Sahabat

Thursday, January 17, 2013

Musafir Pahang 2

Bismillah..

Sambungan dari post Musafir Pahang 1 :

Ana akhirnya berjumpa ayah angkat ana di Temerluh..beberapa minit kemudian Ibu angkat ana pula sampai di kedai yang kami tunggu. Ibu ada urusan disekolah( menanda kertas spm) maka selepas makan ibu terus ke sekolah. Manakala ayah menumpang kami untuk ke rumah di Kg Ketualang, Temerluh...

 rumah keluarga angkat.. :)

Sampai sahaja dirumah, ayah hidangkan pula buah2han (yang ketika itu memang musim buah..aewah)

 Durian2!! ^ ^

 Ayah angkat..pegawai tu :D

Pada jam 12.00 tengah hari, ayah menghantar kami ke stesen bus Temerluh untuk ke Kuantan pula. 
Ana dan sahabat mendapat tiket bus ke Kuantan pada jam 12.30 petang.

Alhadulillah sampai Kuantan(latar belakang  stesen bus Kuantan

Otw cari surau..letih..

Pada rancangan awal ana mahu menziarahi sahabat ana namanya Lutfi dan keluarga yang tinggal di Kuantan tetapi takdir Allah swt, kami tak dapat ziarah mereka disebabkan kenderaan sahabat ana tak dapat mengambil kami.

Maka ana teruskan pada rancangan seterusnya untuk ke Pekan pula. Selepas usai solat zohor dan dijamakkan sekali dengan Asar kami pergi makan dahulu dikedai berhampiran stesen bus. Ana hanya makan rojak campur (rm4.50) manakala sahabat ana memakan nasi.

Untuk kePekan akak, ana mahu menziarahi akak kenalan alam maya ana..akak ni sungguh hebat. Banyak ujian datang padanya tapi tetap utuh untuk meneruskan hidup.SubhanaAllah, dan akak ini juga sangat mengharapkan ana untuk dapat berjumpa dengannya. Maka perjalanan kami rezeki dari Allah swt pada bulan lepas pihak Bus Rapid Kuantan memberi tiket percuma ..maka kami naik secara percuma! Alhamdulillah ^ ^


Gambar: suasana bus baru, perkhidmatan baru..aewah


Ok, dipendekkan cerita ana dan sahabat akhirnya sampi ke Pekan pahang. Aewah..
Disana ana berhenti berhampiran stesen Petronas kerana akak tu mahu mengambil ana dan sahabt disana(dekat rumah katanya)


ok, insyaAllah bersambung pada episod akan datang pada Musafir Pahang 3..

-InsyaAllah- 
^ ^





No comments:

Post a Comment