Sahabat

Wednesday, November 24, 2010

Aduiii !! kenapa Tiba-tiba Azan ni..??!!

.

Mengapala tiba-tiba Azan brkumandang bila buka blog ni???...hemmm..
Inilah jawapan dari ana..
----- Azan sebagai syiar Islam-----


Bismillahirahmanirohiim...


Untuk pengetahuan antum semua,,,

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)

Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
(Surah al-Haj: 27)

Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

            “Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...”
            (Surah al-Ma’idah: 58)
Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:

“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”
(Surah Fussilat: 33)
`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:

“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.
(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

….emmm..

Maka sememangnya Azan ini sangat-sangat penting..betulkan….
Selain itu..
Ana mahu apabila ada sahabat-sahabt yang mungkin terlupa utuk menunaikan kewajiban ini ,bila trdngar seruan azan dlm blog ana ini..maka cepat-cepatlah tunaikan… jangan lengah2 kan prkara yang wajib.. Ana juga sangat-sangat sarankan sahabat-sahabat semua agar merebut utuk mengikuti majlis-majlis ilmu di masjid-masjid berdekatan antum semua….
Kitalah pemuda-pemudi yang akan menegakkan agama Islam ini!!..
Tidak akan tertegak Agama Islam tercinta ini jika Masjid-masjid tidak diImarahkan…
Wa’hualaam..
----peringatan untuk diri ana sendiri dan juja sahabat-sahabat seagama yang sangat disayangi---

Wasalam… 

No comments:

Post a Comment