Sahabat

Saturday, September 29, 2012

Tak Selesa

Bismillah



SubhanaAllah..

Makin lama makin ramai suka mengumpat ana. kenapa ya?
Pelik juga orang-orang 'berpendidikan' ugama ni.. mudah menghukum sesuatu yang dilihat kasar pada mata.
Ana baru satu sem kat sini macam-macam tohmahan kena.ish3. Sungguh ujian ini Allah swt berikan pada semua hambaNya yang Dia sayangi. ^^

Mungkin Allah swt mahu menunjukkan sesuatu pada ana ni..
Kadang-kadang terfikir..

..Allah swt mahu ana keluar dari sini?
..Allah swt mahu tunjukkan ana sesuatu?
..Adakah ini jalan yang terbaik berada disini..?

Mungkin niat ana sebelumnya mahu bermusafir belajar kitab di pondok-pondok dipesongkan ke kolej ini.. Kemungkinan Allah swt murka pada ana atas hal ini?hm..mungkin..

jikalau qada ana meninggalkan 'keluarga' ini disebabkan tidak berpuas hati atas sikap ana.. ana rela..
Tiada faham perasaan ana sedangkan ana memahami mereka.  Ana tahu mereka mahu 'menjaga' tapi jangan memaksa ana untuk 'dijaga'. Hidup ana sentiasa berada dengan para ahli dalam ilmu (para guru).

'Ahli ilmu akan berselerakan mencari ilmu, Tidak akan berada sesuatu tempat sahaja'


Adakah mereka faham?


Letih rasanya nak melayan mereka yang 'sengaja tidak mahu faham' ni.letih sangat2..


Yang memburukkan kolej..bukan orang luar.. Tetapi 'orang yang berada didalam  sendiri'

Soalan utama..
apa mereka buat untuk memperjuangkan 'Ahli Sunnah Wal jamaah'??
Kalau asyik mengumpat.entah bila mereka memikirkan masalah aqidah yang berlaku sekarang.

1 ja..sebabkan sifat sebahagian antum ini boleh menyebabkan ana 'mahu jauh'


Hentikan!!






Thursday, September 27, 2012

Minta

Bismillah,,

Astagfirullah..

Minta la jangan dialih barang-barang ana ya..
Bila barang disitu biarlah disitu.
Kalau hilang memang saja minta naik angin..tak kira..mak ka..ayah ka..semua la..ana paling pantang orang usik barang-barang ana!

(Suka sangat mengatai alih-alihkan barang dah kena tengking baru tau..banyak kali dah habak kan.)

Aishah..


Bismillah..

Last-last sekali ...anak buat ke-2 tak jadi letak nama 'Aishah' ..Allah..

Anak buah ke-2 namanya ... Darwisya Adriana ....


Tak pe la..nanti letak nama anak ana ja... ^ ^

.:. Khadijah .:.
.:. Aishah / Aisyah .:.
.:. Fatimah .:.

dll..
................................ ana suka nama-nama diatas.................................

Bagi lelaki pula..


.:. Muhammad .:.
.:. Ahmad .:.

dll...

Best dukung bayi ye...lagi2 bila merengek ..macam lagu tarannum keluar..ish3



akhirnya lagu ' nahawand' jadi kegemaran.. subhanaAllah ^_^

aewah..lenanya =)
(suke tido pulak sekarang ya ^^ )





Wednesday, September 26, 2012

Jodoh

*Copy dari seorang along :)

Kita bukan dapat apa yg kita mahukan..tapi kita hanya akan dapat apa yang telah Dia tentukan untuk kita..
andai apa yang kita rancang sama dengan kehendakNya maka akan tertunailah keinginan kita..

Di dalam sebuah hadis ada dinyatakan bahawa Allah tidak akan redha kepad mereka yang tidak redha dengan ketentuanNya..dan apabila seseorang hamba itu redha dengan ketentuanNya maka Allah juga akan meredhainya..


















Jgn meletakkan harapan kpd seseorang kerana kita x tahu siapakah jodoh kita..agar kita x kecewa di kemudian hari..


kita hanya merancang dan berusaha tetapi letakkanlah harapan hanya kepada Allah..

Kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita


Monday, September 24, 2012

Peristiwa Haul Imam Abdullah Alawi AlHadad

Bismillah

Assalamualaikum wbt,
Selawat dan salam atas Rasul junjungan mulia Rasulullah saw, ahli keluarganya, dan para sahabat r.a.

Alhamdulillah 25/9/2012 sudah selesai sambutan majlis Haul Al Imam Abdullah Alawi  Hadad.
Terlalu banyak peristiwa manis yang tak mampu diceritakan disini, biarlah ianya disimpan dalam hati dengan utuh. :)

Sedikit penceritaan yang telah berlaku pada ana sebelum sambutan di masjid baitul aman.

Diwaktu senja yang makin gelap, cuaca kelihatan amat hitam seperti mahu mengeluarkan banjir besar.
ana meneruskan niat untuk bersama dengan majlis haul ini.
Apabila mulanya perjalanan dan sampai di Sentul, hujan lebat sudah mula melanda..Ana yang ketika itu sudah bersedia memakai baju hujan meneruskan perjalanan.

Dengan Izin dan Qada' Allah swt ketika melalui menghala kearah KLCC. untuk ke jalan Ampang. tiba-tiba motor(assasin) hilang kawalan dan terus jatuh. Ana pada mulanya  "Allah..harap-harap tak ada apa2..." dalam5 saat berada atas jalan ana cuba bangun dan sedar tiada apa-apa yang berlaku..maka ana hidupkan kembali motor ana ..untuk teruskan perjalanan ke majlis..biar apapun berlaku..ana wajib hadirkan diri. bila ana mula menghidupkan motor dan jalan secara perlahan-lahan. Secara tiba2 motor ana memasuki longkang jalan besar.dan menyebabkan motor ana kembali terhenti..Allah..

kereta berhampiran sudah mula memberhentikan kereta..tapi kelihakan masih ok. ana membuat isyarat teruskan perjalanan kepada kereta-kereta berhampiran. Masa itu tangan ana sudah tidak larat..tak larat sangat, mahu mengangkat motor dari longkang walaupun longkang itu hanyalah longkang kecil. mungkin sudah letih.. ana kuatkan lagi tenaga.dan akhirnya dapat juga keluar dan hidupkan kembali motor..dan Alhamdulillah, motor ana masih boleh hidup.. dalam perjalanan ana mula merasa sakit dibahagian kaki kiri,dan cuba meraba2 Allah..dah bengkak..ana mula kuatkan azam ..biarlah patah apa pun..ana perlu berada disana..InsyaAllah Allah pasti menyembuhkan..

Akhirnya ana sampai diMasjid Baitul Aman..lihat pada keadaan jubah bahagian bawah..sudah ada tompok2 kecil darah dari badan yang hina ini..ana sekadar membasuh dan cepat2 sertai jemaah untuk magrib..Alhmdulillah kesakitan ana hilang serta-merta apabila murobbi ana Alhabib Ali Zaenal Abidin betul2 dihadapan ana..Allah..Sungguh Allah swt adalah penawar bagi semua penyakit dan penyembuh.. Sungguh istiqomah sebegini benar-benar diberi ganjaran yang hebat tidak terkira..



Maka bercucurlah air mata ini ketika solat atas hadiah Allah swt ini..
Biarlah kaki ini cedera..
Biarlah diri ini terluka..
Yang pasti Allah swt akan memulihkan..ana pasti itu..

Ya Allah.. tangisanku ini hanya untukMu..hanya untukMu..

Friday, September 21, 2012

Murobbi

Bismillah

Assalamualikum wbt,

Alhamdulillah, post baru mengenai murobbi.

Beberapa hari lepas ada seseorang ini yang menghantar massage untuk mendapatkan idea dana untuk keperluan kolej. Tetapi lama-kelamaan tertimbul isu mengenai 'Murobbi'.

Awalnya ana terkejut bila sidia merendah-rendahkan martabat 'majlis ta'lim' yang selalu ana hadiri. Kerana dikatakan bahawa majlis talaqi adalah lebih aula' dari majlis ta'lim. Allah.. 
Pada mulanya ana geleng kepala..macam ni ke adab penuntut ilmu Allah SWT. 

Maka ana pun 'sengaja' mengatakan 'ana punya ramai murobbi' dan cuba 'mempertahankan' status ana itu. Dan terlihatlah sikap sebenar penuntut ilmu Allah itu.

Untuk pengatahuan, majlis ta'lim adalah majlis talaqi yang sama antum talaqi bersama syekhuna antum. hanya nama sahaja berbeza. Meh sini ana kabo sikit kat antum. Dahulunya Syarah kitab2 diHadramaut, Yaman oleh AlHabib Umar AlHafidz secara satu kitab ke kitab yang lain. lama selepas itu, untuk menselesakan para penuntut ilmu maka cara telah diubah sedikit dengan talaqi secara sedikit-sedikit dengan sekali pengajian membahaskan 3-5 buah kitab sekaligus.

Adakah masih mahu merendahkan Majlis Ta'lim? Sedangkan talaqinya sama. perbahasan sama.. tetapi ilmu antum yang merendah2kan ilmu dalam majlis ta'lim adalah rendah. Seorang penuntut ilmu tidak layak berkata demikian lebih-lebih lagi anda merendahkan ilmu ulama' yang lain..sedar? Bertambah lagi ulama' itu adalah ahli bait...tak rasa bersalah ka?

Ana menghormati Murobbi antum kerana beliau adalah ulama', ahli hadith, dan juga menganggap juga sebagai 'walid' kerana itu gelaran yang antum berikan.

Sebab inilah ana mula rasa janggal sepertinya mereka ini mahu pelajar-pelajar baru yang mungkin diangap 'kosong' untuk menjadikan walid mereka sebagai 'murobbi' tapi malangnya mereka telah terima seorang ahli majlis ta'lim yang sudah mempunyai murobbi..

Ana tahu 'murobbi' mereka tidak pernah menghina majlis ta'lim kerana 'murobbi' mereka tahu hakikat ini dan lebih mengetahui apa yang ana tidak tercapai lagi. Tetapi anak2 nya tidak memahami..
Contohnya 'Murobbi' menekankan - Mahabbah - tetapi mereka masih tidak mencapainya. sebab apa? kerana mereka masih tidak dapat menerima 'Murobbi' sebagai mentor yang utama. 

Mungkin nanti ana akan berbincang dengan 'murobbi' mereka untuk memberikan kefahaman yang jelas. Apapun sudah pasti 'murobbi' mereka akan kecewa dengan sikap anak2nya ini. yang pada dasarnya boleh mencemarkan namanya dan ulama' yang lain..

-bersedialah wahai yang menghina majlis ta'lim-

wasalam ^_^

Friday, September 14, 2012

Apa terjadi Pada ana??

Astagfirullah..

Kenapa makin hari ana asyik terdengar suara-suara yang sedang berbahas mengenai agama??
Suara itu seperti membisikkan pada telinga ana terus kehati..
Suara apakah itu????
Adakah ilmu itu boleh diambil?
Kadangkala..saat sekarang masih tergiang-giang ditelinga ilmu yang disampaikan,
Astgfirullah..suara siapakah ini?

Thursday, September 13, 2012

Hati Ada Apa?



Assalamualaikum wbt,
Bersyukur pada Allah swt, atas hendakNya dapat kita hidup seketika didunia yang sementara ini..


Wednesday, September 12, 2012

Bersama Habib Najmuddin

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..
Bersyukur pada Allah swt, diberi kesempatan bertalaqi kitab didalam majlis Ta'lim Sawa Assabil di TTDI.

Ada perkara yang membuat sepanjang perjalanan pulang dan ketika menaip ini senyuman tidak terlepas..Allah..

Ceritanya begini..

Pabila ana ingin pulang habib berada ditepi pintu, maka ana pun bersalaman.
habib mengucapakan Jazakallah hair pada ana..Allah..
Ana pun berkata..Doakan ana ya habib, doakan ana bermujahadah kemari..maka terjadilah suatu perbualan yang agak menarik***dirahsiakan***

Sebelum ana pamir..ana bersalaman kembali dengan habib, maka ketika menghampiri pintu.. habib berkata.. 'Jumpa lagi ya Ashraf..... ^ ^ ' :ana : Allah!! dalam diri..berbunga-bunga hati ana..umpama jatuh cinta ~..
subhanaAllah!
lambaian tangan habib..doanya..InsyaAllah..




Semoga ana dapat istiqomah dalam berada bersama para habaib...AmeenAllahumaAmeen..

Monday, September 10, 2012

NOKIA



Ada apa dengan NOKIA??

tiada apa-apa pun..saja letak coz tiada tajuk..


Kunci = Restu Mak ana..bukan dari ana..harap maklum,

* Ana kini serahkan segalanya pada mak..siapa yang mak berkenan, ana terima sahaja. Dah tak larat nak memilih. biar ajalah mak yang tentukan..

Lagipun ana tidak mahu memilih kerana nafsu (banyak pembahagian dan perbahasan mengenai nafsu) cukuplah andai seseorang itu telah diiktiraf oleh mak kerana ciri-ciri yang syarie'. InsyaAllah.

(Dalam keadaan redho akan ketentuan -Nya )

=)

Meeting Dengan Habib


Alhamdulillah, selesai perbincangan dengan habib Ali secara maya, jumpa habib minggu depan secara berdepan pula.. ^_^

Kadang Kala


Bismillah,

Kadang kala,
Ana merindui persekitaran Politeknik,
Kadang kala,
Membenci  mengigatinya.

Tapi yang berharganya,
Pengalaman yang tak ternilai disana,

Disana menjadi tempat rujukan agama,
disini menjadi kaunseling sahabat2 pula..aduh,,

Apa-apa pun kewujudan ana disini tidak lama,
Tinggal 3 minggu sahaja..3 minggu lagi untuk habis semesta 1..

Semangat makin kurang,
Bila mahabbah yang walid wawarkan tetapi pelajarnya tidak mencapainya.

Kitab Adab dan Doa Penuntut ilmu belajar,
Tetapi tidak amalkan..
Adab adalah ilmu praktikal..bukan ilmu fahaman..



Semoga Allah swt menetapkan hati2 orang yang beriman terus berusaha berdakwah...
Ameen Allahuma Ameen :)


Tuesday, September 4, 2012

Kenali Diri


:: Muhasabah Diri Sendiri ::


Semakin kita mengenali diri kita, 
Semakin banyak kelemahan dari diri yang Allah tunjukkan,

Ada kala..

Kelemahan ini tidak mungkin dapat dihapuskan,
Kerana Allah swt ingin tunjukkan sifat manusia yang tidak maksum.
Sering Melakukan dosa dan Maksiat terhadap sesama manusia dan lebih-lebih lagi kepada-Nya.

Maka,

Barangsiapa yang mahu mengenali ana,
Bersedialah mengetahui dan melihat keburukan ana,
Setiap Manusia Berlainan kelemahannya,
Ingatilah pesanan ini..






**

Bila hati sudah tertutup, kini terbuka kembali...
Bila kunci bagi hati memulangkan kembali,
Sesiapa sahaja boleh mencurinya,
Sememangnya bila siapa yang mengambil kunci itu,
pasti dapat membuka pintu ini.
Sungguh pintu ini tidak mengenal tuan yang lama..dan tuan yang baru,
hanya ketukan dan pemulasnya sahaja mengenali sentuhan itu.

wa'hualam... :)

ASWJ

 




Andainya ana tidak mengkhatamkan aqidah yang benar ini pasti ana akan masuk fahaman Wahabi dan Syiah

:: Allah ::