Bismillah
Assalamualikum wbt,
Alhamdulillah, post baru mengenai murobbi.
Beberapa hari lepas ada seseorang ini yang menghantar massage untuk mendapatkan idea dana untuk keperluan kolej. Tetapi lama-kelamaan tertimbul isu mengenai 'Murobbi'.
Awalnya ana terkejut bila sidia merendah-rendahkan martabat 'majlis ta'lim' yang selalu ana hadiri. Kerana dikatakan bahawa majlis talaqi adalah lebih aula' dari majlis ta'lim. Allah..
Pada mulanya ana geleng kepala..macam ni ke adab penuntut ilmu Allah SWT.
Maka ana pun 'sengaja' mengatakan 'ana punya ramai murobbi' dan cuba 'mempertahankan' status ana itu. Dan terlihatlah sikap sebenar penuntut ilmu Allah itu.
Untuk pengatahuan, majlis ta'lim adalah majlis talaqi yang sama antum talaqi bersama syekhuna antum. hanya nama sahaja berbeza. Meh sini ana kabo sikit kat antum. Dahulunya Syarah kitab2 diHadramaut, Yaman oleh AlHabib Umar AlHafidz secara satu kitab ke kitab yang lain. lama selepas itu, untuk menselesakan para penuntut ilmu maka cara telah diubah sedikit dengan talaqi secara sedikit-sedikit dengan sekali pengajian membahaskan 3-5 buah kitab sekaligus.
Adakah masih mahu merendahkan Majlis Ta'lim? Sedangkan talaqinya sama. perbahasan sama.. tetapi ilmu antum yang merendah2kan ilmu dalam majlis ta'lim adalah rendah. Seorang penuntut ilmu tidak layak berkata demikian lebih-lebih lagi anda merendahkan ilmu ulama' yang lain..sedar? Bertambah lagi ulama' itu adalah ahli bait...tak rasa bersalah ka?
Ana menghormati Murobbi antum kerana beliau adalah ulama', ahli hadith, dan juga menganggap juga sebagai 'walid' kerana itu gelaran yang antum berikan.
Sebab inilah ana mula rasa janggal sepertinya mereka ini mahu pelajar-pelajar baru yang mungkin diangap 'kosong' untuk menjadikan walid mereka sebagai 'murobbi' tapi malangnya mereka telah terima seorang ahli majlis ta'lim yang sudah mempunyai murobbi..
Ana tahu 'murobbi' mereka tidak pernah menghina majlis ta'lim kerana 'murobbi' mereka tahu hakikat ini dan lebih mengetahui apa yang ana tidak tercapai lagi. Tetapi anak2 nya tidak memahami..
Contohnya 'Murobbi' menekankan - Mahabbah - tetapi mereka masih tidak mencapainya. sebab apa? kerana mereka masih tidak dapat menerima 'Murobbi' sebagai mentor yang utama.
Mungkin nanti ana akan berbincang dengan 'murobbi' mereka untuk memberikan kefahaman yang jelas. Apapun sudah pasti 'murobbi' mereka akan kecewa dengan sikap anak2nya ini. yang pada dasarnya boleh mencemarkan namanya dan ulama' yang lain..
-bersedialah wahai yang menghina majlis ta'lim-
wasalam ^_^
No comments:
Post a Comment