Sahabat

Monday, August 6, 2012

Perkongsian Status Sahabat

Ibnu Batoota






lama daku tak online sebab sibuk urusan di KL.....sekarang pun masih di KL,dekat kemensah height...anyway,aku dah berjumpa dengan bidadariku(isteriku) dan itulah kali pertama dia lihat wajahku...
dia terkejut tengok aku..tak tau la sebab apa,sebab huduh sangat ke,sebab muka macam angry bird ke..
tapi aku pun terkejut t
engok dia...sebab,masa tu aku,dia,abangnya,ayahnya keluar ke shah alam untuk urusan sijil nikah,dan selama ni ku fikir dia berpurdah...




tapi..




sebenarnya dia bukan SAHAJA berpurdah,bahkan memakai burqa(tutup mata terus)...dan pakai semua hitam tanpa manik dan bunga(rujuk status lama tentang baju manik dan bunga)so sama2 terkejut kot...dia sangat malu denganku dan tak cakap walau sepatah,dia menyorok belakang abangnya bila berjalan...sampai di rumah dalam jam 10,aku baring di masjid berdekatan rumah dia,aku tak tidur di rumahnya sebab dia ramai adik beradik perempuan(ipar aku),jadi haram bagi aku melihat wajah mereka,bentuk badan mereka,lenggokan suara mereka bahkan nama2 mereka juga dirahsiakan dari aku...sebab itu semua hak suami mereka..

tiba2 aku dapat sms..

''abang..semua dah tidur,balik rumah pliz...rindu... :'( "

cergas aku bangun lari balik rumah..hahaha..dia bukak pintu,tapi tak pandang aku sebab malu...dia pakai abaya hitam cantik,berkelip2,tak pakai purdah tapi pakai tudung...kami duduk atas lantai dan mula bersembang,mula dia malu yang amat,tapi lama2 dia macam agak selesa....aku tak mahu cerita perkara yang tak da pengajaran..jadi aku cuma selitkan dialog yang boleh dijadikan pengajaran sahaja dan untuk pengamalan...

IB: ibn batoota
B: bidadariku

IB:sayang,kenapa sayang pakai purdah?

B:sebab perintah allah dan rasul..

IB:selain tu?

B:sebab...nak abang sorang je tengok saya..

IB:hmm..ok...kenapa pakai burqa?

B: sebab..mata ni pun milik abang..

IB: alahai....(buat muka sedih)

B:kenapa bang?

IB:sedih....sebab abang tak pakai burqa,semua perempuan tengok muka abang... :'(

B:abang nak pinjam saya punya tak?

IB: nakal... ♥ (sambil picit hidung dia)

B:adoi la.... :'(

IB:hmm..kenapa tak bahasakan diri 'sayang' macam selalu?

B:err..tu dalam sms...depan-depan camni malu la...(dia tunduk)

IB:hm....ok...tapi...soalan abang tadi pasal purdah..abang nak jawapan yang lebih panjang kot..boleh?(saja tanya camtu sebab nak dapatkan mutiara kata dia,boleh share kat fb,tapi dia tak tau..hehe)

B:hmm..macam ni bang...lelaki ni,bila nampak perempuan,yang pertama sekali mereka lihat ialah WAJAH...jadi wajah wanita ni sebenarnya mahkota wanita dan ketua segala kecantikan pada diri seorang wanita..saya tak mau,mahkota yang sangat berharga ni dilihat mana-mana lelaki bahkan tak mau bayangan wajah saya ni berada dalam mana-mana otak lelaki haram termasuk biji mata ni pun,bahkan bulu mata pun...sebab semua tu milik abang seorang..bukankah diri saya ini HARTA abang?dan bukankah HARAM bagi saya membelanjakan harta suami tanpa izinnya?dan kalau abang izin sekalipun dan jadikan saya bahan pameran untuk tatapan lelaki yang bukan halal bagi saya,itu saya tidak rela dan abang dianggap dayus oleh nabi saw....saya tak rela 'dizinai' mata-mata lelaki haram...abang faham kan?

IB: hm....faham sangat(sambil senyum)..

note: adegan seterusnya dirahsiakan....nasib baik tak batal puasa... :D wkwkwkwk~

pengajaran: jangan belanjakan harta suami secara haram...kecantikan kalian adalah harta terindah buat suami...tapi kalian senang-senang je khianat harta suami kalian di fb,di supermarket,di twitter,di pasar....sekarang baru aku faham apa maksud MASTURAT dan kenapa ulama gelarkan wanita sebagai MASTURAT...selama ni yang aku faham,dengan hanya berpurdah dah cukup dikira sebagai masturat..tapi aku salah...inilah maksud sebenar masturat yang diajar rasulullah.....
*masturat=yang tersembunyi

semoga tulisan ini menyedarkan yang tidur,menjadi yang terindah hanya untuk suami...hentikan segera pengkhianatan kepada suami/BAKAL suami..

















___________________________________________________________________








Memang sweet je baca status sahabat ana ni....smoga ana juga sempat seperti beliau..





^^











*Bahaya sebenarnya status ni untuk orang bujang seperti ana...haisshh

No comments:

Post a Comment