Sahabat

Sunday, February 6, 2011

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa ke-7 ( SKEMA )


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar iman kita pada hari ini? waktu ini? detik ini? ..
adakah sihat..atau ...sakit?
---Sentiasalah mengigati Allah swt setiap masa---

Kembali kepada agenda yang sebenar, post kali ini ana ingin berkongsikan program yang telah ana ikuti diUIAM Gombak, pada 23 Januari yang lalu. Seminar pada kali ini bertajuk " Jatidiri Mahasiswa dan Globalisasi Dunia ". Seminar ini telah diadakan dengan jayanya diAuditorium Utama, Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Lebih 200 mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai institusi pengajian tinggi disekitar Wilayah Tengah telah menyertai seminar pada kali ini. 


Seminar yang bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang telah objektif "Mahasiswa yang mempunyai jatidiri mampu mngadaptasikan diri serta menghadapi globalisasi dunia yang akan datang.






Slot pertama : Dr Abdus Samad Bin Mahmud, Setiusaha Akedemi Penyelidikan Haluan.
Tajuk : Jatidiri Mahasiswa/siwi, Harapan Masa Depan Ummah( agak berat pengisian tersebut..)
_____Dalam ucapanyan mengingatkan agar sentiasa menghadiri majlis ilmu dengan mendengar dan seterusnya dapat melakukan perubahan adalah satu anjakan yang hebat________




 Beliau mengulas berkaitan nilai-nilai peradaban di masa hadapan diukur berdasarkan dengan akidah. Sehubungan dengan itu, beliau menjelaskan lagi bahawa perhubungan dengan Allah atau istilah yang diperkenalkan oleh beliau ""Facebook dengan Allah"",
setiap perkara yang kita lakukan """Jiwa yang seronok adalah jiwa yang ingat kepada Allah swt"".

Slot kedua : Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof, Ajk Pusat Penyilidikan Haluan.
Tajuk : ""Mahasiswa Mukmin Cemerlang""



            Dalam ucapanya, pendekatan yang digunakan lebih bersifat interaktifdua hala. Beliau ,ahukan mahasiswa/siswi lebih berani melontarkan pendapat mereka dikhalayak, agar dapat membentuk mahasiswa Islam yang merasa izzah dengan pembawakan islam sebagai cara hidup.

            Apabila ingin melakukan perlulah berdasarkan sesuatu yang muktabar, dan juga menjaga serta memelihara sahsiah serta mengikut apa yang digariskan didalam Al-Quran da As-sunnah. Beliau menegaskan bahawa asas  utama bagi pembentukan mahasiswa mukmin cemerlang adalah segi aspek pembentukan atau tarbiah dirim bagi memastikan bahawa asas utama bagi pembentukan mahasiswa mukmin cemerlang adalah dari segi aspek pembentukan mahasiswa mukmin cemerlang. 




               Selepas santapan rohani yakni solat zuhur,seminar dimulakan semula dengan slot ketiga iaitu “Globalisasi Dunia: Cabaran dan Peluang Mahasiswa yang dikendalikan oleh saudara Abu ‘Ubaidah Sharudin, Setiausaha HaluanSiswa sebagai Moderator serta saudara Luqman Al-Hakim Azizan, ahli Majlis Tertinggi HaluanSiswa sebagai ahli panel yang pertama, manakala ahli panel yang kedua ialah saudara Azrul Aminur Rashid Yunus, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, CUCMS dan panel terakhir adalah saudari Safiah bt Zulkifli pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Forum menjadi lebih rancak serta hangat dengan perlbagai  bentuk soalan daripada mahasiswa yang hadir.




Konklusi yang di rangka oleh ketiga-tiga panel agar mahasiswa dapat membezakan diantara maklumat yang bermanfaat dengan adanya ruhi untuk membezakan yang hak dan yang batil dan mencari sahabat yang soleh agar menjadi pendorong kepada kerja-kerja Islam. Globalisasi yang diperkatakan oleh ahli panel adalah apabila kita melihat dunia semakin kecil ekoran daripada kecanggihan dunia teknologi yang mampu menghubungkan yang jauh dengan lebih dekat, isu media seperti Facebook, Yahoo Massenger perlu dijadikan peluang untuk mahasiswa menggunakannya untuk wasilah menyampaikan dakwah bagi yang mampu mencipta peluang untuk melakukan kerja Islam, dan jangan biarkan penjajahan Amerika atau globalisasi ini menjadi penghalang kepada mahasiswa untuk menyambung tugas para Nabi terdahulu.



Majlis melabuhkan tirai  dengan ucapan penutup oleh saudara Muhammad Siddiqi Jamalludin selaku Presiden SiswaHALUAN Malaysia, melalui ucapannya iaitu beliau mengharapkan mahasiswa semua dapat turut bekerjasama dalam rangka untuk mencapai redha Allah,agar amalan-amalan kita tidak hanya menjadi debu-debu halus  sebaliknya agar Allah memandang apa yang telah kita lakukan.






--Time menjamu selera --


No comments:

Post a Comment