Sahabat

Sunday, August 12, 2012

Program Iftar D Masjid Shah Alam

Bismillah

Assalamualikum wbt,

Allhamdulillah, bersyukur pada Allah swt diberi kesempatan lagi untuk beriktikaf di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.

Pada kali ini, ana pergi menaiki KTM kemasjid, ini kerana untuk belajar khidmat kepada adik-adik ana dari kolej yang juga penuntut ilmu agama Allah swt. Walaupun selalunya ana hanya menaiki motosikal(assasin) tetapi setelah 2 tahun tidak menaiki KTM terasa 'janggal' dan 'asing' huhu.

Ok back 2 topic..
_____________


Alhamdulillah, kami telah sampai diMasjid Negeri pada jam 6.15 petang, dan terus menunaikan fardhu asar, yang sememangnya agak lewat dah ketika itu..uhuk..

Selepas solat fardhu ana berjumpa sahabat-sahabat ana yang juga pejuang agama di Politeknik dahulu, kemudian kami berjalan-jalan diDataran Merdeka, Shah Alam( bersebelahan Masjid ) yang sedang mengadakan program khas ramadhan.alhmdulillah. Semasa perjalanan kami terdengar ada ceramah ugama.dan terus kesana..masyaAllah, ada ustaz hindustan.(hehe) n Yatt..n ahli kumpulan rockes..( xkenai nama =P )




ni la sahabat ana..ana sayang kt dia ni namanya Muhammad Fuad..hebat :)

tak kenal siapa ^_^



kami berbuka dengan nasi lauk ayam masak merah + sayur yang diberi percuma..alhamdulillah ^_^

Pada malamya selepas solat terawikh kami ke dataran kembali kali ini bersama adik-adik kolej dan mendengar ceramah dari Ustz Azhar Idrus sehingga jam 12.15 pagi..

Habis cerah terus balik masjid untuk tidur walau hanya sebentar sahaja ( untuk mendapatkan pahala sunat ).

Pada jam 3,30 pagi ana mula bangun dan bersiap ( mandi dan sahur terus ) sahur pun pihak masjid sediakan
[ nasi lemak + air teh ].

Jam 4 pagi, ana naik ke dewan solat dan memulakan solat sunat..tahajut, taubat, hajat dan akhir sekali witir beserta doa qunut pada akhir rakaat ( sunnat dilakukan pada 10 akhir ramadhan )

Selepas solat fardhu subuh ahli masjid disajikan dengan ceramah oleh ustaz Azhar Idrus kembali. sungguh segar mata bila mendengar ceramah ustaz dengan lawak2nya yang berilmu serta bermanfaat. Alhmdulillah.

Sebelum subuh juga ana mendapat massage dari sahabat politeknik ana dahulu, dia memberitahu bahawa ayahnya dalam keadaan yang tidak stabil, makannya sudah seperti anak2 kecil..hal ini membuatkan diri ana tidak tenang. yang ana tahu sebelum ini, ayahnya baru sahaja kemalangan motor minggu lepas (khamis) dan Doc hanya meminta ayahnya berehat dirumah. (pakcik itu patah tulang rusuk bahagian kanan).

Berita ini membuatkan diri ana tidak dapat berfikir dengan baik. setiap tindakan pasti ada yang tidak kena. (risau tahap bahaya). Sehingga adik2 kolej ana  pun, ana suh diorang balik sendiri( tetapi sebenarnya ana nak tenangkan diri sebentar). akhir sekali ana ke KTM Shah Alam hanya berjalan kaki sahaja dari masjid.(tidaklah jauh mana pun..dalam 40 minit ja asenya ^_^ ).

Dan perjalanan ke Ampang seperti biasa ..( adik2 kolej tunggu ana kt kl Sentral) adehh..

Sanpai ke Ampang. ana terus menaiki motor(yang disimpan dimasjid nurul huda) ke Cheras (rumah sahabat ana tu..) pada jam 2.30 pm ana sampai setelah beberapa kali sesat dan tidak tahu jalan.huhu.
Menziarah orang yang sakit adalah tanggungjawab semua muslimin &mslimat bagi yang berkesempatan. alhamdulillah melihat kondisi ayah sahabat ana tu, agak melegakan hati ana. ayahnya still boleh berpuasa. tetapi hanya berbaring diruang tamu rumah..semoga pakcik cepat sembuh ya! insyaAllah...ameen..

Kemudian ana pulang kembali ke Kuala Lumpur dan sampai kerumah dalam jam 3.30 pm.

Alhamdulillah


Itu sahaja cerita yang ingin ana kongsikan pada semua yang terbaca blog ana ni..hehe..

Selamat berbuka... ^_^





No comments:

Post a Comment