Sahabat

Tuesday, March 26, 2013

Ana Bukan Ustaz

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Allahummasolli Ala' Muhammad!

Wahai sahabat yang Allah swt kasihani, janganlah memangil ana dengan gelaran 'ustaz'. ana kini tidak layak dah dipangil begitu. Jika dahulu semasa ana menuntut ilmu disana Asatizah disana mengatakan 'tidak mengapa' dipangil sebegitu disebabkan antum adalah penuntut ilmu agama dan apa yang dikata mereka adalah doa untuk antum juga." ,

Ok, kini ana bukan ahli dengan mereka lagi mahupun mana-mana. Ana kini kembali pada fitrah dahulu ana. Hanya mencari kuliah agama yang tidak mungkin melayakkan ana mendapat sijil sebagai seorang 'ustaz'.
Maka, ana mohon sahabat2 yang ana sayangi sekalian, jangan bertanyakan ana soalan-soalan agama lagi. Ana bukan ahlinya, tanyalah sahabat-sahabt lain yang faqih.. ana mahu belajar asas kembali, ana mahu menjadi gelas yang kosong kembali. Walaupun ana tahu jawapan pada soalan-soalan antum. Ana mahu antum cari jawapannya dari orang yang lebih faqih. - Harap Maklum-

Ana kini adalah manusia diniawi. Mari kita sama-sama, menuntut ilmu di mana-mana sahaja. asalkan ilmu itu sohih dan dibawa oleh orang yang sohih ilmunya!

Tuesday, March 19, 2013

Runtuh Hati

Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

Allahummasolli AlaaMuhammad,

Sega puji bagi Allah swt, atas nikmat yang diberikan. beberapa hari ini tak berapa sihat. terpaksa ambil cuti berehat dirumah. Doakan supaya sembuh ya ^_^=

Hati mana yang tidak hancur bilamana sesuatu yang disayangi digadai dengan mudahnya.
Hati mana yang tidak hancur bilamana amanah yang diberi tidak dipegang sebaiknya..
Hati mana yang tidak hancur bilamana suatu yang dikasihi dilepaskan begitu sahaja..

Allahurobbi..

Bila mana ana dapat tahu berita itu, sedihnya ya ammatt... hampir mengalir air mata ini..
ana diamanahkan memegangnya selama 1 sem.. (sem akhir), dan ana amanahkan pula pada adik-adik ana yang masih belajar dan memahami sejarah ia..tetapi kenapa tak sampai setahun ana tinggalkan ia tergadai? terhilang? terputus? . ya, ianya adalah qada' dan qadar pada semua orang. Tetapi perkara ini tidak akan mungkin berlaku jikalau dicintai sebaiknya..

Bagaimana ana sayangkan ia, selama 2 1/2 tahun di poli..ana menjadi keluarga ia.. ana mengenal erti kasih sayang, pengorbanan, dan keperitan darinya..kini..sudah tiada nama itu.. Tiada ana tahu siapa mahu ana salahkan..
Ana sangat sayangkannya sepertimana sinior-sinior ana yang berusaha menaikkan namanya, memegang amanah atas namanya..Allahu Robbi.. ujian apakah ini Ya Allah


Hmmm.. mungkin ada sebab berlaku ini semua.. ana tak tahu nak letak mana air muka ana dihadapan ummi Halimah....ummi..maafkan ana sebab tak menjaganya dengan baik..maafkan ana.. ="(

Terkesan sungguh berita ini pada ana... Ya Robbi..ampunilah dosa ku..

Saturday, March 16, 2013

Kursus 2 H 1 M

Bismillah..

Allahummasolli Ala Muhammad

Assalamualaikum wbt, SubhanaAllah..lama tak update blog.. rasanya ana ni antara muslimin yang agak active dalam blog-blog ni..selalu muslimat je..aewah.. ^_^

Kali ini ingin sharekan kenangan2 ana sepanjang kursus kerja ana 2 hari 1 malam di IoI Palma Resort,
Rasanya tak ada la ilmu agama untuk dikongsikan kali ini, tapi insyaAllah ada iktibar disebalik perkara yang berlaku disana =)

ni hotel Marriout

jam 9.23 pagi ana dah sampai ke Marriout Hotel, sempat on9 lagi disebabkan ada logo.. 'Free Wifi' =D
macam mana boleh tersesat kat sini pula?, pada awalnya ana dapat infomation kursus buat kat hotel ni. last2 dapat call abg Rosli, bukan kat Marriout.. T_T" , tapi kat resort sebelah Marriout ni.. IoI Palma Garden Resort..


so, tutup line wifi and Shut Down laptop, kemas-kemas..terus pergi ke Resort( sebelah Marriout ja )  ^_~ 
Jam 10 ana daftar kedatangan dapat lah buku n name card. Makan sarapan berlauk meehun goreng . Alhmdulillah.

Usai sarapan, ana ke meja yang telah disediakan dalam dewan kursus. ana dalam kumpulan 'J'. 
(timing tarikh salah =_='')

*What mean of 'J'  ? 'J' for Jagoh Coway! ^_^
Time table program tak ada waktu solat, maka kena la buat waktu solat sendiri...


Dalam jam 4.30 petang ana pun chek in bilik hotel.. 1 bilik 5 orang..



cantik x? ^_^


Siap2 solat magrib, ana dan sahabat kerja pun ke cafe hotel untuk bersantap -


*bak kata abg rosli, ni bukan bersantap tapi makan kenduri..erkkk T_T"


Allah..letih3, nanti ana sambung lagi ya... ^_^- Tunggu





Thursday, March 7, 2013

Wifi Vs Bluetooth


Bismillah
Assalamualaikum wbt, sekadar pengisian diwaktu petang ini (5.39 pm)


Perempuan : Seperti WIFI
Dia sentiasa AVAILABLE untuk semua rangkaian .
Tetapi hanya akan CONNECT dengan rangkaian yang paling kuat.
maka perempuan solehah adalah wifi yang berpasword yang mana password tu perlu diminta dari tuan wifi,sedangkan perempuan murah adalah wifi tak berpassword dan boleh di connect oleh semua orang.




Lelaki : Seperti BLUETOOTH . Dia akan CONNECT denganmu bila kamu di
sampingnya.Dan akan SEARCH rangkaian lain yang berdekatan apabila kamu jauh darinya..

-Ustaz Ibn Batuta


*MasyaAllah~ macam betul ja ^_^

Monday, March 4, 2013

Jagalah Hati

Bismillah


post kali ini ingin berkongsikan sebuah lagu...maaf..typo..satu perkongsian mengenai penjagaan hati.
mengapa setiap kali post ana disini lebih kepada hati..hati dan hati? bukan boleh makan pun hati manusia nih.
Walhal hati manusia ini mudah dihiris dengan hirisan yang  amat cincang sekali dengan perbuatan kita.

Mengapa perlunya menjaga hari?

Kerana hati ini bisa membawa kemusnahan dalam hidup andai tidak dijaga.

Jika dalam islam hal dan masalah hati ini berada didalam ilmu tassauf'. sebab itu adanya zikir-zikir, solawah-solawah dan sebagainya sebabnya apa? kerana hanya mahu menjaga hati hanya pada Allah swt.
Zaman kini seorang lelaki ingin menjaga hati dengan menikahi wanita yang disukai. Apakah ianya adalah benar? ya, ada sebahagian adalah betul dan salah.

Hati ini adalah milik Allah swt, mengapa manusia kini tega memberikan hati itu pada yang bukan selayaknya? adakah hati itu kasih sayang? bukan..Kasih sayang itu adalah perilaku dan akhlak. ianya bukan berada dihati.
Maka apa fungsi hati ini melainkan diletakkan sepenuhnya kepada penciptaNya?

Allahumma solli ala Muhammad..


Kerja

Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

SubhanaAllah... Alhamdulillah.. Laillahaillah

Sega puji bagi Allah swt, yang Maha Berkuasa dimuka bumi ini di laut, dilangit dan seluruh alam semesta ini. Allahuakbar..

Alhamdulillah, hari ini(4/3/2013) ana dah mula bekerja disyarikat yang agak besar(agak je, sebabnya bangunanya besoo) . Hari ini, ana diberi sedikit taklimat dan team building bersama rakan-rakan team yang lain. SubhanaAllah..semuanya osem-osem belaka ! ^_^

Alhamdulillah ana kini bekerja disyarikat Coway Malaysia Sdn Bhd yang biasa didengari sebagai syarikat pembekal mesin rawatan air dan udara yang berasal dari Korea!~ aewah ^ ^


Sebenarnya semasa sesi penerangan pagi tadi, ada seorang abang ni (abg Rosli), bercerita tentang seorang pakcik ni, last-last ana dah dapat idea yang kurang kreatif untuk membuat mesin air ni sebagai wakaf kepada masjid dan surau diMalaysia..Wah3, baru first day dah otak gila-gila idea ni..tapi amat terkejut sekali idea ana tu diterima. Alhamdulillah! ^_^

Maka ana cuba-cuba intai kot-kot ada yang berkeinginan ambil idea ana ni dengan mewujudkan page  Wakaf Masjid Surau , ana juga nak tengok, adakah masjid2 di Malaysia benar-benar cuba merebut peluang ini ataupun tidak..subhanaAllah..

Ini baru permulaan persendirian yang ana cuba usahakan tanpa melibatkan syarikat walaupun hakikatnya produk syarikat..adeh.. T_T" tapi demi manfaat bersama apa salahnya?dapat pahala lagikan ^_^

InsyaAllah, esok kursus jam 10pagi - 5 petang, tak tahu lagi perjalanan kerja mereka ni macam mana..belajar dan terus belajar.

Doakan ana sentiasa diperbaharui niat kerana Allah swt mengikut sunnah Rasulullah saw..ameenAllahumaAmeen :)