Sahabat

Monday, April 9, 2012

Bukannya Ana Tidak Mahu Kembali...

Maha suci Allah swt dari segala sifat kekurangan...


Mungkin sebulan ini ana terpaksa menetap dirumah (ulang alik poli - rumah)..
walaupun project sudah selesai..
Tetapi mungkin tekanan ..sehingga ana terpaksa berulang -alik..

Selama 2 minggu sebelum pembentangan projet akhir ana menetap dirumah semata bersengkang mata untuk menyiapkan projet. Sepatutnya kami bertiga menyiapkan bersama. Tetapi atas ketidaktangungjawab ahli kumpulan menyebabkan ana terpaksa membawa balik projet yang 'terbengkalai'ke rumah dan membuat seorang diri.

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt ana dapat menyiapkan projet ini seorang diri dengan bantuan dari keluarga. Tetapi sepanjang 2 minggu itu, ana telah tetapkan pendirian untuk tidak memasukkan nama orang lain selain nama ana sendiri. Tetapi didesak oleh pelbagai pihak untuk memberi simpati kepada ahli lain.
Mungkin mereka tidak mengetahui keperitan yang ana hadapi sepanjang menyelesaikan projet ini..
Tidak mengapalah....diri mereka tidak pernah lalui...

Akhirnya tiba masa pembentangan projet..
Ana lebih mendiamkan diri..
diri bagai mahu lari ..jauh..bagaimana diri ini mahu merelakan semua ini..?
Allahu Robbi..besarnya ujian ini..

Sekarang ana masih menetap dirumah..
Bukannya tidak mahu kembali bersama mereka ( dikamsis )
Tetapi ana secara jujurnya tidak boleh melihat muka kalian..
Entah mengapa hati ana jauh dari kalian..

Kini ibu ana terpaksa ditahan wad kerana sakit jantung..
Doktor ada berkata : mungkin terlalu banyak berfikir dan risau..
ye..sepanjang ana berada dirumah..mak sangat risaukan diri ana dan projet ni..
Ana dah bersalah pada mak..

Adakah ini nilai yang kalian berikan pada ana?
kalian tiada rasa bersalah sedikitpun..
Jika diikutkan nafsu..mahu sahaja ana tunjukan sikap dahulu..
Allahu Robbi..

Maaf...
Ana tidak lagi dapat menghormati diri kalian kerana sikap kalian ini.
Bila melihat kalian..hati ana pedih sangat..
Cukuplah diri ana kalian sakiti..tetapi kenapa sampai sakiti ibu ana??


Semoga kalian diampunkan Allah swt ..
Semoga suatu hari nanti kalian berubah..






Ameen Allahuma Ameen

No comments:

Post a Comment