Sahabat

Thursday, November 1, 2012

Ikut Kemampuan Anda

Bismillah,

Assalamualaikum wbt,

Alhmdulillah, hampir lama tidak update.
InsyaAllah perkongsian pengalaman yang baru.

Semalam ana sepertinya terdetik mahu mengikuti perkumpulak sebuah kelab didalam tempat belajar ana ini.
Kelab ini namanya seperti 'gah' diluar. ::: Kelab Qasidah :::

AllahumasolliAla Muhammad,

Pada asalnya ana duduk jauh dari mereka, dan tak lama kemudian bersama mereka bila latihan' bermula. 
Mereka akan membuat persembahan qasidah dalam majlis walimah diPutrajaya ahad ini. Semoga dipermudahkan. awalnya ana mencari-cari siapakah yang menjadi 'tekong' (ketua) yang pastinya adalah penyannyi 'solo' dalam qasidah ini. maka dalam2 latihan itu maka terlihatlah 2 orang tekong' . Pendapat ana pada pertama kali mendengarnya adalah.. ' Allah...tak ada orang lain ke dalam kolej ni yang lebih baik suaranya??' secara jujurnya ana rasa janggal bila berada dalam perkumpulan manusia yang tidak tahu menahu soal suara, vocal, lantunan suara, dll yang melibatkan suara dan lagu. yang becup suara pun sama. Ana labelkan semuanya adalah 'sumbang' dan teruskan 'kesumbangan' mereka dalam lantunan nanyian dan qasidah itu. 



Bukan mahu menunjukkan ana ni faqih dalam hal suara tetapi insyaAllah, ada sedikit pengalaman yang diajar oleh ustaz2 ana mengenai ini. 

maka ana ikuti latihan mereka hingga habis. Yang ana pasti, mereka menjadikan kumpulan qasidah yang terbaik iaitu 'abu Syarr' sebagai rujukan setiap qasidah mereka.. bagi ana itu tidak salah menjadi mentor. TETAPI, jangan sampai nak tiru melody dan cara mereka berqasidah. Kalian masih baru dan mentah dalam soal ini. kalian tiada 'basic' in voice seperti kumpulan itu. kalian ikut 'hancur' lagu qasidah itu.Allah..


Sedar-sedar ana dapat tahu yang tekong itu juga adalah guru qasidah bagi pelajar-pelajar disini. Terus ana dari situ tidak mahu menjadi ahli kelab qasidah kerana seorang yang kurang ilmu dalam hal ini dilantik sebagai ketua/ tenaga pengajar.. Allah... Apakah ini tindakan yang wajar? :S

Ada seorang adik yang bertanya pada ana soal ini, maka ana pun beritahu. 'kalau betul berminat ana sanggup buat kelas suara...' 

Sungguh suara ada pecahan sebanyak 7..

dan paling tinggi adalah suara 'Nuzul', ana pasti antum tidak tahu hal ini, tetapi bermain2 dalam suara2 ini hingga hancur...Mahu tegur tetapi ana risau tidak diterima kerana mereka ini sungguh popular dengan mahu membetulkan apa yang salah dalam bab organisasi dan persatuan. dan susah menerima teguran..amat pantang bagi mereka walaupun dahulunya mereka kata ada apa2 tegurlah kami..tetapi pada dasarnya.. ' Ini adalah cara kita..jangan samakan kat luar..' aewahh.. nampak permainan mereka..


Semoga mereka sedar akan masalah ini dan cuba menjadi diri sendiri..
Sungguh qasidah ini adalah sangat merdu. jangan hancurkan kemerdukan qasidah ini..


Allahummasolli wasallim wabari'alaihiwa'ala Aalih.




No comments:

Post a Comment