Sahabat

Friday, January 25, 2013

Keputusan

Bismillah..

Assalamualaikum wbt,
Sungguh semalam telah berlaku satu perkara yang amat luar biasa ketika usai majlis pembacaan kitab Muwatto'.

Ada seorang kawan ana berborak-borak dengan ana. Pada awalnya niatnya yang baik mahu menegur ana atas sikap ana yang diketahui umum yang suka bermain-main(tak serius). Sesungguhnya dia tidak mengenali diri ana lagi. Maka ianya adalah suatu kesalahan bagi dirinya, menyuruh ana mengubah sikap ana ini.
Kawan ana ni tak sampai sebulan kenal ana. Duduk pun rumah lain lagi-lagi seorang diri. Mana mungkin dia kenal ana?. dia hanya melihat pada zahir(luaran) tetapi Allah swt tutup kan dirinya melihat dalaman ana(hati).

Memang benar apa yang ditegurnya, sikap ana benar-benar buruk.

Ana layak digelar seorang 'Munafik'. ana sedar ana lebih kenal diri ana berbanding orang lain. Dan ana tahu apa yang ana buat atas ilmu yang sedikit dalam diri ana. Semasa sesi tegurannya ana still bermain-main, macam endah tak endah saja tegurannya itu. Pada zahirnya ana 'kurang ajar' sama beliau tetapi dalam hati ana bersyukur sangat bila ada juga yang sanggup menegur ana 'face to face'.. dan ketika itu ana 'take note' tegurannya itu. Dan ketika ana seperti bermain-main, mimik wajahnya berubah marah, dan ketika itulah ana cuba mengorek kesabarannya. hingga dia cakap "jangan ingat ana tak berani baling henset anta(ana punya) ni".. ana menjawab dengan selamba.." baling la..tak heran pun dengan henset tu.." (hehe).. last2 dia tak baling pun..kemudian dia bukak aib ana pula.. "enta jangan bangga sangat lah dengan p'puan enta semua.." ana jawab " biarlah.." *owh ya..ketika pembacaan kitab dia sempat merobek inbox henfon ana (yang segaja ana biarkan) dan dia juga sempat membalas massage yang ada dalam inbox ana tanpa kebenaran ana ? ^ ^ (memang sengaja dibiarkan sikapnya itu). ketika itu dalam inbox ana ada massage dari 4 muslimat (si dia, adk hq dan adk kolej dan akak ana 2). Akhirnya dia dah terlampau marah dia tinggalkan ana(tak jadi balik dengan ana dan dia menaiki bus ke kolej).

Ramai yang tak kenal ana bagaimana sikap sebenar ana sebelum-sebelum ini. Dan terus menghukum mengikut ilmu yang mereka ada. Yang ana lihat adalah 'adab' dan 'akhlak' mereka. andai adab menegur tidak mengikut acuan Rasulullah saw jangan berani menegur ataupun antum akan terkena kembali jika orang itu tidak rapat dengan antum. Tak salah menegur tapi biarlah beradab. ana terima dan raikan tegurannya kerana ana mengikut acuan yang diajar (adab).

Maka berhati-hatilah dengan ana, segala tingkah laku mu itu ana perhatikan, akan ana nukilkan didalam diri ana.yang antum tidak berjaya menjadi seorang kawan yang baik. apa lagi sahabat? tidak layak.

wallahualam..

Kini dia sudah 'blok' fb ana (PMI), mungkin dirinya dah tak dapat terima ana(sikap) sebegini, tak mengapa lah. itu adalah haknya. dan bila sudah blok ertinya memutuskan persaudaraan. mana mungkin Rasulullah saw terima? ianya adalah perkara yang dibenci oleh Rasulullah saw.

Ana berada dalam dunia ana..jangan diganggu ataupun mimpi anda akan tergangu dengan ana..aewah (macam cita hantu pulak) =P




2 comments: