Sahabat

Monday, August 13, 2012

21 Tahun

Alhamdulillah,

Syukur pada Allah swt atas nikmat yang sentiasa diberiNya pada semua hamba-hambaNya.

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah swt juga atas pemberian kehidupan ini yang kita sendiri tidak pernah memikirkan menjadi seorang 'manusia' dan menjadi makhluk ciptaan Allah swt yang paling hebat diantara makhluk-makhluk yang lain..subhanaAllah..

Alhamdulillah, semalam 13 hb sudah genaplah umur seorang anak yang dibesarkan dengan kasih sayang seorang ayah dan ibu yang penuh kecintaannya kepada ana sehingga sekarang.

___________________________________________________________________


Syukran jazilan pada semua yang mendoakan kesejahteraan ana.

Maaf juga andai ada sahabat-sahabat yang tidak mengetahui hal ini. kerana ana diactive fb ana pada ulang tahun kelahiran selama 24 jam.. :)

Ana sebenarnya tidak berapa gemar dengan ucapan 'selamat hari lahir' kepada diri ana.
Tidak tahu mengapa tetapi bila difikirkan secara mendalam barulah ana perasan.




Kenapa perlu menyambut hari lahir ana sedangkan Hari Lahir Rasulullah saw sendiri pun tidak sebegitu?

Ada golongan yang menyatakan Bid'ah menyambut maulid Rasulullah saw, tetapi menyambut kelahiran sendiri? Tidakkan itu amat tercela perbuatan itu??


Maka mulai sekarang, ana akan cuba mengelak sesiapa untuk ucapkan 'Selamat hari Lahir' pada ana selagi semua 'Ummat Nabi Muhammad saw' tidak menerima Sambutan Maulid Rasulullah saw. dan mungkin dasarnya tidak akan berlaku hal demikian. Demi Allah swt yang maha berkuasa, terangilah hati-hati mereka kembali untuk menerima kebenaran ini. AmenAllahumaAmeen..


Maaf ya Semua..doakan kalian adalah segala-galanya buat ana.. :)

No comments:

Post a Comment