…sambungan…
Alhmdulillah. selepas selesai solat fardhu Asar, ana bersiap-siap untuk menghadiri majlis yang ana nanti-nantikan iaitu majlis bersama Babib Munzir Fuad Al-Musawa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(Masjid Negeri Shah Alam).
Sebelum ana memulakan perjalanan, terasa sesuatu tidak kena.apabila ingat kembali..ana ada berjanji dengan ajk pusat islam untuk mengajarnya azan. Jam ditelefon bimbit sudah menunjukkan pukul 6.45 petang. Masa yang ada terus ana mencari adik ana itu dibiliknya. Sesi mengajar dimulakan sehingga pukul 7.25 malam. Alhmdulillah selesai janji unutk mengajar serba sedikit, ana bergegas untuk keMasjid Shah Alam, masa perjalanan sudah terdengar laungan Azan yang memenuhi ruang muka bumi ini yang diciptakan oleh yang Maha Pencipta.SubhanaAllah.
Alhamdulillah, Allah swt masih memberi kesempatan ana berada dimasjid yang indah ini. sampai sahaja diMasjid ana mempersiapkan diri untuk solat Berjemaah. Oleh kerana serban ana tiada. Ana memutuskan untuk memakai kain menutup kepala (seperti masyarakat arab).
Selepas selesai solat magrib ana ke hadapan..memenuhi ruang-ruang kosong. Kedatangan seseorang yang dinanti-nantikan Habib Mudzir..subhanaAllah..bersihnya mukanya..melihat mukanya
pertama kali..tiba-tiba sahaja mata ini mengalir..ya Allah..
Majlis dimulakan dengan Selawat keatas Rasulullah saw dan Qasidah..subhanaAllah..indahnya saat itu. Merdunya suara hamba Allah yang sampaikan selawat dan qasidah.
Selepas solat isya’’Habib mudzir mula memberikan kuliahnya..membesar-besarkan tuhan semesta Alam dan merendahkaan diri sebagai seorang hamba yang hina disisi Allah swt..Bila keluarnya kata-katanya memuji Allah dan Rasullullah saw..subhanaAllah…dalam diri ini berkata””Beliau bukan manusia biasa…”” setiap kata-katanya betul-betul menikam disetiap hati Jemaah.. teresak diri ini bila diceritakan “”Siapa Rasulullah saw..”. dan budi mulia Rasulullah saw..ya Allah..
Tangis ini tidak terhenti apabila Habib mendoakan kesejahteraan kepada para jamaah.. Doanya benar-benar seorang hamba yang meminta pertolongan dari Allah swt..
‘’Salam sejahtera keatas mu ya Rasulullh… “
Majlis diakhiri pada pukul 11 malam. Sesungguhnya diri ini bersyukur kepada Mu ya Allah..Kau memilih aku dikalangan berjuta-juta ummat dinegara ini untuk mengikuti majlis membesar-besarkan kekasihMu Rasulullah saw.
Ana kembali kePoliteknik untuk mengambil keperluan ana dan bersiap-siap untuk pulang. Sebolehnya ana mahu pulang pada ahad, tetapi jadual kursus imq ana menjadi pelengkap setiap minggu.alhamdulillah. Sebelum ana meninggalkan pusat islam, ana mengambil sedikit masa untuk mengajar azan kepada ajk pusat islam. Apabila jam sudah menunjukkan jam 1.30 pagi ana tangguhkan untuk pulang ke kuala Lumpur. Alhmdulillah Allah permudahkan urusan perjalanan ana pulang..dalam pukul 2.30 pagi , ana sampi di rumah.
Alhmdulillah… ^^
No comments:
Post a Comment