Sahabat

Tuesday, July 17, 2012

Alhamdulillah

&

Alhamdulillah,


Pada post kali ini mahu berkongsikan sesuatu pada pembaca blog ana.
Hari ini, bersamaan 17/7/2012 ana telah ke klinik Batu, Jalan Ipoh untuk pemeriksaan.
Pada jam 11.30 ana telah diperiksa oleh jururawat di kaunter 14, ana mengadu sakit kepala teramat sangat dan memberitahu jururawat semalam ana terkena sengatan(tidak pasti serangga apa) ketika solat. Selepas solat ana lihat ibu jari tangan ana bengkak. Sejam kemudian kawasan sengatan pulih sediakala…subhanaAllah :D


 Sakit kepala ana bermula pada waktu kelas English diKIS. Sehingga ketika sesi pendepatan antara kumpulan Ice Milo(muslimin) dan Nescafe (muslimat) ana ke belakang kelas dan berbaring disana. Sehingga hampir habis pendepatan mereka. Ya Allah..benar-benar tidak larat ketika itu. Selepas sahaja kelas English habis ana bergegas pula ke pejabat pentadbiran kolej untuk berjumpa dengan kak Eya. Usai kerja, ana terus pulang ke rumah, pada malamnya kepala ana semakin sakit dan terus sakit. Mak ada minta untuk ke klinik. Tetapi ana fikir juga..ada ke klinik kerajaan bukak malam-malam ni?huhu.



Diklinik kembali, ana diperiksa tekanan darah. Maka dapatlah sebuah berita yang sangat-sangat mengejutkan ana. Ana didapati mengalami masalah ‘Hight Blood Preassure’ (Tekanan Darah Tinggi). Astagfirullah halAzim.. ujian apakah yang diberikan Allah ini?. Maka ana diminta untuk pergi berjumpa Doktor pakar di bilik 7, didalam bilik ana ditanya pelbagai soalan, dan Doktor itu menyemak kembali tekanan darah. Dan hasilnya tetap sama. Allahurobbi. Akhirnya ana diberi ubat tahan sakit yang kuat dan diminta untuk kembali ke klinik jika sakit masih berterusan. Doktor tidak mahu memberi ana lagi ubat tekanan darah kerana ianya masih awal. Dan mungkin seminggu lagi ana akan kembali membuat pemeriksaan . Ana harap sesiapa yang membaca post ini dapatlah sedekahkan Al-Fatihah buat ana dan mendoakan ana sihat sediakala. Ameen.. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Adik, harap2 kesihatan adk bertambah baik sekarang..
    Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt kak nadia,

      insyaAllah..doa2 sy ya kak :)

      Delete