Sahabat

Monday, March 4, 2013

Jagalah Hati

Bismillah


post kali ini ingin berkongsikan sebuah lagu...maaf..typo..satu perkongsian mengenai penjagaan hati.
mengapa setiap kali post ana disini lebih kepada hati..hati dan hati? bukan boleh makan pun hati manusia nih.
Walhal hati manusia ini mudah dihiris dengan hirisan yang  amat cincang sekali dengan perbuatan kita.

Mengapa perlunya menjaga hari?

Kerana hati ini bisa membawa kemusnahan dalam hidup andai tidak dijaga.

Jika dalam islam hal dan masalah hati ini berada didalam ilmu tassauf'. sebab itu adanya zikir-zikir, solawah-solawah dan sebagainya sebabnya apa? kerana hanya mahu menjaga hati hanya pada Allah swt.
Zaman kini seorang lelaki ingin menjaga hati dengan menikahi wanita yang disukai. Apakah ianya adalah benar? ya, ada sebahagian adalah betul dan salah.

Hati ini adalah milik Allah swt, mengapa manusia kini tega memberikan hati itu pada yang bukan selayaknya? adakah hati itu kasih sayang? bukan..Kasih sayang itu adalah perilaku dan akhlak. ianya bukan berada dihati.
Maka apa fungsi hati ini melainkan diletakkan sepenuhnya kepada penciptaNya?

Allahumma solli ala Muhammad..


No comments:

Post a Comment