Sahabat

Sunday, February 3, 2013

Kumpulan Qasidah

Bismillah

Allahummasolli AlaMuhammad wa'lli Muhammad

Alhamdulillah, ana sudah menubuhkan kumpulan qasidah sendiri
yang diberi nama Ashab Al Suffah, ana dan sahabat rumah bertungkus lumus untuk menubuhkan syarikat dan nama syarikat juga adalah Ashab Al Suffah, maka tak perlu lagi nama laen untuk qasidah sebab ianya adalah dari orang yang sama. InsyaAllah.

Alhamdulillah dalam organisasi Ashab Al Suffah, ana di beri tangungjawab sebagai ketua qasidah iaitu mengusahakan segala program yang melibatkan qasidah termasuk meeting, apoiment, dan latihan qasidah.. aewah. Ana ingat akan dilantik sebagai pemasaran ke apa..sebab ianya memang bidang ana..tiba-tiba..
dilantik sebagai ketua bahagian qasidah la pulak..adeh..

-lama tak melukis.. ^^


Setakat ini sudah ada 2 jemputan di PoU , PsA, untuk program untuk Palestine dan Malam Kebudayaan. Alhamdulillah baru 2 hari promosi sudah ada yang berminat untuk menjemput kumpulan kami..subhanaAllah.
Rata-rata masih tidak mengenali qasidah ini..

InsyaAllah ana tidak mahu menjual alunan qasidah ini tetapi mahu memperkenalkan qasidah diserata tanah air bersama kumpulan-kumpulan qasidah yang ada ketika ini. Doakan dipermudahkan segala usaha ana ini..
InsyaAllah..

Tidak salah jika dalam majlis tertentu ana akan meminta sesuatu iaitu penempatan kami semasa majlis. Bukan mahu menunjuk bagus tetapi ana mahu memuliakan qasidah ini. Andai qasidah ini tiada guna cuma alunan kosong ana tidak kisah untuk berada dimana-mana.tetapi ini adalah kata-kata ulama', wali2 Allah swt menandakan kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Maka wajib bagi ana memuliakan. InsyaAllah.

Segala pertanyaan mengenai qasidah dan booking boleh berhubung dengan ana :

http://www.facebook.com/pencinta.majlisilmu


*Ashab Al Suffah bukan sahaja untuk qasidah tetapi juga membuat kem-kem untuk sekolah-sekolah, dan memberi ceramah motivasi islamik yang bercirikan Alhlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan Ahlul Punah Wal Ranah. wallahualam.. :)

3 comments:

  1. subhanaAllah..alhamdulillah..mabruk...semoga terus maju dan istiqamah untuk membawa lebih ramai lagi mendekati cinta kepada Allah dan Rasul...

    nanti nak jemput datang kolej la..:p

    ReplyDelete
  2. Kalau untuk tempahan majlis kahwin tuan terima ke?

    ReplyDelete