Sahabat

Monday, October 1, 2012

Banyaknya

Bismillah..


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt atas pertolongan-Nya kepada diri ana dalam setiap perkara yang tidak dapat kita jauh dari-Nya kerana diri ini adalah milik-Nya, dunia ini milik-Nya, seluruh alam yang ada adalah milik-Nya. Maka tiada apa yang dapat menjauhkan diri kita dari segala-gala perkara kerana ianya pasti berada dalam pengetahuan Allah swt. SubhanaAllah..



Hubungan akak dan ana
___________________



Memang benarlah hubungan akak/abang /adik/ 'angkat' adalah suatu 'Bidaah' yang sesat amat-amat sesat.
Maka jauhilah perkara 'angkat terangkat' itu.

Pada waktu sekarang heboh pasal ana ada 'akak angkat' ditempat belajar.
Sedarlah wahai akhwat sekalian, ana lebih tahu hukum ini berbanding antum yang masih beru belajar disana. jangan mudah 'Melatah' kerana kadang-kala melatah ini boleh menghala kepada ' Fitnah yang Sangat Besar "


Kerap ditanya apa hubungan ana dengan akak ni yang dilihat terlalu rapat?

ok, firstly tiada hubungan yang istimewa yang boleh menjerumus pada suatu hubungan yang dilarang dalam syariat islam. Kerana kami bukannya ada hubungan akak angkat mahupun adik angkat. ok? :)

Ana kenal akak ini lebih 2 tahun, masih ingat dikenalkan oleh sahabat ana untuk program 1000 jiwa 1 hati. Dari situ ana mengenal erti punyai seorang akak yang memahami adiknya.

Semenjak dari situ ana suka membantu akak ini dan akak itu membantu ana dalam menasihati agar berusaha sedaya upaya berjaya apa yang sedang dilakukan. Pernah juga ana menjadi orang tengah beberapa orang yang mahu merisik akak ini atas dasar percaya. Dan ana menceritakan perihal akak ini yang sepatutnya pada orang yang mahu mengenalinya tanpa berhubung dengan akak ini. Lillahi ana tidak merasa sedikitpun terbeban atas amanah ini kerana ianya adalah untuk menjaga 'akaknya' dari lalai dan terleka dengan 'lelaki' yang mudah mengungkap kata-kata manis.

Kini ana rasa membebankan akak ini pula bila ana meminta beliau membantu sesiapa sahaja yang mahu mengenali ana dengan melalui dirinya..

Kadang-kadang terfikir, seorang wanita tidak elok dibebani hal-hal yang berat kerana bisa memainkan emosi dan fikiran akan mudah bercelaru. Dan kini pelbagai pula masalah yang timbul. Allah..


Sungguh diri ana tidak mampu berjalan kerana ana secara jujurnya tidak suka bercerita/ memberitahu masalah ana pada keluarga ana sendiri kerana ana suka  pendam masalah. Jika ada yang terlihat masalah ana pasti akan mengetahui hal ini. Dahulu pernah ana menceritakan masalah ana pada keluarga..tetapi terlalu banyak jawapan -ve dari keluarga ana yang menyebakan ana hilang kepercayaan pada keluarga ana sendiri dari memberi nasihat pada diri ana. Maka masih ada seorang 'akak' yang Allah swt berikan pada ana untuk berkongsi masalah. Andainya antum punyai keluarga yang bisa berkongsi masalah itu adalah kurniaan Allah swt pada antum. Tetapi ana tiada kenikmatan sebagaimana antum ada. Maka jangan mudah melatah. Kerana ana bisa sedih dengan 'latahan' antum..lagi pun ana tidak suka mempertahankan diri ana. kerana ianya adalah akhlak Rasulullah saw yang membiarkan tohmahan dilemparkan .Dengan senyuman dan doa Rasulullah saw berikan pada orang2 yang membenci Beliau..Allah..


InsyaAllah, andainya umur ana tidak panjang untuk memberikan jawapan pada mereka ini, maka ana mohon pada Allah swt berikan petunjuk dan jalan yang lurus pada hamba-hamba-Nya yang sentiasa mencari kebenaran,,dan juga memberikan jawapan ini pada mereka dengan keizinan dari Allah swt..
insyaAllah .

Ameen Allahuma Ameen.. ^_^

2 comments:

  1. Assalamualaikum....insyaAllah ada hikmah yang tersembunyi....

    innallaha ma'assobirin....semoga Allah pelihara dirimu dari segala fitnah duniawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt dik.
      InysaAllah, tanda sayang Allah swt kepada hambaNya adalah dengan datangnya fitnah dan dugaan. Dan pastinya, Allah swt tidak memberi sesuatu dugaan melainkan ianya mampu dipikul hambaNya itu..

      ^_^

      Delete