Sahabat

Sunday, February 3, 2013

Pilihla Beragama Dan Berakhlak



Bismillah

Assalamualaikum wbt,

Di awal pagi ini(12:22 AM) mari kita bersama-sama memperbanyakkan beristigfar kepada Allah swt. 
Pada waktu inilah rumah kita mulai sunyi..bunyi kenderaan makin tiada..subhanaAllah..



Tajuk post 

Pilihlah Beragama dan Berakhlak adalah tajuk yang semua sedia maklum.(mungkinkah?) :D

Begitu banyak post2 mengenai pilihan kepada lelaki untuk memilih wanita sebagai isteri tetapi AMAT JARANG(tidak merujuk kepada tiada) post cara memilih lelaki untuk dijadikan suami oleh seseorang wanita. InsyaAllah.

Sedia maklum, bagi lelaki untuk memilih pasangan merujuk Empat(4) krateria 

- Kerana Cantik, Berharta, Keturunan Dan Agamanya. 

Tetapi kreteria untuk calon lelaki untuk dijadikan suami hanya dua(2) iaitu :-
yela dua ja, tak da sampai 4 (khawen 4 ada la =P ) hehe

1- Kerana Agamanya
2- Kerana Akhlaknya

na'am..itu sahaja..

Kenapa yang beragama?

- Dialah yang akan membimbing, mendidik kamu(isteri) dalam kehidupan. 
Amanah itu (keluarga) terletak pada bahu suami ( kenapa bahu??tak muka ke?hidung?mata? -entah la selalu cakap bahu ja..) ok2..focus.. 

Kenapa pula Akhlak?

- Wanita mana yang suka diterajang ? wanita mana yang suka dimarahi sahaja? wanita mana yang suka muka yang hari-hari ditatap masam ja? mesti nak yang lemah lembutkan ( bukan lelaki lembut! ), berhikmah dan sebagainya. 

Maka cukuplah syaratnya.. :)


-gambar menceritakan segalanya-



*
Andai datang risikan dari orang yang hebat ilmunya baik pula akhlaknya maka terimalah..sesungguhnya Allah swt telah hadirkan permata untuk kamu. jangan ditolak kerana menunggu batu yang buruk bentuknya.

Wanita pula, jika ketahui/kenali lelaki yang baik agamanya(ilmu agama) baik juga akhlaknya jangan lepaskan dia, kerana itu adalah takdir Allah swt yang membuatkan kamu kenal akannya(bukan saja-saja) dan jangan malu untuk merisik akannya. Jangan terlalu 'mengharap' akan lelaki yang merisik dirimu.




wallahualam



2 comments: