Sahabat

Wednesday, August 8, 2012

Pandangan Usrah

Bismillah..

Alhmdulillah, kini sudah masuk 10 akhir ramadhan. marilah sama-sama kita merebut peluang untuk bertemu dengan bulan yang penuh rahmat iaitu bulan lailatu qad'

Sedikit pandangan dan teguran suatu perkara yang berlaku pada pendengaran ana beberapa minggu yang lalu.
Sebelum ana mahu berangkat ke masjid untuk menunaikan fardhu jumaat, maka muslimat tempat ana belajar akan membuat 'Usrah' dikalangan mereka (mungkin wajib).  Maka ana terdengar suatu suara " Siapa yang tidak membawa buku..pergi cepat amik kat dorm!! kan dah bagitau selalu..! .." - dengan suara yang amat lantang sekali.


Maka terfikir ana.. Hal ini akan membuatkan objektif usrah tidak tercapai kerana Usrah adalah keluarga. Bukannya bermusuh. Jika ana sendiri berada dikalangan muslimat itu, bila ditegur begitu sekali maka pasti akan jatuh malu dan hilang rasa semangat untuk bersama-sama mereka. ya, pasti ana akan memikirkan. '' dia siapa nak marah-marah macam tu?? " . Maka hilanglah manis kekeluargaan itu.


Itulah pantang larang dalam berusrah(ayat macam adat istiadat pulak..he2 ).  memarahi sahabat-sahabat. hatta mereka melakukan kesalahan. maka tegurlah dengan berhikmah.



Sebelum berusrah, maka berta'ruflah.. jalinkan hubungan 'keluarga' jangan hanya mahu kejar silibus..itu yang menyebabkan sampai menengking adik-adik.


Situasi ini berlaku pada tempat belajar baru ana, dan ana pasti masih ramai naqib dan naqibah tidak menjaga hal demikian. Boleh dikatakan mereka (naqib/naqibah)itu tidak cukup lagi ilmu untuk menjadi yang terbaik kepada adik-adik. sebab itu sebagai naqib mahupun naqibah selalunya akan mengikuti khursus2 yang dijalankan oleh NGO-NGO luar seperti IKRAM, HALUAN dan banyak lagi, sebagai persediaan menjadi ketua dalam kumpulan keluarga ini. Disana kita akan sedar bagaimana untuk berukhuwah. Jika kurang ilmu untuk menjadi naqib/ naqibah maka kita sekadar membuat 'bulatan yang kosong' bila habis sahaja usrah maka tiada perasaan 'rindu' untuk berkumpul kembali..

Sekadar pandangan dan pengalaman hamba yang hina disisi Allah swt..

wa'hualam..


^_^

No comments:

Post a Comment