Sahabat

Monday, October 22, 2012

Malam Cinta Rasul Masjid As-Syakirin

Bismilah

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan pada diri untuk update post mengenai program Malam Cinta Rasul di masjid As-Syakirin pada hari sabru yang lepas bersamaan 20hb 10 2012.

Alhamdulllah ana terlibat sebagai urustia (khidmat) bukan kerana nama tetapi kerana Allah swt dan Rosulillah saw.cukup.


ok, 

ana bergerak ke Masjid As-Syakirin selepas solat asar (sepatutnya sebelum asar T_T)
untuk mendengar taklimat oleh ketua Darul Murtadza didewan solat bawah. Pada awalnya datang 'keseganan' bila lihat yang berkhidmat adalah orang-orang yang alim dalam ilmu Allah swt dengan terlihat ketenangan diwajah mereka.Allah..

Usai taklimat, kami dibawa berjalan-jalan disekitar kawasan program dimana kami perlu menjaga bahagian-bahagian tertentu untuk melancarkan program ini nanti..

Photo- berjalan-jalan

akhirnya selepas beberapa arahan program diberi nampaknya semua ahli khidmat sudah bersedia, masa itu juga sudah kelihatan sudah ada jemaah yang hadir untuk menjayakan program Cinta Rasul ini..Alhmdulillah :)

Alhamdulillah, pada hari itu juga masih berkesempatan berpuasa hari-hari zulhijjah, dan berbuka didewan bawah bersama beberapa sahabat khidmat yang berpuasa. Alhamdulillah ^ ^

Sedikit rasa sedih apabila shawl ana 'ter'hilang apabila ana gunakan untuk menjadi penghadang pada jemaah yang sedang solat isya' yang pada ketika itu jemaah yang sudah solat terus lalu tanpa memikirkan jemaah yang solat tersebut. Semasa ana letakkan dihadapan jemaah itu, ana terus ke pentas untuk menjaga bahagian ana sebentar dan dalam masa 3 minit ana pergi semula tempat muslimin itu sudah tiada orang dan shawl ana 
Allah!!

:'(

*Ya Allah, redhokanlah harta milikku andai ianya bukan lagi hakku dan ianya menjadi hak Bagi-Mu*
..Ameen Allahuma Ameen..



Maka selepas itu ana terus ke posisi ana, dihahagian hadapan pentas(bersebelahan kumpulan hadrah habib Syech). dan bermulalah program Malam Cinta Qasidah yang dimulai dengan qasidah oleh kumpulan InTeam dan AlMaweed.

Beberapa minit kemudian tetamu yang dinanti-nantikan, Habib Syech As Saggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid(murobbi ana) sampai kepentas.Allah.. sekali lagi hilang rasa sedih, hadir pula rasa gembira dalam diri. Syukur habi'ib2 sihat walafiat. 

Bermulalah Qasidah Cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw >_<

Ana benar-benar tidak dapat gambarkan dan mahu menulis bagai mana perasaan ana ketika itu.
Benar..dan sangat benar cinta Rasulillah adalah segala-galanya!!

Habib Ali Zaenal Abidin AlHamid

Diselangi tausiyyah oleh murobbi ana, kemudian disambung qasidah oleh habib syech.
Allah..... bila teringat memang terharu dan sedih. rasa cinta kepada Rasulullah saw memang hadir dalam diri ana ketika itu. kenapa ana tidak dapat mencintai Rasulullah ???? kerana ana tidak cuba mengenal siapa Rasulullah saw... :'( maafkan ku ya Rasulullah..

akhirnya malam yang indah ini berakhir dengan jayanya..Alhmdulillah..

Ada juga Photo yang diambil ana pada majlis 'dishare' oleh ramai muslimin/sahabat fb selepas ana uplod diFB, sebenarnya ana segan sangat-sangat entah mengapa bila ramai share gambar ni...

kenangan terindah..

Lagi-lagi para habib pun share gambar difb dan jadikan profile picture mereka..Allah.. segannya!!

Semoga orang yang memandang wajah ahlul bait ini dapat merasai dekatnya Rasulullah saw dengan diri kita..
Ameen Allahuma Ameen.. 


Itu sahaja laporan ana pada program ini, Sungguh ana berbangga kepada para ikhwah yang hadir semata-mata cinta Allah dan Rasul.Beruntunglah kalian dipilih Allah swt. ana yakin Rasulullah saw turut ada dalam majlis ini.

Bila merasakan adanya Rasulullah saw dalam majlis yang berselawat atasnya ana pasti mengalir air mata. Entah bila lagi rasa cinta ini datang.

Semoga diri kita tergolong dalam pemilik syurga bersama-sama Rasulullah saw,
Ameen Allahuma Ameen


wasalam 
















No comments:

Post a Comment