Sahabat

Sunday, January 13, 2013

Musafir Pahang 1

Bismillah

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan beberapa minggu dahulu ana ingin menceritakan pengalaman musafir ana ke Pahang pada cuti pertengahan sem ana hari tu. Terlalu banyak program dan masalah berlaku sehingga tertangguh untuk update blog ini.subhanaAllah.

ok..mulakan cerita..

Hari pertama, ana mulakan musafir pada hari rabu..

lrt Ampang

Pada asalnya awal pagi ana sudah bersiap2 membeli tiket bus ke Temerluh tapi akhirnya yang sepatutnya ana musafir seorang diri akhirnya Allah swt memberi 2 teman untuk mendapat pahala musafir bersama..
Alhamdulillah ^^ 

 2 bro..hehe

Kami berjalan dari rumah sewa ke stesen lrt Ampang terus ke lrt titiwangsa (tiket bus disana).

 atas syor akak, ana memilih Bulan Restu untuk ke Temerluh .


Perjalanan dari Perkeliling ke Temerluh tidak sampai 2 jam..maka tentetif program musafir ana lari sedikit..huk2..

Sampai-sampai ke stesen Temerluh ana dan sahabat rasa seperti pekan sunyi..mana taknya..semua kedai tutup. Hanya kedai 24 jam sahaja yang buka.aewah..

Stesen Bus Temerluh

Sampai sahaja stesen ana dan sahabat mula mencari kedai makan..dann..sepanjang perjalanan tiada kedai makan..dalam 20 min perjalanan Alhamdulillah ana terjumpa kedai makan berhampiran sungai Temerluh.

Dan makanan pilihan...jeng2..ikan patin masak tempoyak
(bak kata orang datang Temerluh wajib makan ikan patin) aewah..hehe

tu dia.. :D

Memang malam tu menjadi malam kepuasan bagi kami...aewah ^ ^

Selepas menjamu perut yang lapar ana dan sahabat mula bergambar di Tasik Temerluh yang sunyi~


Lepas bergambar kami pun mencari masjid yang bersebelahan tasik ni..

Masjid Pekan Temerluh


Pada keesokan harinya, 
usai solat subuh dimasjid kami berjalan-jalan disekitar pekan Temerluh(area masjid je). Niat nak cari kedai makan. Tetapi alangkah hampanya tiada kedai buka lagi jam 7 am ??aewah
Berjalan-jalan sambil berqasidah berborak maka terjumpalah 1 manument :-

 7 am..masih lengang..

 Qasidah..nasyid...beborak..

manument Pekan Temerluh(jam tak betul) huk2


Ketika perjalanan maka ana dapat call dari ayah angkat ana diTemerluh.. disingkatkan cerita ana berjumpa akhirnya dengan ayah angkat ana dikedai makan berhampiran dengan masjid yang kami iqtikaf..Alhmdulillah..


-InsyaAllah akan bersambung ( Musafir Pahang 2 )




















2 comments:

  1. eh2,, kenal lah perempuan yg pakai purdah kat gambar yg first tuh..
    :D
    rindu kat ukhti tuh..
    :)

    ReplyDelete