Sahabat

Monday, September 12, 2011

Dawrah Bersama Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Semait

Assalamualaikum wbt,


Sebagai memanfaatkan lagi kehadiran Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Semait dari Madinah Al-Munawwarah ini, beliau akan mempimpin enam siri pengajaran dengan mensyarahkan dalam bahasa Arab mukhtasar (khulasan) dua buku karangan beliau berjudul “Bahjatul Talibin” dan “Manhaj As-Sawi”.Program ini terbuka kepada ulama, ustaz, guru, pentadbir dll yang mampu memahami bahasa Arab dan juga bakal terima kedua naskah buku tersebut serta ijazahnya dari beliau sendiri. InsyaAllah, Program Dawrah yang bertemakan “Bahtera Cara Hidup Terjamin Menuju Ilaahi” ini akan bermula pada petang Selasa 11 Oktober 2011. Program ini diteruskan pada sessi pagi dan petang hari Rabu 12 Oktober dan hari Khamis 13 Oktober sebelum diakhiri pada pagi Sabtu 15 Oktober. Tiada sessi pada Jumaat 14 Oktober. Sessi pagi bermula pada jam 11:00 pagi dan yang malam mulai sejurus selepas solat maghrib; keduanya selama dua jam termasuk sessi soal-jawab.


InsyaAllah, pihak kami sedang berusaha mengelolakan kesemua sessi dawrah ini supaya diadakan di Bilik Seminar, Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; InsyaAllah akan dipastikan kelak. Tiada dikenakan sebarang bayaran oleh peserta. Pihak HAK juga tidak akan menyediakan kemudahan terjemahan, makanan, penginapan ataupun kemudahan pengangkutan kepada peserta.


Peserta yang berminat diminta mendaftar diri dengan cara bertulis kepada ar@alhawi.net dengan tajuk “DAWRAH” dan akan pihak kami hubungi seterusnya. Adalah penting ditekankan disini bahawa hanya mereka yang fasih dalam bahasa Arab akan diterima mengikuti program ini.


Sila pantau www.alhawi.net untuk keterangan lanjut dan sila emailkan sebarang soalan berkaitan kepada ar@alhawi.net juga

Sunday, September 4, 2011

Nilai Taqwa Kita pada mataNya?

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt, kita masih berada didunia sementara ini untuk menjadi orang yang bertaqwa. Firman Allah swt  Surah An-Nisa : 131 :

"Dan sesungguhnya kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan kamu juga, untuk bertaqwa kepada Allah".

Telah turun perintah Allah swt keatas makhluknya untuk bertaqwa kepadaNya. Sedangkan kita kini tidak memahami apa itu "Taqwa".

Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi
walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.

Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah sematamata.
Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat keselamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.

TAKRIF...

Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu
tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan
bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu
daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa
tetapi ia bukan taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau
khasya.

Taqwa berasal dari perkataan "waqa–yaqi–wiqoyah" yang ertinya memelihara. Hujahnya ialah ayat Al-Quran seperti
berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu
dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)

Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu hendaklah
jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan
masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari kejahatan. Usaha untuk menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng ialah dengan melaksanakan perkara-
perkara yang disuruh oleh Allah lahir dan batin. Dengan kata-kata yang lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpul dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung. Membina sifat-sifat mahmudah
itulah usaha ke arah taqwa.

Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala
sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, berkasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan sebagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat. Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilahistilah
, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkatnya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Untuk menjadi orang yang bertaqwa ertinya menjadi orang yang berada dalam perlindungan Tuhan atau dalam pemeliharaan Tuhan. Orang yang berada dalam benteng dan kubu Tuhan. Dia selamat dari serangan luar. Serangan luar tidak lut dan tidak mengenai dirinya. Orang bertaqwa itu seolah-olah
telah dipakaikan baju besi atau jaket kalis peluru. Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak melibatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil,
benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.

Orang yang bertaqwa adalah orang yang luar biasa. Sebab dia manusia yang sudah bersifat malaikat. Sifat malaikat sudah ada dalam dirinya. Dia sudah jadi orang Tuhan. Sebab itulah dia dibantu dan  dibela oleh Tuhan. Orang bertaqwa sahaja yang akan selamat di dunia dan di Akhirat.



Friday, September 2, 2011

Raya ke-5! ' Selamat Hari Raya'!

Assalamualaikum wbt,

SubhanaAllah! dah raya ke-5..

Selamat Hari Raya !!
Lambat betul baru nak ucap..uhuk..

Tahun ni..dah tak dapat duit raya..mungkin betul kata akak Eya.. faktor usia..urm.. :(..

Apa-apa pun THINK POSITIF!! ok!

Raya tahun ni dapat banyak massage hari raya..sampi tak mampu nk reply semua..maaf ya.
InsyaAllah minggu depan kita mula iftar ;)

wasalam



         -Maaf Zahir Batin-




Friday, August 19, 2011

Kreteria

Bismillah,

Dalam mencari pelapis pemimpin untuk semesta hadapan.

Ilmu agama dalam diri adalah kreteria yang terpenting.

Dapat seimbangkan antara 'hablum minAllah dan hablum minannas'





                                        - Jadikanlah Rasulullah saw sebagai idola pemimpin kita -

Friday, August 12, 2011

20 tahun

Alhamdulillah


Cukup sudah tarikh sejarah untuk diri ini.
Dikala mengimbau kisah silam,
Betapa Jahillnya diri menghabiskan sisa2 zaman dahulu
Bagaimana mahu ana menjawab soalan2 Allah swt nanti dipadang masyar??

Ya Allah,
Kauberkati lah diri ku, ibu bapa ku, keluargaku, sahabat2 ku, dan semua ummat nabi Muhammad SAW.
berikanlah kami memahami agamaMu

Ya Allah,
Aku ingin benar syahid,
Ingin sangat untuk syahid
Tapi layakkah ku dapatkan syahid itu?

Ya Allah,
Aku memohon padaMu,
Pada tarikh sejarah ini,
Kau kabulkan lah doa untuk ku syahid.

:(''




Wednesday, August 10, 2011

Lupakan Saja

Assalamualaikum wbt


Adakah ana 'sign in' blog ini apabila bersedih sahaja?..

Adakah ana 'sign in' blog ini apabila rasa keseorangan sahaja?..

Kenapa ada sebab dan penyebab segala kesedihan ini..

ya Allah, pulihkanlah kesedihan dan kehampaan ini.

Cukuplah beberapakali perasaan ini terjadi.

Janjiku untuk tidak bersedih lagi kerana dia tidak dapat ku pegang.

Maafkan ku Ya Allah.



Monday, August 1, 2011

Andai Kita Tahu..

Andai lelaki tahu 

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, June 7, 2011

Ya Allah....Selamatkan Kami!!!

Assalamualaikum wbt,

Hanya copy paste dari sahabat ana yang mungkin boleh kita fikir2kan apa yang diceritakan ^^

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?” Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

“Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri.

Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yang amatku sayang. Jangan jadikan fesyen zaman sekarang sehingga maruah anda sendiri yang tergadai..

Monday, June 6, 2011

Simposium Manhaj Dakwah Bandar

Alhamdulillah,

pada 5/5/2011 ana telah mengikuti Simposium Manhaj Dakwah Bandar di Dewan Mukhtabar Pusat Islam W.P. 

Antara tentatif program adalah pembentangan Kertas Kerja oleh Y.Bhg.Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, Y.Bhg Ustaz Long bin  Kechik, Habib Ali Zaenal Abidin Al- Hamid dan Y.Bhg. Datuk Hj. Che Mat bin Che Ali. 


Wednesday, June 1, 2011

Cuti~Cuti diJohor



Alhamdulillah, selepas selesai Latihan Industri selama 5 bulan, ana telah memilih Johor sebagai destinasi  untuk merehatkan badan.  Ana telah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk mengunjungi  Johor Bharu dan Batu Pahat.  Sememangnya ini adalah pertama kali ana menjejak kaki ke Johor. Perancangan awal telah dibuat sebelum ana bergerak. Sesungguhnya kita hanya merancang Allah swt jugalah yang menentukan. Pada awalnya ana ingin berkhemah dipantai JB tetapi dengan RahmatNya ana diberi tawaran untuk bermalam diHotel yang ditaja oleh syarikat semasa ana membuat Latihan Industri.  Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat apabila Allah permudahkan urusan.


BTS .. >_<



bersambung....



Ya Allah..

Assalamualaikum wbt,




Terlalu lama tidak buka Blog..

Sekarang sangat sibuk dengan Report dan Short Sem....

Semoga Allah membantu ana dalam mencapai kejayaan..

ameenn

Monday, April 18, 2011

PC Fair..kLCC





17 / 04 / 2011


Assalamualaikum wbt,


Seperti tajul diatas, ana ke pC fair KLCc. Pada mulanya ana tidak tahu adanya pc fair. Sesungguhnya Allah swt membantu ana apabila niat untuk ke Low Yat pada hari yang sama ditukar apabila ana terbaca didalam internet AVIRA( web anti virus )mengenai pc fair di klcc . Ana terus bersiap-siap dan dengan meminta izin mak dan ayah yang sentiasa berat hati untuk membenarkan anaknya. Segala pesanan dipahatkan didada ini yang selalu leka. Begitu lah kasih sayang seorang ibu dan ayah, pesanan mereka tidak akan putus-putus untuk kita sebagai anak. Deruman engine motosikal memenuhi ruang hadapan rumah, mnunjukkan ana akan bergerak kedestinasi yang bagi ana tempat yang asing.  Dan ini merupakan kali pertama ana ke klcc menaiki motosikal. Sesungguhnya ini adalah pengalaman yang bakal ana rasai.

“Ya Allah..Kau permudahkanlah perjalanan hambamu yang hina ini…andai aku menghadapmu …kau syahidkan lah aku Ya Allah..tidak mahu aku menemui Kau dikala aku tiada ap pun untuk ku banggakan dihadapanMu…’’

Perjalanan bermula dan diniatkan kerana Allah..mencari redhoNya disetiap perkara agar diri ini tidak akan tersasar dari tujuan asal. Didalam perjalanan ada sahaja pengguna kenderaan besar (kereta) yang membawa dalam keadaan bahaya. Mungkin tidak memikirkan pengguna lain.. berfikirlah adanya kenderaan kecil (motosikal) yang dihimpit ke tepi..kan itu membahayakn. Allah swt masih beri peluang lagi untuk ana hidup..dikala waktu itu..kalimah “Allah” keluar dari mulut ini..Selepas perkara hampir dihimpit itu berlaku, ana teruskan perjalanan dan lebih berhati-hati sehinggalah sampai keParking klcc….Alhamdulillah.


Apabila sampai sahaja didewan pc fair ya Allah ramainya ummat…!
Ana kini menfocuskan mencari keperluan ana.. bukannya lap top..tetapi .kemera. untuk menggantikan kamera akak yang telah hilang disebabkan kecuaian ana. Perjalanan sangat memenatkan hati ini yang terpaksa menempuh perbagai zina didepan mata, dengan pakaian, yang berdating, ya Allah..kuatkan imanku…

Terpampang 1 booth CANON . terus ana ke sana, dan melihat ada tak kemera yang ana cari..Ya Allah!! Rm 799!! Itu harga kemera yang sama akak ana punya…
Pada masa itu dompet ana hanya ada rm 15 ringgit sahaja..bagaimana la nak cari camera rm15??hahhaa..tanya-tanya dia .dan cuba menggunakan skill penggodaan agar harga rendah boleh diberikan pada ana. Pada asalnya dia tidak dapat merendahkan harga disebabkan camera ini adalah model baru. Tapi ana sedaya upaya menggunakan skill yang diajar oleh “orennnnn”..erkk..(teknik mata kasihan..huhu). Ana memberitahu perkara sebenar yang ana perlu gantikan camera yang tercicir diPutrajaya. Mungkin kerana jujur, Allah swt membuka hati mereka untuk merendahkan harga yang dlunya rm 799 kepada rm 779. Alhamdulillah!!. Dikala itu, hati ini penuh berbunga. Bermunajat syukur kapada Allah swt .

Walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang banyak, segala beban ana terlerai apabila camera ada ditangan. Alhmdulillah.
Selepas selesai urusan jual beli, ana bergegas keMasjid As Syakirin, klcc untuk menunaikan solat zohor.

Selepas selesai solat, ana mengambil naskah terjemahan alquran yang sentiasa menemani ana kemana-mana sahaja. Surah AsSajadah menjadi pilihan kerana ana perlu menghafalnya. Oleh kerana hati ini terlalu gelap.agak susah untuk menghafal.

“Ya Allah, hitamnya hatiku dengan dosa-dosa yang terkumpul. Kau maafkanlah aku. Kau jernihkanlah hati ku untuk membawa ayat-ayatMu didalam kehidupanku…””

Selepas selesai ana kembali ke pc fair untuk membeli barang-barang pesan oleh akak. Setelah selesai ana bergegas keluar dan mencari parking moto..dan sesuatu perkara yang memalukan terjadi……….ana terlupa tingkat parking moto…ya Allah..
Puas mencari turun naik..tempat parking .Akhirnya ana terjumpa tempat pertnyaan. Malunya rasa..akhirnya ana jumpa parking moto. Alhmdulillah, terus ana membayar parking dimesin. Rm 2….ok la..he..

Selesai….


Alhamdulillah…

Walaupun tidak dapat syahid…ana tetap bersyukur..mungkin belum tiba masanya lagi.mungkin amalan ana masih kurang…


Wasalam =)



Sunday, April 17, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan sahabat-sahabat semua!! =)


Assalamualaikum wbt 

Time 2 war!!
..huhu..

Tingkatkan ketaqwaan dikala kita makin dekat untuk menghadapi kertas peperiksaan.
Jangan kita bertungkus lumus mentelaah pelajaran sehingga pengharapan kita pada Allahswt tidak sama seperti kita mengulang kaji.




Jangan tention2 dehh...

huhu

baca doa..... =)


*ana tak ada exam..jangan jelez..huk3

wasalam

Jagalah Dirimu..

Bismillah..

Aku masih disini
Terus menanti saat itu,
Biarpun musim telah banyak berlalu,
Tetap setia menunggu,
Kerana pasti anda masih disitu,
Dan terus Menanti,
Kerana itu, mohon Dengarkanlah bicaraku ini..


Semoga lenyap segala resah dan gelisah antara kita..
Sesungguhnya takdir kita,
Telah ditetapkan oleh Dia,
Yang menemukan kita di Alam ini..


Dan yakinlah bahawa Dia sentiasa mengawasi
Setiap langkah kita,
Oleh kerana itu,
Janganlah kau atau diri ini meragui kesetiaan ini..
Bersabarlah dalam menantikan kehadiran,
Kerana tak mungkin ana mungkir janji pada diri ini..


Andai kau berduka terluka,
Rawatlah dengan munajat kepadaNya,
Andai kau lelah dalam perjalanan ini,
Berteduhlah dibawah naungan rahmatNya..
Biarpun sukar dan payah,
Doa ana agar kau setia tabah dan tidak berputus asa pada RahmatNya..




Sehingga kini,
Aku terus berdoa dan setia menanti akan tibanya saat itu..
Mekarnya kuntuman bunga-bunga bahagia,
Ditiup angin dengan HendakNya,
Mendamaikan kerinduan hati..
Kepada Mu jualah Ya Allah aku berserah,
Jagalah dia dan ana..
Periharalah hati-hati kami ini..


Andai perpisahan yang ana lakukan ini membuatkan dia rasa ana menjauhkan diri,
Periharalah dirinya..Tidak ana berani untuk bermain perasaan ini,
Sungguh aku mengharapkan dia memahami perasaan diri ini,
Andai pula dia rasa menyesal atas pertemuan dengan ana,
Kau kasihanilah diri kami ya Allah,
Sesungguhnya hambamu ini bersyukur kerana Kau temukan kami.



Ikhlas dari ku..
insyaAllah..
Jazakallah kerana sudi mengenali diri yang hina ini..





ana harap kamu fahami perasaan ini..
dan mengapa ana lakukan ..

wasalam



…sambungan…




Alhmdulillah. selepas selesai solat fardhu Asar, ana bersiap-siap untuk menghadiri majlis yang ana nanti-nantikan iaitu majlis bersama Babib Munzir Fuad Al-Musawa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah(Masjid Negeri Shah Alam).
Sebelum ana memulakan perjalanan, terasa sesuatu tidak kena.apabila ingat kembali..ana ada berjanji dengan ajk pusat islam untuk mengajarnya azan. Jam  ditelefon bimbit sudah menunjukkan pukul 6.45 petang. Masa yang ada terus ana mencari adik ana itu dibiliknya. Sesi mengajar dimulakan sehingga pukul 7.25 malam. Alhmdulillah selesai janji unutk mengajar serba sedikit, ana bergegas untuk keMasjid Shah Alam, masa perjalanan sudah terdengar laungan Azan yang memenuhi ruang muka bumi ini yang diciptakan oleh yang Maha Pencipta.SubhanaAllah.

Alhamdulillah, Allah swt masih memberi kesempatan ana berada dimasjid yang indah ini. sampai sahaja diMasjid ana mempersiapkan diri untuk solat Berjemaah. Oleh kerana serban ana tiada. Ana memutuskan untuk memakai kain menutup kepala (seperti  masyarakat arab).





 
  











Selepas selesai solat magrib ana ke hadapan..memenuhi ruang-ruang kosong. Kedatangan seseorang yang dinanti-nantikan Habib Mudzir..subhanaAllah..bersihnya mukanya..melihat mukanya 
pertama kali..tiba-tiba sahaja mata ini mengalir..ya Allah..




Majlis dimulakan dengan Selawat keatas Rasulullah saw dan Qasidah..subhanaAllah..indahnya saat itu. Merdunya suara hamba Allah yang sampaikan selawat dan qasidah.
Selepas solat isya’’Habib mudzir mula memberikan kuliahnya..membesar-besarkan tuhan semesta Alam dan merendahkaan diri sebagai seorang hamba yang hina disisi Allah swt..Bila keluarnya kata-katanya memuji Allah dan Rasullullah saw..subhanaAllah…dalam diri ini berkata””Beliau bukan manusia biasa…”” setiap kata-katanya betul-betul  menikam disetiap hati Jemaah.. teresak diri ini bila diceritakan “”Siapa Rasulullah saw..”. dan budi mulia Rasulullah saw..ya Allah..


Tangis ini tidak terhenti apabila Habib mendoakan kesejahteraan kepada para jamaah..  Doanya  benar-benar seorang hamba yang meminta pertolongan dari Allah swt..

‘’Salam sejahtera keatas mu ya Rasulullh… “

Majlis diakhiri pada pukul 11 malam. Sesungguhnya diri ini bersyukur kepada Mu ya Allah..Kau memilih aku dikalangan berjuta-juta ummat dinegara ini untuk mengikuti majlis membesar-besarkan kekasihMu Rasulullah saw.

Ana kembali kePoliteknik untuk mengambil keperluan ana dan bersiap-siap untuk pulang. Sebolehnya ana mahu pulang pada ahad, tetapi jadual kursus imq ana menjadi pelengkap setiap minggu.alhamdulillah. Sebelum ana meninggalkan pusat islam, ana mengambil sedikit masa untuk mengajar azan kepada  ajk pusat islam. Apabila jam sudah menunjukkan jam 1.30 pagi ana tangguhkan untuk pulang ke kuala Lumpur. Alhmdulillah Allah permudahkan urusan perjalanan ana pulang..dalam pukul 2.30 pagi , ana sampi di rumah.

Alhmdulillah… ^^