imanku…
Terpampang 1 booth CANON . terus ana ke sana, dan melihat ada tak kemera yang ana cari..Ya Allah!! Rm 799!! Itu harga kemera yang sama akak ana punya…
Pada masa itu dompet ana hanya ada rm 15 ringgit sahaja..bagaimana la nak cari camera rm15??hahhaa..tanya-tanya dia .dan cuba menggunakan skill penggodaan agar harga rendah boleh diberikan pada ana. Pada asalnya dia tidak dapat merendahkan harga disebabkan camera ini adalah model baru. Tapi ana sedaya upaya menggunakan skill yang diajar oleh “orennnnn”..erkk..(teknik mata kasihan..huhu). Ana memberitahu perkara sebenar yang ana perlu gantikan camera yang tercicir diPutrajaya. Mungkin kerana jujur, Allah swt membuka hati mereka untuk merendahkan harga yang dlunya rm 799 kepada rm 779. Alhamdulillah!!. Dikala itu, hati ini penuh berbunga. Bermunajat syukur kapada Allah swt .
Walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak, segala beban ana terlerai apabila camera ada ditangan. Alhmdulillah.
Selepas selesai urusan jual beli, ana bergegas keMasjid As Syakirin, klcc untuk menunaikan solat zohor.
Selepas selesai solat, ana mengambil naskah terjemahan alquran yang sentiasa menemani ana kemana-mana sahaja. Surah AsSajadah menjadi pilihan kerana ana perlu menghafalnya. Oleh kerana hati ini terlalu gelap.agak susah untuk menghafal.
“Ya Allah, hitamnya hatiku dengan dosa-dosa yang terkumpul. Kau maafkanlah aku. Kau jernihkanlah hati ku untuk membawa ayat-ayatMu didalam kehidupanku…””
Selepas selesai ana kembali ke pc fair untuk membeli barang-barang pesan oleh akak. Setelah selesai ana bergegas keluar dan mencari parking moto..dan sesuatu perkara yang memalukan terjadi……….ana terlupa tingkat parking moto…ya Allah..
Puas mencari turun naik..tempat parking .Akhirnya ana terjumpa tempat pertnyaan. Malunya rasa..akhirnya ana jumpa parking moto. Alhmdulillah, terus ana membayar parking dimesin. Rm 2….ok la..he..
Selesai….
Alhamdulillah…
Walaupun tidak dapat syahid…ana tetap bersyukur..mungkin belum tiba masanya lagi.mungkin amalan ana masih kurang…
Wasalam =)
No comments:
Post a Comment