Sahabat

Saturday, May 5, 2012

Kursus Perkahwinan??

Assalamualikum wbt,

post kali ini, ana mahu berkongsi satu tajuk yang agak mengejutkan (mungkin untuk sesetengah pihak..).
Bila berkatakan mahu mengikut 'kursus kahwin' mulalah dengar banyak mulut yang mengatakan ' Dah nak dekat la tuuu~ ~ ~' , " Dah mengatal la tu..kecik-kecik nak kawen.."dan lain-lain. - SubhanaAllah.

Apa sebenarnya fungsi 'Kursus Perkahwinan' ini sebenarnya??
Sampai menjadi wajib dalam Anakmen Rumahtangga Islam dan menjadi syarat pasangan sebelum nikah untuk mengikuti kursus ini..?

Kursus Perkahwinan ini adalah satu platfom persediaan pasangan yang bakal bernikah untuk mempersiapkan diri untuk sebarang situasi yang bakal dihadapi nanti.
Kursus ini mengajar bagaimana seorang lelaki ataupun wanita untuk bersama secara sah disisi syara' kemudian bayangan kehidupan suami isteri.

Selalu kita dan lihat, terutama sekali di dada-dada akhbar.. terlalu banyak kes-kes penceraian. Atas sebab apa ?..ya Sudah Qada' dan Qadar memang tidak dinafikan. Perlu diketahuai punca paling besar penceraian diMalaysia adalah berpunca ilmu dan didikan Agama dalam pasangan itu sendiri.

Oleh mengetahui hal demikian, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah mengambil insiatif untuk mengadakan sebuah kursus perkahwinan khusus kepada pelajar-pelajar semesta akhir politeknik.

Dan InsyaAllah, ana juga terlibat dalam kursus ini.
Syukur Ya Allah atas kesempatan ini.. ^_^

No comments:

Post a Comment