Sahabat

Tuesday, January 4, 2011

Himpunan 1000 jiwa 1 Hati ( R S )

Program 1000Jiwa  1 Hati


Assalamualaikum wbt,
   Brsyukur ke hadrat illahi masih berkesempatan  untuk menulis post yang seterusnya.Pada kali ini ana ingin berkongsi mengenai program yang telah ana ikuti di masjid Negara dan Pusat Islam wilayah persekutuan. Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati telah berjaya dianjurkan pada 31 Disember 2010 dan 1 Januari 2011 yang lepas. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Masjid Negara, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) dan Kelab Remaja JIM (KRJ).



  Slot-slot yang disusun memberikan input berguna kepada peserta. Bermula dari majlis perasmian, Slot Bicara Pemuda oleh Bro Auzan dan kemudian Showcase Anda Bijak Jauhi Zina pada sebelah malamnya. Tentu sekali, kehadiran Maher Zain memberi kejutan kepada semua hadirin yang hadir.Bermacam-macam emosi peserta bila artis yang diminati itu ada didepan mata.ada yang seakan tidak percaya,mata yang tidak berkelip,mulut yang terngaga,ada juga yang mnitiskan air mata..mungkin..?..smemangnya kehadiran Maher Zain untuk melawat peserta-peserta yang hadir sangat memberi seribu kenangan manis kepada semua.  Alhamdulillah. Terima kasih juga Ibu Aisyah, Kumpulan Saff One dan Wardina yang sudi bersama-sama peserta.
kak wadina n M Z
cik Nani..huhu


  Laungan ikrar Anda Bijak Jauhi Zina  bertepatan detik 12 tengah malam seharusnya menguatkan lagi azam kita untuk terus memerangi zina.Selepas bacaan ikrar itu maka berakhirlah program kemuncak program anda bijak jauhi zina. Kami dibenarkan untuk kehalaqah masing-masing untuk bertadarus dimasjid Negara sebelum melabuhkan diri dipembaringan.

    Pada pkul 3.30 pagi kami dikejutkan untuk bersiap-siap untuk berqiamulai secara berjemaah didewan solat masjid Negara.sememangnya pada masa inilah masa yang sangat-sangat dituntut untuk Allah swt dan Rasulullah saw.didalam sabda baginda..:-

Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.” [Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.” (HR Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi)

   Solat qiamulai kami diketuai oleh Imam Muda Azhar.Alhamdulillah solat berakhir beberapa minit sebelumnya masuk waktu subuh dan diimamkan oleh imam masjid Negara sendiri.Sememangnya ini adalah pengalaman  ana  bersolat qiamulai didalam masjid Negara yang diketahui keindahannya.

  Majlis penutup program 1000Jiwa  1 Hati telah selamat dilaksanakan dengan jayanya.Alahmdulillah bersukur pada Allah swt kerana telah memilih ana dan peserta-peserta lain untuk memenuhu majlis-majlis ilmu sedangkan masih ramai lagi yang lebih layak dari ana.Sesemangnya Allah swt sangat-sangat maha  pemberi apa sahaja hambanya inginkan.Syukur.Selepas peserta dibenarkan pulang ana mengambil peluang yang yang ada untuk berjumpa kakak dan sahabat yang selama ini hanya bertegur dilaman maya.Mungkin ada rasa teramat segan,tetapi tetap tebalkan muka untuk berjumpa mereka. Sebelum ana pulang,sempat ana berjumpa sahabat-sahabat dan abang senior dari politeknik shah alam yang turut mengikuti program ini.

  InsyaAllah, hanya ini sahaja laporan yang dapat saya berikan kepada semua..salam rindu dan sayang pada sesiapa yang mngikuti program ini.Moga kita dapat diketemukan lagi di lain masa .insyaAllah. Tidak lupa untuk memberi penghargaan tahniah kepada penganjur program 1000 Jiwa 1 Hati yang  Berjaya membuatkn kami lebih kuat untuk menjauhi zina dengan izinNya.


Wa’hualam

^__^ ( k.H )

No comments:

Post a Comment