Sahabat

Monday, February 18, 2013

Kegagalan Dalam Pertunangan

Bismillah..

Assalamualaikum wbt,

InsyaAllah sekadar perkongsian ilmu yang sedikit didalam diri ini.

Kegagalan Dalam Pertunangan dari sudut agama bukanlah dalam istilah 'tiada jodoh'.
tetapi islam lebih melihat 'keberkatan'  sebelum, semasa, dan selepas pertunangan itu.

ok,

Jum kita ubah pemikiran kita...buka pintu hati memahami apa yang dimaksudkan dengan kegagalan dalam pertunangan ini.



ungkapan hadis yang bermaksud: “War-warkan perkahwinan” adalah ungkapan dari Nabi SAW. Manakala ungkapan: "Rahsiakan pertunangan" adalah satu ungkapan yang Dhoief atau lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi SAW.

Cumanya, sebahagian ulama ada yang beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan kejahatan hasad orang lain yang sudah tentu akan berusaha untuk menggagalkan pertunangan tersebut. Hal ini seperti yang dinyatakan di dalam Hasyiah al-‘Adawiy ‘Ala Syarh Mukhtasar Khalil 3/167 dari Mazhab Maliki.

Mereka menguatkan pendapat ini dengan hadis:

استعينوا على إنجاح الحوائج بالكتمان، فإن كل ذي نعمةٍ محسود

Mafhumnya: “Bantu-membantulah untuk menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikannya, kerana sesungguhnya setiap yang ada kemanfaatan itu didengki.” (HR al-Tabarani. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bilangan: 943.)

Namun hadis ini tidak khusus kepada pertunangan sahaja. Sebaliknya anjuran supaya menyembunyikan setiap perkara dari pengetahuan orang-orang yang dengki.




Bilamana pun pasangan yang bertunang itu sudah menyembunyikan pertunangan itu, amat malang bila si keluarga pula menghebohkan kepada umum(jiran-jiran, sahabat handai). 
Ingatkan keluarga antum akan hal ini.

______________________________________________


Selalu ana perhati setiap post di fb, siwanita membuat status ' keluar bersama tunang'.. Allahurobbi..

Itu adalah aib bagi pertunangan itu!

Keluar bersama..Berjumpa..dll , tanpa hal yang sepatutnya adalah kegagalan pertunangan.
Perkara itu semua hanya dilakukan selepas pertunangan.

Selalu ana perhatikan golongan muslimah, mereka bertunang kemudian mengunakan lelaki tersebut untuk menghantar kesana sini. walaupun kemasjlis ilmu. Ianya tetap haram (jikalau berdua2an)

dan hilang keberkatannya jikalau dilakukan sebegitu.Allahurobbi.

InsyaAllah, jikalau ada tambahan ana akan tambah..

wasalam 



2 comments:

  1. nak tanya enta. . bermakna memang benar lah orang kata ya bertunang tidak boleh lama2 kan ? dikhuatiri ada berlaku kemungkaran... kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. na'am..sebaiknya percepatkan.
      pertunangan adalah sunnah dan pernikahan adalah wajib.
      bilamana pertunangan itu merupakan amlan sunat bila salah caranya maka automatik ia menjadi hubungan yang berdosa atas perilaku mereka semasa pertunangan itu.

      Delete