Sahabat

Monday, April 16, 2012

Ya Rasulullah SAW!!

Assalamualikum ya Rasulullah SAW,


Tiada apa aku mahu nyatakan kecuali..


" Aku Sangat-sangat mencintaimu melebihi ibu bapaku, keluargaku, dan juga diriku sendiri..."

- Aku mahu bersama-sama kamu ya Rasulullah SAW dihari kebangkitan nanti..!!-


Hanya Sekadar Hiasan Dunia Untuk Dipimpin Ke Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم








Assalamualaikum,







wahai calon isteriku,bukan ku pinta kekayaan darimu,juga 


bukan kecantikkan darimu,hanya ku pinta kasih sayang dan 


sedikit ilmu agama agar dirimu bisa menjadi tulang belakang 


ku dalam menbantuku menbina keluarga syakinah.







Duhai calon isteriku,


aku bukanlah seorang yang kaya harta,namun aku hanya 


punayai sedikit ilmu agama yg mampu ku hiasi untuk rumah 


tangga kita.moga ilmu yg sedikit ini bisa untuk ku hiasi 


kebahagian istana impian kita.




InsyaAllah ...........

Tuesday, April 10, 2012

Titisan ..

AllahummaSolliahaihiWasallam,



Dalam menghitung detik -detik akhir berada dipoliteknik ini, pelbagai perancangan mula diatur selepas habis pengajian. Tidaklah hanya menjadi peganggur dirumah sahaja. Masa hadapan perlu difikirkan juga.
Teringat dua/ tiga bulan dahulu. ana pernah memberitahu mak dan ayah agar tidak lagi memaksa ana untuk menyambung pelajaran yang ana ambil sekarang. Bukan mahu mematahkan semangat ibu dan ayah. Tetapi pada usia ini, diri dan keputusan kita bukan lagi berada dibawah tangan mereka. Dan memang benarlah kos yang ana ambil sekarang bukan pilihan ana tetapi saranan dari ibu dan ayah selepas ana menghabiskan pelajaran dari sekolah teknik dahulu.

Allahurobbi..

Kini jiwa dan ruh ana betul -betul berada dalam dakapan ilmu-ilmu ugama dibawah bimbingan para habaib dan ulama' yang mengajar ana. Oleh itu, ana mengambil keputusan untuk menimba ilmu ugama secara serius disebuah institusi dalam jurusan 'usuluddin'. Semoga Allah swt merahmati pilihan ana ini. Ameen Allahuma Ameen.

Suatu hal yang masih dalam kerisauan ana adalah..

Keputusan untuk melanjutkan pelajaran ini..akan membuatkan ana dan murobbi ana Al Habib Ali Zaenal Abidin akan jauh.....jauh....bagaimana diri ini bisa berjauhan dengan beliau yang telah memenuhi setiap lopak-lopak kosong dan gelap didalam hati ini.
Walaupun ana sedar akan lebih ramai syeikh dan ulama yang hebat bakal mengajar ana..tetapi jiwa ana sungguh sayang pada habaib ini.
Sekali ana memandang habaib ini hati ana akan tenang..bukan kerana kecantikanya..tetapi adabnya..yang sungguh hebat..sebab itu beliau digelar "Ulama' Adab" adab yang diikut adalah adab Rasulullah SAW..
Ana sayang habib..kadang kala, semasa perjalanan menaiki motosikal ana akan bergenang air mata ini dikala terfikir akan berjauhan dengan keturunan Rasulullah SAW ini.

Ana tidak tahu siapa yang dapat memahami perasaan ana ketika ini.


"berilah berita gembira untuk ana agar dapat menghilangkan perasaan sedih ini....."


Alhabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid
Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Monday, April 9, 2012

Bukannya Ana Tidak Mahu Kembali...

Maha suci Allah swt dari segala sifat kekurangan...


Mungkin sebulan ini ana terpaksa menetap dirumah (ulang alik poli - rumah)..
walaupun project sudah selesai..
Tetapi mungkin tekanan ..sehingga ana terpaksa berulang -alik..

Selama 2 minggu sebelum pembentangan projet akhir ana menetap dirumah semata bersengkang mata untuk menyiapkan projet. Sepatutnya kami bertiga menyiapkan bersama. Tetapi atas ketidaktangungjawab ahli kumpulan menyebabkan ana terpaksa membawa balik projet yang 'terbengkalai'ke rumah dan membuat seorang diri.

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt ana dapat menyiapkan projet ini seorang diri dengan bantuan dari keluarga. Tetapi sepanjang 2 minggu itu, ana telah tetapkan pendirian untuk tidak memasukkan nama orang lain selain nama ana sendiri. Tetapi didesak oleh pelbagai pihak untuk memberi simpati kepada ahli lain.
Mungkin mereka tidak mengetahui keperitan yang ana hadapi sepanjang menyelesaikan projet ini..
Tidak mengapalah....diri mereka tidak pernah lalui...

Akhirnya tiba masa pembentangan projet..
Ana lebih mendiamkan diri..
diri bagai mahu lari ..jauh..bagaimana diri ini mahu merelakan semua ini..?
Allahu Robbi..besarnya ujian ini..

Sekarang ana masih menetap dirumah..
Bukannya tidak mahu kembali bersama mereka ( dikamsis )
Tetapi ana secara jujurnya tidak boleh melihat muka kalian..
Entah mengapa hati ana jauh dari kalian..

Kini ibu ana terpaksa ditahan wad kerana sakit jantung..
Doktor ada berkata : mungkin terlalu banyak berfikir dan risau..
ye..sepanjang ana berada dirumah..mak sangat risaukan diri ana dan projet ni..
Ana dah bersalah pada mak..

Adakah ini nilai yang kalian berikan pada ana?
kalian tiada rasa bersalah sedikitpun..
Jika diikutkan nafsu..mahu sahaja ana tunjukan sikap dahulu..
Allahu Robbi..

Maaf...
Ana tidak lagi dapat menghormati diri kalian kerana sikap kalian ini.
Bila melihat kalian..hati ana pedih sangat..
Cukuplah diri ana kalian sakiti..tetapi kenapa sampai sakiti ibu ana??


Semoga kalian diampunkan Allah swt ..
Semoga suatu hari nanti kalian berubah..






Ameen Allahuma Ameen

- SubhanaAllah -

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Besyukur kepada illahi atas nikmat iman dan islam yang diberikan kepada kita.
Sejak kebelakangan ini banyak jemputan majlis-majlis ilmu dan maulud SAW terutama sekali disekitar Setiawangsa dan Putrajaya.

Bersyukur sangat-sangat Allah swt masih memilih diri yang hina ini berada dalam majlis-majlis seperti ini.

Alhamdulillah ^__^

Wednesday, February 1, 2012

Project~Final

Assalamualikum wbt,

Alhamdulillah, setelah 5 semesta berada dipoliteknik kini tiba masa untuk membuat tugasan yang mencabar iaitu Projet akhir semesta.

Projet yang diberi nama "Penimbang Bijirin Automatik" (Serial Weight macine) ini adalah hasil pemikiran saya, Nursabri dan juga Ahmad Syazwan.

Progres projet kami agak perlahan kerana kekangan masa..30% sahaja.

Doakan projet kami berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan..

Ameen Allahuma Ameen ^___^


*sekitar pembinaan projet
















Friday, January 20, 2012

Habib Umar Bin Hafidz


 - Biodata -

Habib Umar Bin Hafidz







Beliau ialah Habib Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abdullah putera dari Abi Bakr putera dari Aidarus putera dari Hussein putera dari Syeikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari Abdullah putera dari Abdul Rahman putera dari Abdullah putera dari Syeikh Abdul Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Dawilah putera dari Ali putera dari Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari Ali putera dari Muhammad Shahib Mirbat putera dari Ali Khali Qasam putera dari Alawi putera dari Muhammad putera dari Alawi putera dari Ubaidillah putera dari Imam al-Muhajir Ahmad putera dari Isa putera dari Muhammad putera dari Ali al-Uraidi putera dari Ja'far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari Ali Zainal Abidin putera dari Hussein sang cucu lelaki, putera dari pasangan Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah az-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w..

Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim.

Ayahnya ialah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidup mereka demi penyebaran Islam dan pengajaran hukum suci serta aturan-aturan mulia dalam Islam. Beliau secara tragis diculik oleh kelompok komunis dan diperkirakan telah meninggal, semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Demikian pula kedua datuk beliau, Habib Salim bin Hafiz dan Habib Hafiz bin Abdullah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya. Allah seakan menyiapkan kondisi-kondisi yang sesuai bagi Habib Umar dalam hal hubungannya dengan para intelektual muslim disekitarnya
serta kemuliaan yang muncul dari keluarganya sendiri dan dari lingkungan serta masyarakat dimana ia dibesarkan. 

Beliau telah mampu menghafal al-Quran pada usia yang sangat muda dan ia juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadis, bahasa Arab dan berbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatnya termasuk dalam lingkaran keilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyaknya ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin Alawi bin Shihab dan Syeikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari berbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu spiritual keagamaan dari ayahnya yang meninggal syahid, Habib Muhammad bin Salim, yang darinya didapatkan cinta dan perhatiannya yang mendalam pada da'wah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah s.w.t. Ayahnya begitu memperhatikan sang ‘Umar kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir.







Namun secara tragis, ketika Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk solat Jumaat, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan sang ‘Umar kecil sendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa syal milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak pernah terlihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar muda menganggap bahawa tanggungjawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya dalam bidang dakwah sama seperti seakan-akan syal sang ayah menjadi bendera yang diberikan padanya di masa kecil sebelum beliau mati syahid.

Sejak itu, dengan sang bendera dikibarkannya tinggi-tinggi, dia memulai, secara bersemangat, 
perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk majlis-majlis dan dakwah. Perjuangan dan usahanya yang keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi anak muda maupun orang tua di mesjid-mesjid setempat dimana ditawarkan berbagai kesempatan untuk menghafal al-Quran dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional. 

Dia sesungguhnya telah benar-benar memahami Kitab Suci sehingga ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah meskipun usianya masih muda. Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara yang menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang ingin mencelakai sang sayyid muda. 

Disana dimulai babak penting baru dalam perkembangan beliau. Masuk sekolah Ribat di al-Bayda’ ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari yang mulia Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan ulama mazhab Syafie, Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya dia ditunjuk sebagai seorang guru tak lama sesudahnya. Dia juga terus melanjutkan perjuangannya yang melelahkan dalam bidang dakwah. 

Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang terlewat dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w pada hati mereka seluruhnya. Kelas-kelas dan majelis didirikan, pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkannya kekurangan tidur dan istirahat mulai menunjukkan hasil yang besar bagi mereka tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sadar bahwa hidup memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentitas baru mereka sebagai orang Islam,mengenakan serban/selendang Islam dan mulai memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Sang Rasul Pesuruh Allah s.a.w..






Sejak saat itu, sekelompok besar orang-orang yang telah dipengaruhi beliau mulai berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan dakwah maupun keteguhan beliau dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak kota-kota maupun masyarakat diseluruh Yaman, mulai dari kota Ta'iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan pada beliau perhatian dan cinta yang besar sebagaimana ia mendapatkan perlakuan yang sama dari Habib Muhammad al-Haddar sehingga ia memberikan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang agung. 

Tak lama setelah itu, beliau melakukan perjalanan melelahkan demi melakukan ibadah Haji di Mekkah dan untuk mengunjungi makam Rasul s.a.w di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, beliau diberkahi kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal disana, terutama dari Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang menyaksikan bahwa di dalam diri ‘Umar muda, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan RasulNya s.a.w. dan sungguh-sungguh tenggelam dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap sesama umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru besarnya. Begitu pula beliau diberkahi untuk menerima ilmu dan bimbingan dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yakni Habib Ahmad Mashur al-Haddad dan Habib Attas al-Habshi.



Sejak itulah nama Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama dikeranakan kegigihan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan ketenaran yang besar ini tidak sedikitpun mengurangi usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya, ini menjadikannya mendapatkan sumber tambahan dimana tujuan-tujuan mulia lainnya dapat dipertahankan








Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah dalam berbagai manifestasinya, dan dalam berbagai situasi dan lokasi yang berbeda. Perhatiannya yang mendalam terhadap membangun keimanan terutama pada mereka yang berada didekatnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling terlihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke Dunia Baru. 

Negara Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15. Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya, beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali hingga beberapa tahun kemudian. Bibit-bibit pengajaran dan kemuliaan juga ditanamkan di kota Shihr di Yaman timur, kota pertama yang disinggahinya ketika kembali ke Hadramaut, Yaman.

Disana ajaran-ajaran beliau mulai tertanam dan diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik balik utama dan dapat memberi tanda lebih dari satu jalan, dalam hal melengkapi aspek teoritis dari usaha ini dan menciptakan bukti-bukti kongkrit yang dapat mewakili pengajaran-pengajaran di masa depan. 


Kepulangannya ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan mendasar dari tahun-tahun yang ia habiskan untuk belajar, mengajar, membangun mental agamis orang-orang disekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah. Dar-al-Mustafa menjadi hadiah beliau bagi dunia, dan di pesantren itu pulalah dunia diserukan. Dalam waktu yang dapat dikatakan demikian singkat, penduduk Tarim akan menyaksikan berkumpulnya pada murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan ketika masih dikuasai para pembangkang komunis.

Murid-murid dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain dan negara bagian di Arab akan diawasi secara langsung oleh Habib Umar. Mereka ini akan menjadi perwakilan dan penerus dari apa yang kini telah menjadi perjuangan asli demi memperbaharui ajaran Islam tradisional di abad ke-15 setelah hari kebangkitan. Berdirinya berbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di negara-negara lain dibawah manajemen al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran Ilmu dan perilaku mulia serta menyediakan kesempatan bagi orang-orang awam yang kesempatan tersebut dahulunya telah dirampas dari mereka.








Habib Umar kini tinggal di Tarim, Yaman dimana beliau mengawasi perkembangan di Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun dibawah manajemen beliau. Beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya.


- IHSAN DARI-

http://abunasralkhairy.blogspot.com/2011/01/habib-umar-bin-hafidz.html