Sahabat

Tuesday, April 16, 2013

Haul Habib Ali Aldrus

Bismillah


walhamdulillah

Assalamualaikum wbt,
Allahu Akbar..

Betapa syukurnya kepada Allah swt, yang mengizinkan ana menjadi salah seorang tetamu pada majlis yang sangat dimuliakan oleh Allah swt iaitu majlis Maulid dan Haul AlHabib Ali Alydrus di Batu Pahat pada 15/4/2013 (ahad) lepas.

Ana ingin kongsikan perjalanan ana bermusafir seorang diri dari KL ke Batu Pahat.
Pada awalnya memang berusaha mencari seseorang yang boleh menumpang ana kesana. Tetapi tiada yang mahu menyahut pertolongan ana. Mungkin rata2 mereka risau Isninnya mahu bekerja belajar. Tapi tak mengapalah Allah swt memilih insan2Nya untuk hadir. kerja itu andai lebih penting maka Allah swt berikan Kerja itu..andai Ilmu itu lebih penting..maka Allah swt berikan Ilmu itulah sifirnya ^_^

Alhamdulillah walhamdulillah

Tiket ana ke BP pada jam 3 petang , tetapi biasalah bus pun ada masalah juga untuk menepati masa. dalam 3.24 petang baru bergerak . Tetapi sebelum itu ana mahu ceritakan bagaimana Allah swt mahu berikan rezeki pada ana..subhanaAllah..

dalam jam 11 Pagi ana naik ke Cafe TBS dan tidak lah makan dahulu, tapi membaca ratib al hadad niatnya selepas baca ratib baru mahu menerjah kedai-kedai yang amat menarik perhatian itu, tapi sungguh Allah swt Maha sebaik-baik perancang bila tiba-tiba seorang cina menyapa ana dan bertanya 'tengah tunggu bus?', 'bus pukul berapa?' - usai menjawab dia tanya lagi ' mau kerja part time ka? kami tak cukup orang' masyaAllah ...ni namanya rezeki mai. Ana pun setuju dan ikutnya ke Booth dibwah..kerja yang ana perlu lakukan adalah edarkan flyers je.. ^_^  kalau tak pernah buat kerja ni pasti teramat malu.

- nilah dia ^ ^


Tapi Alhamdulillah ana dah terbiasa bagi begini..adalah dalam sejam 1/2 ana berdiri dan bagi flyers kat orang ramai yang lalu lalang kat sama. selepas itu  dapatlah Rm 10 ringgit. Allahmdulillah, dapat becup ana makan tengah hari ^_^

Ok, back 2 Bus, pada jam 6.20 PM, alhmdulillah, bus sampai ke destinasi . bila mana ana turun dari bus maka ana tersenyum..jalan selangkah-selangkah untuk memikirkan jalan kemasjid..sedangkan ana tidak tahu dimana Masjid tu berada? Allahurobbi.. Maka ana berdoa dalam hati..agar dipermudahkan dinampakkan ana sampai keMajlis yang penuh baroqah ini..dan kemudian ana berjalan...berjalan...dan berjalan..sehingga 1/3 jam kemudian tanpa hala tuju ana terlihat menara sebuah masjid yang sangat jauh..dan dalam hati a
na memanjatkan kesyukuran pada Allah swt.. Allah..Allah..dan risau juga andai  bukan masjid itu yang ada majlis nya..maka makin dekat dan dekat  maka yakinlah bilamana ada yang membaca ratib disana..sungguh merdu..Allahurobbi.. dan dalam perjalanan majlis sedang membaca Qiam Maulid..ana hanya sempat mengangkat doa sambil berjalan..dan pada ketika itu tapak kaki ana mula pedih dan sakit, ana tahu kaki ana tak mampu berjalan lagi..tetapi yang menggerakkan kaki ana adalah kekuatan peha yang masih tidak sakit dengan kudrat yang diberikan oleh Allah swt..walupun mengesot kaki seperti orang sakit.ana tetap berjalan..dalam hati ana berdoa " Ya Allah, jadikanlah jalan-jalan ini saksi dihadapanMu kelak yang aku sudah berusaha hadir kemajlis ini..." ameenAllahuma Ammeeen

Akhirnya, Alhamdulillah azan magrib berkumandang ana masih berjalan mengesot kaki menuju masjid itu..dalam 5 min kemudian barulah ana sampai kekawasan masjid, ana lihat jemaah sedang rakaat ke-2 ana pun tidak mahu tergesa-gesa kerana ingat pesanan murobbi yang tidak perlu tergesa-gesa melakukan amalan. sampai sahaja ana terus ke bilik air dan segarkan diri dan change the cloth..aewah..

Masa mandi memang terasa sakit dibahagian kaki baru dapat chek kedua tapak kaki dah melecet rupanya..Alhamdulillah inilah nikmat ^_^ tikala solat pun sama, sakitnya mula menyucuk lebih-lebih lagi time  berdiri..tapi bertahan semampu yang boleh insyaAllah. :-)

Maka berlalulah majlis sehingga jam 10 malam rasanya, alhmdulillah selepas majlis pula ada santapan nasi minyak kot...entahla bab nasi-nasi ni ana pening tak menghafal pula..yang penting makann..huk2..

InsyaAllah ...Bersambung  ( kisah ana berkhidmat kepada ulama' disana ) ^_^






2 comments: