Sahabat

Tuesday, December 4, 2012

Mula Boikot

Bismillah..

Assalamualikum wbt,

ya Allah, andainya tindakan hambaMu ini adalah dosa disisiMu, Kau tunjukkanlah kebaikan diantara mereka..Ameen


Beberapa minggu lepas tempat ana belajar telah menjalankan 'Program Mahabbah', Program ini telah diusahakan oleh pewakilan pelajar disini. Pada mulanya, ana mengetahui hal ini melalui mulut sahabat bukan dari wakil iaitu dengan usainya pejumpaan program mereka.

Awalnya ana mula timbul rasa 'tidak puas hati', adakah program mereka ini hanya untuk pelajar ASRAMA?. Ana mula bertanya di group FB, adakah ini adalah program hanya untuk pelajar ASRAMA sahaja? maka ada yang mahu 'becup' sipesalah(ketua program) dengan menyatakan ' InsyaAllah kita akan buat pejumpaan untuk semua nanti selepas waktu kuliah..' .

Ok, itu adalah SATU kesalahan yang besar dimana mereka telah menyenaraikan nama2 peserta dan permainan pada malam perjumpaan diantara mereka(pelajar asrama sahaja). Dan kemudian seperti yang dijanjikan oleh mereka. akan membuat perjumpaan kedua diatara semua pelajar kolej TETAPI MALANGNYA perjumpaan ini TIDAK DIBUAT atas faktor "ramai peljar dah balik"... SO??
janji hanya tinggal janji. Sejak itu ana mula set dalam fikiran program ini HANYA untuk pelajar ASRAMA. Maka 'kami' yang duduk luar adalah tak termasuk dalam program ini. -muktamat-


Ana pelik kenapa program disini semuanya 'kelang-kabut' amat-amat tidak ada panduan. Ade ke, program mahabbah ini hanya diberitahu 3 hari sebelum program dijalankan?, ni bukan petandingan 'masak-masak', dimana semua bahan2 disediakan oleh penganjur.. tetapi ni adalah program SUKAN!! ada juga INDOOR!. mereka meminta peserta menyediakan lirik lagu dalam 1 malam?? - Allahurobbi.. teruknya tempat ini..pengurusan kolej adalah terbaik..tetapi pengurusan organisasi program adalah kucar kacir.
Semua bajet pandai. Bila ana tegur tak mahu dengar.

Dari ketua mereka, hanya pandai senyum sahaja. dan anak buah hanya buat kerja tanpa panduan..
Mereka ini hanya layak buat program ' Jom Pentingkan Diri Sendiri' ..Aewah,,~



Apa-apa pun, kini ana sudah tekat tak akan mengikuti program-program KERTAS KERJA mereka. kerana mereka tak reti dan tidak mahu belajar dalam pengurusan program. sedih pun ada..Alasan mereka..masih baru..alasan yang langsung tidak bijak..

InsyaAllah, ana tidak lagi peduli hal mereka, yang penting ilmu ana perlu ditambah..mereka2 ini hanya penghalang laluan ana mencapai ilmu. Maka ana tidak perlu menoleh pada mereka lagi, dan ini lah pesan walid/syeikhuna ana..dan'murobbi' mereka..


*Apa-apapun ana sentiasa doakan tempat belajar ana ini akan menjadi pusat keluarnya kheider2 ASWJ yang mantop walaupun programnya adalah hancur..sebab ini adalah pesan walid.. :)


No comments:

Post a Comment