Sahabat

Tuesday, March 1, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah,
Setelah sekian lama tidak memasuki Blog ini akhirnya ana ruangkan masa untuk cuba berkongsikan sedikit ujian yang Allah berikan pada ana.

   Syukur atas kehendakNya dalam perjalanan ana balik kepoliteknik untuk memenuhi jemputan untuk menjadi fassilitator Mukayyam anjuran Pusat Islam dan MEKAR (Menjana Kerohanian Akhlak Remaja). Sedikit kecelakaan telah berlaku apabila kenderaan yang ana bawa (motorsikal ex5) mengalami kemalangan di laluan motosikal.

   Bersyukur kehadrat illahi, hanya motor sahaja yang mengalami kerosakan yang teruk apabila bahagian hadapan hancur akibat terlangar dan masuk kedalam Divider jalan....Setelah diselidik, kemungkinan jalan laluan selepas terowong basah dan licin. Tidak dapat dinafikan semasa itu juga, ana membawa motor dalam keaadaan yang LAJU..uhuk3.

   Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah andai dilihat pada kemalangan itu(keadaan motosikal) , ana sepatutnya tidur dihospital. Tetapi sesungguhnya Allah itu maha mengasihani, apabila ana hanya tercapak di bahu jalan menyebabkan luka kecil dibadan dan lebam dikaki.

  Setelah beberapa lama menunggu akhirnya Along MEKAR menjemput ana untuk kePoliteknik. Harapan meninggi untuk membantu perjalanan program tetapi atas saranan keluarga, ana terpaksa meninggalkan keluarga politeknik dengan hati yang berat.

  InsyaAllah, andai ada rezeki dan jodoh kita akan bertemu lagi...doakan ana cepat sembuh..

Pantun maaf...4 Mukayyam

Hari ini hujan tak henti,
Ucapkan ""Alhamdulillah"" dalam hati,
Segala ketentuan dicipta Illahi,
Maafkan ana tak dapat hadirkan diri,




waasalamualaikum wbt....

  
  
  
  

No comments:

Post a Comment