Assalamualaikum wbt,
Apa khabar tauhid kita pada masa sekarang? adakah makin kuat ataupun sama seperti dahulu?
Kenapa tanya khbar tauhid? selalunya tanyakan khbar iman kenapa lain pula kali ini~
jawapannya= iman takkan meningkat kalau tauhid tidak belajar. Tauhid adalah ilmu yang WAJIB dipelajari. Tauhid adalah ilmu mengenal Allah swt..zat Allah swt..yang selalu kita dengar Sifat 20 itu ;)
Iman..kita beriman kepada Allah swt..bagaimana mahu beriman jika tidak mengenali Allah swt.
Iman kita takkan meningkat andai ada dalam hati kita mengatakan Allah swt ada di Arash..nauzubillah.. Allah itu ada tangan..kaki..dan sifat2 yang tidak layak disandarkan kepada Allah swt..Itulah pentingnya belajar tauhid..(aqidah ahlul sunnah wal jamaah).
ok, itu pengenalan sahaja ^^
Post kali ini mengenai 'Jangan Merungut!'
Masa kini ana hadapi masalah yang sangat getir antara hidup dan belajar. Sungguh kali ini ana tidak lagi mampu teruskan apa yang ana impikan sekarang walaupun ianya terbuka dan ana sudahpun memasukinya, tetapi mungkin kerana amalan ana makin kurang Allah swt mengambil kembali nikmat ini..langkah terpaksa diundurkan setapak demi setapak..sehingga ana keluar dari pintu itu..dan pintu itu kembali tertutup kembali.. astagfirullah..Ya Allah..ampunilah hambaMu ini.. :'(
Bila ujian ini hadir syaitan mula membisikkan kata-kata beracunnya..mula mengungkit hal lama..
Kali ini tiada siapa yang memujuk dan menasihati untuk bertahan..Dan ujian ini tidak dapat lagi ditangguhkan.
Doakan ana ya sahabat-sahabat....
wasalam :')
insya Allah semoga Allah sentiasa merahmatimu...
ReplyDeleteAllah tidak akan menguji hambaNYA melebihi kemampuan....
bersabarlah..bangunlah..teruskan perjuangan..semoga berjaya dunia dan akhirat.
ameen..syukran dik ^^
Delete