Sahabat

Saturday, October 6, 2012

Hensemnya

Bismillah,

Ana ada terbaca satu( 1 ) status fb seorang muslimat, yang menyatakan. Kini ramai lelaki yang mahu mencari seorang wanita yang bertudung labuh + berpurdah.

ye ke ??

Nampaknya ana kene betulkan. Tidak semua ya. 'Sebahagian'..mungkin :-)

Bagi ana tidak begitu pun. Ana tidak mengharapkan 'purdah' itu sebagai sesuatu yang istimewa untuk menjadi daya 'penarik' bagi diri ana.

Untuk pengetahuan muslimat yang berpurdah, memang ada sahaja lelaki yang berusaha mencuri hati-hati kalian, sebabnya mereka melihat kain yang berada dimuka kalian.adalah simbol 'kewarakkan' kalian. Tapi malangnya mereka hanya menilai pada luaran. Apabila hati antum dicuri maka bila suatu masa nanti mereka berjaya melihat muka kalian tanpa kain dimuka itu, kemungkinan besar, hati mereka akan meninggalkan kamu wahai muslimat...

Gambar- hanya hiasan :)

Maka amat berbezalah seorang muslimin yang menilai luaran dan hati kalian.

Bila ada seseorang lelaki yang berminat menjadikan kamu sebagai isteri, maka tanyalah ' sebab apa kamu mahu saya menjadi isteri kamu?' jika pertanyaan2 seterusnya adanya..'kerana niqab' diwajahmu.. maka tolaklah dengan baik. ya.. itu sahaja pesanan ana . Semoga kalian teruskan istiqomah dalam memperjuangkan hak islam dalam diri kamu itu..InsyaAllah ^ ^




No comments:

Post a Comment