Sahabat

Monday, September 24, 2012

Peristiwa Haul Imam Abdullah Alawi AlHadad

Bismillah

Assalamualaikum wbt,
Selawat dan salam atas Rasul junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, dan para sahabat r.a.

Alhamdulillah 25/9/2012 sudah selesai sambutan majlis Haul Al Imam Abdullah Alawi  Hadad.
Terlalu banyak peristiwa manis yang tak mampu diceritakan disini, biarlah ianya disimpan dalam hati dengan utuh. :)

Sedikit penceritaan yang telah berlaku pada ana sebelum sambutan di masjid baitul aman.

Diwaktu senja yang makin gelap, cuaca kelihatan amat hitam seperti mahu mengeluarkan banjir besar.
ana meneruskan niat untuk bersama dengan majlis haul ini.
Apabila mulanya perjalanan dan sampai di Sentul, hujan lebat sudah mula melanda..Ana yang ketika itu sudah bersedia memakai baju hujan meneruskan perjalanan.

Dengan Izin dan Qada' Allah swt ketika melalui menghala kearah KLCC. untuk ke jalan Ampang. tiba-tiba motor(assasin) hilang kawalan dan terus jatuh. Ana pada mulanya  "Allah..harap-harap tak ada apa2..." dalam5 saat berada atas jalan ana cuba bangun dan sedar tiada apa-apa yang berlaku..maka ana hidupkan kembali motor ana ..untuk teruskan perjalanan ke majlis..biar apapun berlaku..ana wajib hadirkan diri. bila ana mula menghidupkan motor dan jalan secara perlahan-lahan. Secara tiba2 motor ana memasuki longkang jalan besar.dan menyebabkan motor ana kembali terhenti..Allah..

kereta berhampiran sudah mula memberhentikan kereta..tapi kelihakan masih ok. ana membuat isyarat teruskan perjalanan kepada kereta-kereta berhampiran. Masa itu tangan ana sudah tidak larat..tak larat sangat, mahu mengangkat motor dari longkang walaupun longkang itu hanyalah longkang kecil. mungkin sudah letih.. ana kuatkan lagi tenaga.dan akhirnya dapat juga keluar dan hidupkan kembali motor..dan Alhamdulillah, motor ana masih boleh hidup.. dalam perjalanan ana mula merasa sakit dibahagian kaki kiri,dan cuba meraba2 Allah..dah bengkak..ana mula kuatkan azam ..biarlah patah apa pun..ana perlu berada disana..InsyaAllah Allah pasti menyembuhkan..

Akhirnya ana sampai diMasjid Baitul Aman..lihat pada keadaan jubah bahagian bawah..sudah ada tompok2 kecil darah dari badan yang hina ini..ana sekadar membasuh dan cepat2 sertai jemaah untuk magrib..Alhmdulillah kesakitan ana hilang serta-merta apabila murobbi ana Alhabib Ali Zaenal Abidin betul2 dihadapan ana..Allah..Sungguh Allah swt adalah penawar bagi semua penyakit dan penyembuh.. Sungguh istiqomah sebegini benar-benar diberi ganjaran yang hebat tidak terkira..



Maka bercucurlah air mata ini ketika solat atas hadiah Allah swt ini..
Biarlah kaki ini cedera..
Biarlah diri ini terluka..
Yang pasti Allah swt akan memulihkan..ana pasti itu..

Ya Allah.. tangisanku ini hanya untukMu..hanya untukMu..

No comments:

Post a Comment