Sahabat

Wednesday, July 25, 2012

Tarawikh Hari ke-4

Assalaualikum,

Alhmdulillah sedikit perkongsian ana pada hari Ramadhan ke-4

Pada hari ini (rabu) ana tidak hadir ke kuliah dikolej disebabkan ana berurusan dengan klinik.
ana mendapat MC selama sehari kerana demam.Mungkin terlalu letih..

Pada petangnya, ana kuatkan diri untuk hadir ke Bazzar kolej bertujuan untuk menyerahkan kek yang ditempah dari ana..(ana bisnes kek sekarang.he2). Tunggu..dan tunggu akhirnya tidak sampai-sampi. Kemudian waktu azan magrib berkumandang, maka berbukalah ana di kolej, buat kali pertama.huhu

Selepas menunaikan solat magrib ana bertemu sahabat ana yang menempah kek, dan terus menyerahkan kek..Alhmdulillah kala itu dia juga memberikan list tempahan yang baru,,,alhmdulillah bertambah rezeki. ^ ^.

Pada malam itu, diketahui bahawa walid (Syeikh Muhammad Fuad) akan  menyampaikan ceramah. maka selepas menyerahkan kek, ana terus laju memecut motor untuk sampai kerumah. Dan dirumah ana menyambung kembali juadah yang mak telah masak dirumah..usai sahaja ana terus menyarungkan jubah dan bersiap-siap untuk solat terawikh dibangunan Daqwah, KIS.

Sampai sahaja di kolej, sudah hampir habis terawikh..Allah..lewatnya..huhu.akhirnya ana solat terawikh 8 rakaat seorang diri sahaja..

Selepas solat ana terus memasuki dewan dan alunan qasidah berkumandang yang dipimpin Ustaz Naim. Merdu sangat-sangat ^ ^

Dan dikerusi telah berada walid ana...assyeikh Muhammad Fuad Kamaludin AlMaliki.. tenang sungguh beliau ni..

Alhmdulillah walaupun sebentar dicurahkan mandian ilmu-ilmu, ianya akan disambung semula pada hari sabtu ini iaitu sambutan Haul kewafatan Saidatina Khadijah di Rembau, Negeri Sembilan...insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment